Nuffnang

Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts

Friday, July 10, 2015

NOY & Restoran Kampung Danga

Assalamualaikum semua pembaca blog saya.

Ya, tadi masuk pejabat terus meeting berkaitan dengan Kelab Keluarga pejabat. Termasuklah jamuan raya, family day dan pelbagai lagi. Dalam meeting boss sempat selit tentang Noy Restoran Kampung Danga. Terus aku google guna hp...hahaha. Tak agakkan depan boss aku buat keja nih. Tak apa sesekalikan. Boss aku memang baik hati orangnya. Ceh! Kalau dia baca blog aku confirm dia senyum sendiri...hahaha




Rasanya aku tau lokasi restoran ini yang terletak di area Kempas, walaupun aku belum pernah try makanana kat situ. Macam sedap je! Mana nak kurus kerempeng, sebut makan je aku nak try...hahaha





Aku di pahamkan makanan dan minuman dia pelbagai jenis. Senang cakap macam-macam hado. Aku belanja gambar dulu ya, insyallah ada kelapangan aku nak kesana dengan family. Sekarang nih masa aku agak padat memandangkan anak bujang aku manjang outstation.


Sekarang nih bulan Ramadhan, ada jualan secara buffet. Bagi yang berminat boleh kesana. Bolehlah makan sampai tak hengatkan...hihihihi. Gemuk bukannya salah aku ya, aku tolong promot je..hahaha




Bagi yang nak ke Noy Restoran Kampung Danga sila follow alamat di bawah ya. 


NOY & Restoran Kampung Danga
No. 1 Jalan Lurah Utama
Kempas Baru
81200 Johor Bahru
Tel : 07 2344482, 016 7022344

Wednesday, July 8, 2015

Kuih Akok Pojaan Hatiku

Assalamualaikum pembaca blog ini. Alhamdulilah dengan syukur nikmat yang Allah pinjamkan sehingga boleh menaip blog ini.

Semua orang tau. Eh! semua orang tau ke? Incik suami aku je kot yang tau...hahaha. Bahawa isteri dia nih suka sangat kuih akok. Tau tak kuih akok. Ala kuih oghe Kelate yang ghaso lemak2 manih tuh. Hah! Tau kan....hihihihi








Aku suka suka giler kuih akok tapi lom tahap sampai giler la. Puasa kali nih puas aku ngadap kuih akok. Incik suami  rajin belikan, dia tahu isterinya yang sorang nih suka sangat kuih akok. Sedap nyah! 
 
Dekat Johor Bahru nih agak susah nak dapat kuih akok, kalau ada pun bila ada bazar Ramadhan. Tajuknya setahun sekali aku boleh menjamah...huhuhu. Kalau tak pun, jumpa makan dalam mimpi je...hahahaha. 

Kalau ada pun susah la nak dapat  yang betul2 sedap. Aku suka satu tempat je dekat bazar Ramadhan Taman Sri Pulai. Gerai yang mula-mula masuk tuh, peniaganya oghe Kelate. Ingat nanti nak minta alamat dan contact no dia, bila tingin tekak nih boleh calling2 dia je. Senang kerojer aku dak...hahaha

 

 
Alooooo! Incik suamiku macam lupa pulok minggu nih lom belikan kuih akok untuk buah hati dia...hahaha. Lupalah tuh, kang baca entri aku nih confirm kuih akok dah ada atas meja dapur....hihihi. Sengih-sengih ler tuh baca blog aku nih...hahaha

Kuih akok dia memang sedap, kalau tak abis masa buka puasa nih aku masuk fridge kemudian esok nak sahur terus masuk dalam microwave, terus lembut balik. Sedap ko! Jujur lah aku nak cakap orang yang meniaga nih masak dengan ikhlas hati sebab kuihnya berkualiti, memang memenuhi spec aku. Tahap standard ISO...hahaha. 

Kalaulah akak yang meniaga kuih akok nih terbaca blog aku confirm gembira sampai terguling-guling...hahaha. Itulah realitinya tapi jangan tanya resepi hokey. Korang tanya incik google lagi baik...hahaha. Aku pandai makan jek! Maaf ya nyah...hahahaha

Tuesday, June 30, 2015

Cucur Durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi melayari blog aku yang tak seberapa ini. Salam Ramadhan yang ke 12 hari ini. Alhamdulilah.




Hah! Sekarang nih tengan musiam durian. Kalau dekat Johor Bahru nih mak oiii harga bukan main mahal ada yang mencecah RM30.00/kg. Awal-awal musiam hari tuh tekak teringin sangatkan aku beli je. Kata orang tuh buat selit gigi je. Jamahkan!






Sekarang nih dah mula murah sikit, dapatlah juga beli Rm5.00/kg. Incik suami yang rajin membeli. Memandangkan banyak so ada yang aku dah frozenkan. Standby bila tekak aku nak makan tinggal keluarkan...hihihi. Kalau yang bijak buah durian nih boleh di olahkan, macam-macam masakan boleh dibuatnya.

Malam tadi aku buat cucur durian dan sahur pagi tadi sambung goreng lagi. Really sedap ko! Tak susah mana pun nak membuatnya. 

Bahan-bahannya :

1. Buah durian- ambil isinya sahaja
2. Tepung
3. Garam
4. Telur
5. Air




 


Cara-caranya :

Durian ambil isinya . Tepung, telur, garam  dan air di gaul sehingga sebati. Pastikan seperti membuat adunan cucur udang dan sebagainya.

Panaskan minyak kemudian ambil isi durian dan golek-golekkan ke atas tepung. Pastikan isi durian dalam tepung dan kemudian goreng.

Sesuai di makan panas-panas bersama teh/kopi O sebagai hidangan minum petang.

Selesai dan selamat mencuba.

Sunday, June 28, 2015

Cucur Ayam @ Jemput-Jemput Ayam

Salam sejahtera semua. Ya pejam celik dah hari ke 11 Ramadhan kita menunaikan ibadah berpuasa. Alhamdulilah.
 
Hari ini saya bertugas petang, waaaa seronoknya kejap lagi jam 6.45ptg kami balik memandangkan bulan berpuasa so dapat balik awal. Syukurkan!
 
Kali ini bagi yang masih terpikir-pikir juadah untuk berbuka kita ada menu yang sedap dan mudah. Kita dapatkan menu Cucur Ayam @ jemput-jemput ayam nih dari Dina Amalina, opismate kita. Terima kasih Dina. Lap u dik!
 







Caranya sangat mudah tanpa menggunakan sebarang tepung. Semua orang membuatnya. Jom kita try!

Bahan-bahannya

1. Isi ayam Kisar
2. Daun bawang & Daun sup hiris
3. Telur
4. Cilir merah potong dadu
5. Blacpaper
6. Bawang besar potong dadu
7. Garam
















Cara Penyediaan :

Masukkan bawang besar, lada, daun bawang & daun sup, telur, garam ke dalam bekas ayam yang sudah di kisar. Gaul rata-rata.
 
Kemudian goring dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng sampai garing. Kemudian  angkat dan toskan.
 
Boleh di hidangkan dan makan bersama cili sos dan mayonis.

Wednesday, September 24, 2014

Mengurangkan Kesakitan Penyakit Gout

Tips yang patut aku kongsi bersama pembaca blog ini bagi mereka yang punya penyakit gout. Aku terbaca dalam facebook Healthy Foods and Herbal Medicines. Alhamdulilah memang ada keberkesanannya dengan atas izin Allah.

Sejak mula memerah jus, terasa kesakitan yang di alami. Jadi sekarang saya mencadangkan pada pembaca blog ini. Sangat melegakan, ingat kena lakukan dengan sabar lebihkurang sebulan.




Resepinya :

- 1 lobak merah
- 2 epal hijau
- 2 batang saderi
- 1/2 biji timun
- 1/4 biji lemon
- ½ inci halia di bakar


Selamat mencuba dan moga cepat sembuh. Insyallah..

Friday, September 19, 2014

Menu Sihat, Tajuknya Sayangilah Diri Sendiri

Salam pagi jumaat uols. Uwaaa kita kena kerojer hari nih. Biasanya bila hari jumaat sabtu makanya tebal lemak aku kat rumah, boleh baring2 dan makan2 yang sewaktu dengannya. Hamik koooo...hahaha

Takpe lah kerja tuh satu ibadah, ayat pujuk diri sendiri...hahaha. 

Yezza kali nih aku nak share tentang menu sihat, sihatkah? Memandai je kan...hahaha. Sikit2 boleh kot :)







Pernah tak korang ada simptom macam aku nih ' Syyy! rasa nak kuyus'. Aku nih selalu hangat2 tahi lembu, kang kalau tulis hangat2 taik ayam kecit sangatkan impiannya...hahaha. Raya hari tuh makan tak hengat, abis diet aku...hukhukhuk. Bila naik atas mesin penimbang perghhh berat aku dah macam sekor gajah, tahu tak gajah? Kalau tak tahu gajah omputih sebut elephant...hahahaha. Hancur lulur hati aku, itu pun selalu tak berapa nak sedar dirikan...huaaaa

Makaaiii, besonya aku nih. Berat naik mendadak. Tiba2 aku jadi sedih sendiri, takut kena sakit bila usia bakal menjangkau usia warga emaskan...huhuhu



Minggu nih terus aku control makan dan minum. Itu pun selalu terlajak bcoz ada orang tetiap hari ajak aku ngeteh. Siapa lagi kalau bukan intan payung aku yang sorang tuh. Takpelah dia makan kerap sebab pregnant sepanjang tahun...hahaha

Pagi2 sebelum ke pejabat mesti ajak aku corner dulu restoran mamak. Jadinya aku kena bijak sikit memilih makanan untuk breakfast, minta capati dan milo O. Huh! Kurang sikit ketebalan babat akukan...hahaha. Itu je yang aku dok telan tiap2 pagi sekarang. Erkkk! Boleh muntah ijooo ko...hahaha

Picture kat atas tuh malam semalam punya menu yang aku masak sendiri. Aku buat ler steamboat dan minuman herba. Hope aku kuat hadapi semua nih. Aku jeles tengok sorang blogger namanya cikepal dari gemok gedempol jadi kuruih. Makkkkkk! Aku nak macam cikepal....hihihihi

Thursday, September 18, 2014

Breakfast Capati

Alhamdulilah dapat meluangkan masa biar pun sekejap sahaja untuk blog ini. Kena bersyukur kerana kita semua masih diberi peluang untuk menambahkan ibadah kepadaNya.

Nak berkongsi menu breakfast kita pagi ini. Macam tak sabar je kan...hahaha. Saya memilih capati berbanding roti canai dan sebagainya. Bagi saya ianya menu yang agak sihat. Ceh! Hope jadi azam yang berpanjangan. Ishhh2 sayangkan diri sendiri kan..:)






Capati dikatakan lebih menyihatkan berbanding nasi. Benarkan, atau ini andaian aku je...huhuhu. Kalau di kira balik 40gm beras boleh menghasilkan satu cawan nasi iaitu 138 kcal kalori. Manakala 1 keping capati seberat 40 gram adalah 136 kcal kalori. Bezanya tak banyak.

Masalahnya, bila kita makan nasi, kita akan makan pelbagai jenis lauk-pauk lain. Lauk itulah yang akan menambahkan kalori. Berbanding dengan capati yang selalunya dihidangkan dengan kuah dal atau kari tapi kita suka cicah dengan sambal tumis. Dasar perut melayukan...hahaha

Oleh kerana capati diperbuat daripada tepung, maka ia lebih mengenyangkan kerana kandungan serat atau fibernya. Secara dasarnya,setiap hidangan capati mengandungi karbohidrat dan protein serta sedikit lemak.

Satu cawan tepung atta boleh menghasilkan lima keping capati. Ia tanpa kolestrol dan dapat membantu penghadaman serta melawaskan. Ayat ini yang aku suka...alahaiii...hihihihi.

Apa salahnya mengambil pemakanan hidup gaya sihatkan, korang pun boleh juga. Kita semua belajar perkara2 yang mendatangkan kebaikan pada diri sendiri. Pandainyaaaa aku nasihat orangkan...hahaha

Oklah selamat mencuba hidup gaya sihat ya kawan2 semua...peace yooo :)

Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat, di mana sahaja anda berada.

Alhamdulillah masuk hari kedua dah kita berpuasa, semoga kita sama-sama dapat melipat gandakan amalan di bulan yang penuh barakah ini.



 
Awal puasa, saya masih kepenatan. Baru balik dari Terengganu dan Selangor menguruskan anak dan  sambil2 itu berjalan-jalan di sana. Semoga bersempena bulan Ramadan ini, terhapuslah segala dosa yang pernah saya lakukan, samaada ita sedar atau sebaliknya. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kita dapat menjalani setiap ujian darinya dengan penuh kesabaran.

Hari pertama puasa, bila sampai Johor Bahru abah saya pastikan semua anak-anak berkumpul untuk sama-sama menyambut kedatangan Ramadan bersama keluarga. Ada yang merebut peluang cuti hujung minggu yang panjang untuk pulang ke kampung dan menyambut puasa bersama ibu dan bapa. Seronokan bila dapat berbuka bersama ibu dan abah. Alhamdulilah walaupun kepenatan sempat juga saya meluangkan masa berbuka puasa dengan ahli keluarga walaupun ada yang tak dapat join sama kerana menetap jauh.




Mengharapkan Ramadhan kali ini buatkan saya semakin kuat, semakin sabar dan juga semakin mendekatkan diri padaNya. Saya juga berharap dapat menjalankan kewajipan ita terutamanya kepada pencipta, suami tercinta, anak-anak dan juga kepada kedua ibu dan bapa.

Apa menu hidangan anda untuk keluarga hari pertama puasa. Agak kepenatan semalam sampai rumah pukul 1.30tgh jadinya buatlah menu tunjuk-tunjuk di bazar Ramadhan untuk di bawa kerumah abah...hihihihi
 
Sahur hari pertama di hotel dan pagi ini tak sahur...hahaha. Biasanya, hari pertama puasa zaman anak-anak masih kecil tak berapa makan sangat. Mungkin terkejut bila bagun awal pagi untuk menikmati hidangan. Masalah pertama adalah nak buka mata waktu pagi. Adoiii seksanya tapi semua itu tinggal kenangan. 

Friday, December 27, 2013

Vegetarian kan?

Wah! Sangat meliurkan. Gluppp! Telan air liur kejap...mihmihmih. Bagi peminat makanan macam aku nih, tak terliur ke tengok kat bawah tuh?

Aku sekarang nih hadkan untuk meronda blog masakan, bukan tak sudi tapi pantang jumpa. Memang aku nak try masak, lepas tuh dok bantai makan...hahaha. Ishh2! Ini yang aku tak gemar.








Picture nih aku snap masa breakfast pagi tadi. Aku makan sup petola dan ayam goreng. Sedap uols, sampai pak incik aku tanya makan camtu je? Boleh kenyang ke? Berlambak aku makan sup petola. Dah macam embekk! embeeekk! hihihihi. Boleh jugak aku dikategorikan vegetariankan? hahaha

Ok bye esok aku cuti-cuti Malaysia. Daaaa....:)


Tuesday, December 24, 2013

Fakta Menarik Tentang Ikan Tongkol

Apa yang aku baca dalam facebook malam nih. Betulkah? 

Fakta Menarik! Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama UPSR, PMR dan SPM amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu? 




Satu kajian tak rasmi dijalankan, ternyata bahawa penduduk di dua buah negeri itu menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan Tongkol yang dalam hidangan Nasi Dagang adalah ikan utama yang menjadi sajian di sana. Ikan Tongkol adalah spesis ikan yang mengandungi zat dan kandungan kebaikan yang sama dengan ikan Salmon, mempunyai protein Omega yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda. 

Ikan Tongkol juga mampu mengaktifkan sel-sel otak terutama kanak-kanak, membantu mereka untuk berfikiran kreatif dan baik untuk tubuh dan mata. Selain rasanya yang lazat dan bergizi, ikan Tongkol juga memiliki manfaat lain seperti mampu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah dan melambatkan proses penuaan serta baik bagi penderita reumatik dan anemia.

Bagi mereka yang mengalami kurang sel darah merah dan kulit yang kusam, boleh amalkan pengambilan ikan Tongkol secara sihat iaitu dengan hanya merebus ikan ini dengan beberapa batang serai dan garam juga boleh dimakan bersama nasi atau bubur nasi.



Saturday, December 21, 2013

BBQ

Malam nih kami anak beranak berbbq di hadapan rumah, bunyinya macam ramai sangat ahli keluarga nih....hihihi. 

Ala sekadar suka-suka untuk kami sekeluarga, tambah anak-anak balikkan so buatlah nasi goreng tomyam, bakar ayam, ikan cencaru dan sosej.





Sempat juga bagi jiran kiri kanan nasi goreng tomyam dan ikan cencaru bakar. Buat rasa-rasa untuk jiran tetanggakan, tidaklah mereka cium bau keharuman kami membakar tadi...hihihi





Anak aku adalah jemput 2 orang kawan rapat dia zaman persekolahan dulu. Tiap kali balik sini kalau masing-masing balik sure ada perjumpaan sembang kosong untuk mereka. 

Malam nih di rumah aku so bagilah budak-budak tu makan. Masa aku taip blog nih dorang tengah bersembang sambil makan-makan. Sembang lama nampaknya...hihihi





Sempat juga aku sembang dengan kawan dia yang dah sampai dulu tuh.  Si Keril dak kecit cinonet tuh...hihihihi. Kejap lagi dah nak terbang ke UK budak tuh untuk belajar bidang architecture selama 5 tahun.

Anak bujang aku pun siang tadi dah dok sebut2 nak sambung lagi pengajian bidang Oil and Gas di Bandung, Indonesia. Mudah2an itu yang aku mampu doakan sebagai seorang ibu. Moga anak-anak berjaya dunia akhirat. Insyallah...


Tuesday, December 10, 2013

Tengku Puan Pahang Berjiwa Rakyat

Salam malam isnin. Saya abiskan cuti umum bagi negeri Johor sempena Hol Almarhum dengan menghabiskan masa berada di rumah bersama keluarga. Memandangkan anak-anak ada balik jadinya nampak meriah sedikit rumah ini.



Saya rasa terharu bila mengikuti kisah-kisahnya di akhbar, youtube, facebook dan pelbagai sumber lagi. Bukan apa, sebagai hambanya yang biasa ini pun belum tentu mampu bergaul dan memberi khidmat dengan orang biasa, inikan golongan kebanyakkan. Malu saya pada diri sendiri.

 


Inilah hamba Allah yang saya maksudkan, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sanggup menahan kesejukan merintangi air bersama mangsa banjir lain ke pusat pemindahan selain menyingsing lengan menyediakan hidangan untuk mangsa terlibat. Agak-agaklah mampukah kita sebagai rakyat melakukan perkara kebaikan sebegini?




Tengku Puan Pahang sanggup turun padang sama-sama memasak untuk mangsa banjir. Baginya tiada istilah keluarga Diraja ketika melakukan kerja-kerja amal. Sanggup meninggalkan keselesaan istana demi bersama-sama rakyat di pusat pemindahan banjir.




Saya merasakan Tengku Puan Pahang, mempunyai keluhuran hati yang cukup ikhlas dalam setiap kerja-kerja amalnya. Tahniah diucapkan kepada DYTM Tengku Puan Pahang diatas usaha-usaha murni Tengku Puan bagi membantu rakyat yang memerlukan pertolongan dan bantuan.  




Alhamdulillah semoga Allah swt membalas jasa budi Tengku Puan Pahang. Nilai-nilai dan ciri-ciri murni itu  harus ada pada setiap orang tanpa kira pangkat dan darjat. Saya tumpang berbangga jadi anak kelahiran Johor mempunyai kerabat Diraja Johor yang berhati mulia.

Semoga lebih ramai lagi pembesar-pembesar negara yang berjiwa rakyat seperti ini. Amin.

Cer baca dalam Sinarharian atau boleh juga membaca dalam blog Mat Gebu.


Saturday, November 30, 2013

Persiapan Hj Samad's Family Day

Selamat malam semua. Masih kepenatan melayan anak-anak bulus yang buat perangai malam nih hinggakan saya tergelincir di tangga, nasib sempat capai pemegang tangga....huhuhu. Apapun seronok biar pun penat dan sangat menghiburkan. Tak pasal2 saya mandi lagi malam nih....huhuhu



   


Minggu nih boleh dikatakan, ini adalah satu-satunya agenda yang diluar jangkaan. Semuanya bermula dari rancangan adik2 yang akan pulang dan yang dah pun balik kampung halaman yang ingin mengadakan Hj Samad's Family Day.  Teringin saya hendak bersama ahli keluarga di tempat sejuk, bukanlah tempat yang bersalji bagai...hihihi. 2 tahun yang lepas di Cameron Highlands tapi keluarga kami tak dapat join bersama. Fokusnya lokasi yang tetap tenang dan mendamaikan. Ya, mungkin tidak pada kali ini tapi lebih kepada kawasan pantai. 
 




Bagusnya family saya nih tak perlu banyak bicara, sentiasa setuju pandangan bersama dan  masing-masing maklum dengan tugas yang perlu dijalankan dan  aku memikul tanggungjawab mencari tempat penginapan serta memilih tarikh yang sesuai untuk kesemua ahli keluarga yang tidak berapa besar ini.

 




Demi memastikan seluruh keluarga sentiasa bersama dan dapat dikumpulkan di satu lokasi sebagai tempat penginapan. Saya masih mengoogle memastikan keselesaan tempat penginapan kami. Alhamdulilah malam nih dah buat keputusan. Penat dah buat survey...huhuhu 


 



Saya memikirkan tentang penginapan 'kebersamaan' dalam beberapa chalet tanpa memaksa kami terperuk dalam ruang bilik masing-masing. Kalau begitu, apa gunanya bercuti bersama keluarga? Jalinan kemesraan sangat perlu untuk ukhwah kekeluargaan.

 



Ya, berharap pilihan aku tidak salah. Bukan senang nak cari tempat sesuai dalam masa sama perlu memikirkan tentang keselesaan dan kemudahan. Baik penginapan, makan, bbq, pool dan pantai. Sebut pantai mesti kena yang boleh casting...hahaha. Sesuai untuk adik ipar dan anak bujang saya...hahaha

Tambah pula, dengan kehadiran anak-anak kecil sehingga yang dewasa. Kalau sekadar pergi berjalan-jalan tanpa memikirkan tentang kebersamaan ini, sudah tentu  tempat peranginan lain awal-awal lagi sudah ditempah.





Sebagaimana yang aku khabarkan tadi, agenda kali ini sesuatu yang diluar jangkaan. Namun, kalau kalian dilahirkan dalam keluarga Haji Samad, perancangan di akhir-akhir waktu memang sudah biasa dengan kami memandangkan masing-masing ada kerjaya dan tinggal berjauhan. Inilah masa yang perlu di korbankan untuk bergembira bersama. Moga perkara-perkara yang baik dapat diikuti oleh pembaca blog saya. Insyallah.

Saya sudah memilih  sebagai destinasi keluarga kami iaitu di Fishing Bay Resort.  


Monday, July 15, 2013

Menu Diet Bersama Sunlac Di Bulan Puasa

Salam Ramadhan yang ke 5 semua.

Ramadan banyak mengajar saya mengenali diri sendiri, melihat dan mengali sedalam-dalamnya serta banyak memberi banyak kelebihan kebaikan dari keburukkan. Rasanya tidak perlu menerangkan apa-apa, hanya menikmati detik waktu dan anugerah Allah dan aku perlu sentiasa bersyukur. Terima kasih Ya Allah dan rahsia dariNya akan sentiasa terserlah kalau kita sentiasa patuh laranganNya dan meninggalkan perkara larangan.





Bulan puasa nih bagus untuk menjaga perut tambah babat aku yang makin tebal dengan lemak tepu...hahaha. Maka jadinya saya lebih prefer dengan pemakanan yang sihat. Ceh! Hope boleh menjaga pemakanan dengan sempurna. Lemak yang aku ternak dah terlampau banyak, ada sesiapa yang nak beli tak? kahkahkah

Harap dengan istiqamah beribadah kepada Allah pada bulan yang mulia ini dapat juga aku istiqamah menjaga pemakanan dengan sempurna. Insyallah.

Kalau makan aku lebih banyak mengambil ulam-ulaman bagi tujuan membuang segala kolesterol yang bermaharajalela dalam badan aku nih. Bagus sebenarnya mengambil ulam-ulaman kerana ianya antioksidan. Makanya ambillah banyak ulam-ulaman serta buah-buahan. Boleh di makan begitu sahaja atau di buat jus. Air lidah beling selalunya menjadi kewajipan saya. Kenapa? Sila tanya incik google ya...hihihi





Satu lagi banyakkan mengambil minuman susu. Bukan susu pekat manis ya...huhuhu. Boleh jadi darah manis...hahaha. Kalau ada bajet bolehlah ambil nutrisi Herbalife, memandangkan ianya terlalu mahal boleh gantikan dengan susu Sunlac kerana kandungan dalam susu tersebut hampir serupa dengan Herbalife. Orang cakaplah...hihihi. Apapun harganya lagi murah kalau nak compare dengan Herbalife. 2-2 produk nih aku dah guna tapi memang serupa.

Kalau nak tahu kebanyakan susu yang ade di pasaran mengandungi peratusan lemak yang tinggi. Tak perasan ehh? Cer tengok nutrition information. 

Kalau nak beli susu, aku suggest beli susu Sunlac dan susu Tesco kerana kandungan lemak dalam susu nih kurang dari 1%. Rendah kan? Susu Sunlac susah nak cari, kebanyakkan dijual secara online. Susu Tesco aku belum mencubanya lagi. Harga pun jauh lebih murah dari susu jenama lain. So, dalam masa yang sama semua orang boleh sihat dan jimat berbelanja. Jadinya tepuk dada tanya selera masing-masing...huhuhu


Sunday, July 14, 2013

Ulam-Ulaman Umpama Snek Harian

Haiiiii selamat malam minggu semua. Pejam celik dah 4 hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu bermakna usia makin berganjak. Semakin tua dah aku...huhuhu. Hakikat sebenar yang perlu kita hadapi. 






Malam ini aku solat isyak dan terawih di rumah. Tak selesa sebab nak layan buku lali kaki aku yang bengkak akibat urik asid yang tinggi. Ya Allah sembuhkan seperti sediakala. Bisa dan perit sangat aku rasa. Dugaan sungguh!





Petang tadi masak yang simple tapi berkhasiat. Masak awal atas permintaan anak aku yang nak balik ke Terengganu. Minta aku bekal untuk dia...huhuhu. Aku masak ayam masak kicap, labu masak lemak, ulam-ulaman daun kemangi dan daun cekor serta sambal tempe kering. Dah nama pun ibu, mana mungkin tak menunaikan permintaan anak-anak walaupun tak sepenuhnya permintaan mereka boleh kita tunaikan.

Perasaan ini yang aku rasa 30 tahun dulu, arwah mak sanggup buatkan segalanya demi anak ini semasa hendak balik ke asrama. Hah! Sekarang giliran aku pulak, mungkin 20 tahun akan datang giliran anak-anak aku pulak layan anak-anak dia. Pusingan hidupkan.

Eppy dan lega bila dapat call dari anak bujang. First perkataan yang keluar dari mulut dia ' Bu! Terima kasih bekalkan adik nasi dan lauk pauk. Adik dah sampai Pekan Pahang untuk berbuka puasa '. Alhamdulilah tengok status dia baru kejap dalam facebook dah sampai Kemaman, Terengganu. Lega!






 
Makan berbuka aku tadi lebihkan dengan mengambil ulam-ulaman. Kenapa suka makan ulam? Mesti korang pikir awet mudakan? kan...hihihi. Really aku bukan fokus macam tuh paling utama aku nak sihat. Bila badan sihat semua perkara kita boleh pikir dengan baik dan pergerakan pun tidak terbatas.

Moralnya banyakkan makan ulam-ulaman semasa makan. Contohnya petang tadi masa berbuka aku makan daun selasih @ kemangi dan daun cekor. Sedap uols! Ada berani? kikiki. Rugi kalau tak suka makan ulam-ulaman. Sekarang nih ulam-ulaman sudah menjadi 'snek' harian wajib semasa aku makan nasi.

Try la memang bagus untuk kesihatan. Macam pakar pemakanan pulak aku ya...huhuhu

 

Friday, July 12, 2013

Menu 2 Ramadhan Yang Simple Tapi Sihat

Salam 3 Ramadhan! 

Time mood tengah rajin ni, better taip laju-laju dekat blog sebelum penyakit malas saya keluar...hahaha. Kalau di layan penyakit malas nih, huh makin lama rasanya makin lambat pulak nak abis. Semalam menu berbuka dari hasil masakan sendiri sempat masak nasi lemak hijau, spaggeti bolognesse dan sedikit kuih yang pak incik dan anak dara saya  beli kat bazar. Okla dapat gak beli yang rasa agak sedap. 
 
 
 



Semalam kiranya hari pertama memulakan tugas selepas sehari berpuasa jadinya masih agak kelamkabut.  Mana nak ngadap jalan yang sesak dan kepala otak memikirkan menu berbuka yang sesuai. Tension! Tension! huhuhu

 




Sampai rumah terus kerah anak bujang kita menyumbang tenaga untuk mengemas rumah. Mengemaslah dia segala bagai dari menyapu sehingga mop lantai tingkat atas dan bawah.  

Dah macam mr. Mama pulak anak bujang saya...kikiki. Terima kasih dik tolong ibu, esok pun dah nak balik untuk memulakan semester baru jadinya ibu kena buat kembali tugas membersihkan rumah...huaaaa.

 




Dalam sibuk saya kelentang kelentong kat dapur hp ringging. Ignore tak angkat...kikiki. Mencecah 3x bunyi last anak bujang kita yang angkat.  Anak dara saya tanya ibu masak apa? Banyak cantik muka...huhuhu. Nasib ibu kamu tak bertukar jadi raksaksa...huaaaa

 



 
Rupanya dia call tak bagi ibu dia masak...kikiki. Kita cakap satu benda pun tak masak lagi nih. Tipu sunat. Ada ke tipu sunat...hahaha. Dia cakap masak nasi je nanti dia belikan segala lauk pauk yang dah siap. Eh! Tak best pulak kalau tak masak sendirikan. Saya layankan je kalau dia nak beli lauk pauk tapi cepat2 adik dia call bagi tau tak perlu beli sebab saya dah masak 2 menu masakan...hihihi. Nottykan ibu dia nih...huhuhu

Akhirnya dalam masa 1 jam 30 min selesai jugak saya memasak walaupun hampir jadi rasaksa...hihihi. Kucing2 kita nak bergurau pun kena marah...kihkihkih. Cian budak2 tuh kena marah dengan kita semalam. Segalak nak cepat....huhuhu