Nuffnang

Showing posts with label Pontian. Show all posts
Showing posts with label Pontian. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Mee Udang @ Manja Corner Sg. Rambah

Selamat malam semua.

Cepatnya masa berlalu, tanpa disedari dah masuk minggu ke dua cuti persekolahan bermula, tapi bagi saya tidak dapat merasanya. Anak-anak sudah tidak lagi di zaman persekolahan. Kalau dah musim cuti persekolahan tajuknya mana-mana resort susah untuk di buat tempahan...hihihi.

Tiba-tiba teringat Sg Rambah yang terkenal dengan lokasinya yang indah permai dan tenang kerana di situ ada taman reakreasi yan kerap di kunjungi orang ramai. Kali terakhir saya menjejakkan kaki di daerah Pontian bersama biras saya, itu pun ke Hutan Negara Tg Piai. 

Namun di sebalik nama Sg Rambah ini baru saya tahu ceritanya malam tadi...huhuhu. Bolehlah kita datang lagi ya Nora untuk makan Mee Udang di Sg Rambah.
 




Mee Udang Manja menjadikan gerai itu yang terletak berhampiran Jeti Sungai Rambah di sini kian popular.

Keenakan mee udang di gerai tersebut menjadi satu jenama kepada Kampung Rambah khususnya Sungai Rambah yang menempatkan jeti nelayan dan hasil tangkapan segar memberi kelebihan kepada pengusaha gerai makanan laut di kawasan berkenaan.




Ramai pengunjung bukan sahaja masyarakat tempatan malah penduduk sehingga ke Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan berkenaan.

Menurut pengusahanya, Hamidah Abu, 38, nama 'Manja' merupakan panggilan untuk suaminya, Ismail Sirat, 43, yang menjadi nelayan sepenuh masa dan kini pelanggannya lebih mengenali panggilan itu berbanding nama sebenarnya. Ramai pengunjung bukan sahaja masyarakat tempatan malah penduduk sehingga ke Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan berkenaan.





Menurut pengusahanya, Hamidah Abu, 38, nama 'Manja' merupakan panggilan untuk suaminya, Ismail Sirat, 43, yang menjadi nelayan sepenuh masa dan kini pelanggannya lebih mengenali panggilan itu berbanding nama sebenarnya.

Bagi menu biasa, sebanyak lima udang akan dimasukkan manakala untuk pesanan istimewa sebanyak lapan udang. Beliau berkata, setiap hidangan ditawarkan pada harga RM9.00 sehingga RM15.00 sepinggan manakala kedainya dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam.




Menurutnya, resepi mee udang itu diperturunkan ibu mertuanya, yang mula-mula mengusahakan gerai itu sebelum diwariskan kepada suami dan kemudian kini kepadanya.

Walaupun terdapat banyak saingan namun Mee Udang Manja tetap mendapat perhatian orang ramai yang ingin menikmati keenakan masakan tradisional itu pada waktu petang dan malam. 

Menariknya gerai ini bukan sahaja menjual masakan panas malah menjual hasil tangkapan laut seperti ikan, udang dan sebagainya.  

Friday, November 16, 2012

Jalan2 Tg. Piai @ Pontian

Syukur Alhamdulilah moga bermulanya Awal Muharam semalam memberi sejuta kebaikan untuk semua. Amin!

Masih dalam status penat, tegang betis nih sebab semalam ada majlis akikah anak sedara di rumah abah kita. Jadinya 'teamwork' sesama adik beradik dan ipar duai yang cukup meriah. Ada je bahan usikan sesama kami....kekekeke






Sehari sebelum Awal Muharam kita kerja seperti biasa memandangkan cuti rehat yang dah tak berapa nak ada nih maka setia jadi penunggu pejabat...hihihi. Motipnya nak simpan cuti, Disember dan Januari percutianku itu sudah melambai2...kahkahkah. Lagi pun banyak statistik yang perlu di selesaikan sebelum kita nak bercuti nanti.

Bila tugas2 urgent selesai, entah macam mana petang tuh kita boleh ambil 3 jam keluar pejabat memandangkan biras sebelah pak incik ada datang ke pejabat bersama anak2nya. 





Tanpa pikir panjang, kita ajaklah dorang ke Tg. Piai memandangkan mereka pun tak pernah ke Hutan Negara Tg. Piai atau lebih dikenali Penghujung Benua Asia.

Bawalah dorang meronda2 dalam hutan untuk berkenalan dengan monyet, siput, ular air, ikan belacak dan menghirup udara segar dalam hutan...hihihi

Frust sikitlah sebab kita terlupa nak bawa DSLR jadinya snap guna hp. Bila dah buat editing inilah hasilnya. Bolehlah...kekeke 






Ok sangkaan kita tidak meleset. Dorang pun first time tengok ikan belacak, ular air dan sebagainya. Huh! Spesis kita jugalah dorang tuh, kiranya kita nih dah jumpa awal sket dari dorang beberapa tahun yang lepas...kekeke

Maka perjalanan petang rabu yang lepas walaupun dalam masa yang singkat tapi itulah pengalaman yang paling berharga buat biras dan anak2 buah kita. Kata orang banyak perjalanan luas pemandangan.







Thanks Nora and kids for coming, ada masa dan kelapangan insyallah kita jalan2 lagi. Moga kemesraan ini merupakan ukhwah sesama kita semua. Give me five...tetttt! And see you at home town mother in law you and me next time...kihkihkih

( ^ ~ )



Thursday, April 5, 2012

PULAU KUKUP

Elooooo everbody.


Sambung kembali dengan cerita dan pic2 semasa di Pulau Kukup. Aisehhh! Main sambung2 pulak...hihihi. 



Memandangkan hajat hati sudah terlaksana lagi pun banyak sangat xtbt jadinya posting tentang Pulau Kukup pun terputus2 pulak ya...hihihi. Tak kisahkan!








Kami berkesempatan mencuba kemudahan pelantar pejalan kaki, menaiki menara tinjauan mini dan bergayut di jambatan gantung yang merentasi Sungai Ular dan Pulau Kukup. 


Sampai di pulau, pelantar jalan sedia menyambut pengunjung bagi melihat dari jarak dekat perbezaan tumbuhan yang membentuk hutan termasuk bakau. Memang menarik keindahan di sana. 









Dalam perjalanan pulang dari pulau itu ke pekan Kukup, kami singgah sekejap di tengah lautan untuk melihat pusat penternakan pelbagai jenis ikan yang berkonsepkan rumah rakit.








Bercakap tentang keistimewaan pulau itu, masyarakat tidak dapat lari mengaitkannya dengan mitos. Entah betul atau tidak, cerita orang dulu-dulu, Pulau Kukup dikatakan pernah menjadi tempat kediaman lima puteri bunian.  


Salah seorang puteri jatuh cinta dengan seorang pelayar. Pasangan kekasih itu melarikan diri. Akibatnya, pulau itu ditenggelami air laut. Pulau Kukup muncul kembali tetapi diliputi paya bakau. Timbul dakwaan pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib. Itulah mitos Pulau Kukup.


Bagi kita mungkin itu sekadar cite donggeng. Tak kuasa mak :)








Pulau Kukup yang diwartakan secara rasmi sebagai taman negara pada 27 Mac 1997 menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan fauna.


Sesekali berkelana di hutan payau bakau itu, hati terhibur dengan telatah haiwan seperti monyet, ikan belacak yang gemar bermain di permukaan air dan babi hutan pula sibuk mencari makanan di celah-celah payau bakau.





Aksi liar monyet-monyet macaque berekor panjang adalah pemandangan biasa dan pelbagai lagi organisma akuatik rancak melakukan aktiviti sendiri tanpa menghiraukan kedatangan pengunjung.


Kadar bayaran masuk ke taman negara itu kekal RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk pelajar dan kanak-kanak. Bagi pelancong asing, bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 bagi pelajar dan kanak-kanak.

Mengakhiri kisah pengalaman ke Taman Negara Pulau Kukup ini, jika anda ingin ke sana, terokailah pulau itu dengan penuh kesabaran dan anda bakal menyaksikan keajaibannya.


Untuk maklumat lanjut, hubungi PTNJ di talian 07-2661301 atau layari laman Johorpark.



Thursday, March 29, 2012

PULAU KUKUP : JAMBATAN GANTUNG

@ Rumahku Syurgaku





Bagi yang rajin untuk merasai bermalam di atas laut, bolehlah bermalam di rumah kelong Tanjung Piai Resort, pengalaman tidur di rumah kelong adalah suatu yang menyeronokkan tapi kita belum pernah mencuba pengalaman tersebut.


Berkesempatan melawat Pulau Kukup yang merupakan pulau hutan bakau terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia ini pun sudah memadai. Pelbagai tarikan menanti pengunjung di Pulau Kukup terutama bagi mereka yang mahu menyelami alam dan sekitarnya.






Jeng! jeng! Antara tarikan di pulau ini ialah jambatan gantung sepanjang 30 meter, flora dan fauna yang begitu mengkagumkan, dan pelbagai jenis spesis bakau serta ketam dengan pelbagai warna. Jambatan popular sememangnya menjadi tarikan utama pengunjung. Merentasi Sungai Ular sepanjang 30 meter, dari tengah jambatan kelihatan pemandangan menarik Kampung Kukup di tanah besar.





Okey..masuk-masuk jer lepas bayar tiket, terus nampak jambatan gantung. Anda berani tak?? haha..memang best la dapat menyusuri jambatan ini.


Sempat bersembang dengan auntie Chinese yang jaga kat kawasan itu sungguh baik dan berbudi bahasa, sempatlah kite orang merakamkan 'bukti' bahawa kiteorang pernah sampai di jambatan gantung itu.




Aksi liar monyet-monyet macaque berekor panjang adalah pemandangan biasa dan pelbagai lagi organisma akuatik rancak melakukan aktiviti sendiri tanpa menghiraukan kedatangan pengunjung.



Menara tinjau setinggi 15 meter pula terletak di kedua-dua hujung jambatan bagi membolehkan pengunjung mendapatkan pemandangan yang menarik dan melihat spesies burung.



Ketika berada di atas jambatan, pengunjung perlu sentiasa berwaspada. Hanya tiga orang dibenarkan berada di atas jambatan pada satu masa itu dalam jarak sedikit jauh.



Akhir sekali, menara pemerhati setinggi 30 meter tinggi dan mempunyai enam tingkap melengkapkan kemudahan di sana.




Dalam tahun 1990an, Pulau Kukup menjadi tumpuan para saintis untuk mengkaji biodiversitinya yang kaya dan sistem ekologinya yang unik. Sebagai langkah menjaga dan memulihara habitat unik di pulau ini, Pulau Kukup telah diwartakan sebagai Taman Negara pada Mac 1997.


Pulau Kukup juga telah disenaraikan dalam senarai tanah lembab. Para pecinta alam sekitar seharusnya tidak melepaskan peluang menikmati Pulau Kukup dan keindahan semulajadinya!






Apa yang kita nampak Kelab2 Pecinta Alam banyak menjalankan aktiviti di sini bagi membantu mengekalkan alam semulajadi pulau tersebut, walaupun baru2 ini kita ada terbaca satu artikel Pulau Kukup kian mengecil. Uwaaaa....!!





Banyak tapak semaian dan kasut untuk kegunaan menanam semula pokok bakau di Pulau Kukup, apa yang kita nampak Pulau Kukup ini cukup di ambil perhatian.



Monday, March 26, 2012

PULAU KUKUP : JETI PULAU KUKUP

@ Rumahku Syurgaku


Salam uols, seperti yang kita janjikan dalam entri sebelum ini, yeaaay malam ini kita nak sambung episod jalan2 Pulau Kukup. Terus terang dari hati kita, bagi yang nature lover rasanya memang ada naluri untuk kesini. Korang suka pada flora dan fauna tak?




Perjalanan menaiki bot memang tak lama dalam 10 minit dah sampai. Sebelum sampai jeti Pulau Kukup boleh coci mata melihat keindahan perkampungan nelayan, pemandangan pekan Kukup dan pusat ternakan ikan sangkar.


Masa tuh, boleh menembak mana yang patut. View sangat cantik, bagi kitalah....hihihi





Bila dah sampai jeti Pulau Kukup korang kena menaiki aluminium berbentuk ala2 tangga untuk menaiki atas jeti.


Aisehh! Mula2 nak naik kita takut2...hahaha. Tatut jatuh, abislah kita....kena gelak ramai2. Nasib baik anak dara kita tu bagi sokongan moral. Dalam takut2 tetap nak juga menjelajah Pulau Kukup. Rugi wooo!






Dari atas jeti pun dah boleh nampak keindahan pemandangan persekitaran Pulau Kukup. Wow! Subhanallah memang cantik, cuma...cuma...cuma panas sket....kekeke. Ngengada tul!


Jangan risaulah, bukan panas terik sangat sebab akan lalu bawah pokok sambil menikmati keindahan alam dan fauna. Kalau dahaga boleh beli air berhampiran kaunter membeli tiket. Opsss! Nantilah ya kita sambung lagi cite di Pulau Kukup. Ini baru sampai jetinya....muehehe


PULAU KUKUP : EDISI TERJAH

@ Rumahku Syurgaku


Yezzza! Salam bertemu kembali di entri kali ini. Maaflah agak kurang posting entri sejak kebelakangan ini sebab bz yang amat sangat. Ceh! Bzlah sangat...hahaha. Betullah memang bz. Ini pun baru sampai rumah, seharian di kampung halaman.


Kali ini kita nak share perjalanan kita dengan anak daraku yang sorang ke Pulau Kukup. Siapa pernah sampai angkat kaki....huhuhu. Gurau eh, tak leh gurau masuk surau....kuikuikui




Actually cite nih dah basi, kita pegi 2 minggu yang lepas. Memandangkan geng ronda2 balik makanya layanlah ibu dia yang sorang nih berjalan sana sinun...hihihi. Nasiblah ngam seropa kaki berjalan...ekekeke



Kita pun dengan beriya2nya cite kat dia, kat Pontian ada Pulau, namanya Pulau Kukup. Kita bakoooo dia....kuikuikui.


Puas kita searching dalam internet. Cite sampai anak dara kita yakin tempat yang nak kita tuju...kekekke. Nampaknya dia pun teruja sama.




Kita pergi main terjah je sekadar berpandukan dari internet. Dalam pukul 12.00tgh kita keluar rumah menuju ke Kukup. Sampai Kukup benggong2 kejap...hahaha.


Parking kereta terus masuk bangunan imigresen.
Nasiblah ada pak guard yang ringan mulut untuk bertanya pada kami berdua....huhuhu. Kita terus menuju ke jeti tempat menaiki bot ke Pulau Kukup.




Kemudahan bot hanya ada 2 buah sahaja, warna putih dan kuning. Harga bayaran pergi balik menaiki bot RM5.00 dan untuk memasuki Pulau Kukup dikenakan bayaran RM5.00.



Perjalanan semasa menaiki bot tak lama untuk sampai ke Pulau Kukup, adalah dalam 10 minit. Wooot2 bersambung ya, kasi suspen sikit....hihihi




Monday, March 12, 2012

JALAN2 @ ORCHID VALLEY

Sabtu 10 Mac 2012 @ Orchid Valley







Mengikut perancangan seminggu yang lepas kita memang bercadang untuk ke Orchid Valley bersama incik asben. Saje nostalgia tahun 2005 kita seisi keluarga dan arwah mak kita kesana. Wow! Memang cantik dan teruja melihat spesis2 orkid yang begitu banyak.


Dari parking kereta sehinggalah ke ladang, kiri kanan dipenuhi dengan ribuan pokok2 orkid dari dalam dan luar negara yang berbunga dengan pelbagai warna. Orkid diladang tersebut kebanyakkannya dieksport keluar negara.







Sayang sekali, kali ini kehadiran kita seolah2 tidak disambut oleh sesiapa. Keadaan agak sunyi sepi, tempat tiket pun sudah tiada manusia yang menunggu.


Di kawasan parking kelihatan hanya kereta kami sebuah sahaja yang ada di tempat parking, bangunan induk dari buat kayu masih tersergam indah tapi sudah kurang penjagaannya. Situasi pagi semalam seperti bermimpi.


Kita teruskan perjalanan untuk masuk kekawasan dalam, ternampak kelibat pekerja bangla dan seorang bangsa cina yang sudah dimamah usia. Lelaki cina sedang terbaring di atas kotak, curi tulang ya...kikiki. Ngulooooooo...:)







Mereka pun seolah2 kurang paham kehadiran kami berdua, hanya memberi arahan 'masuklah dalam kalau mahu tengok'. Uitsss! Kita dan incik asben meneruskan perjalanan kedalam kawasan ladang.


Tiada kelihatan pokok2 orkid seperti dahulu. Kini ladang yang tersergam indah dahulunya dipenuhi dengan ladang sayur, kebanyakkan hasil tanamannya adalah pokok lada.





Kita pun kurang agak selesa untuk meneruskan perjalanan memandangkan permukaan jalan yang agak kurang elok dan faktor keselamatan. Berpusing balik kebangunan induk, sekadar mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.


Sedang kami bergambar tiba2 muncul perempuan cina warga emas. Kita bertanyakan berkaitan Orchid Valley. Dia memaklumkan ladang orkid sudah ditutup 2 tahun yang lepas dan hakmilik ladang orkid kini telah kembali menetap di Singapura dan tanah disewakan untuk tanaman sayur.


Agak frust juga impian untuk melihat spesis orkid dari bangunan menara tidak kesampaian, kita cuba tercari2 bangunan menara tersebut pun sudah tidak wujud...hihihi.


Apa pun semalam adalah bukan rezeki kita dan semuanya sekadar kenangan...:)




Thursday, March 8, 2012

MUZIUM NENAS



Negeri Johor merupakan antara pengeluar utama nenas di Malaysia . Sehubungan itu, satu muzium diwujudkan bagi mendedahkan semua hal ehwal yang berkaitan dengan industri nenas di Johor.

So apa lagi jangan lupa untuk singgah ke Polland bila sampai ke Johor. Tahu tak Polland tu terletak di mana? hehehe. Cuba google map, jumpa tak? hahaha







Di muzium ini, terdapat sebuah seksyen muzium yang menumpukan kepada kaedah penanaman, pemprosesan, pengawalan dan penyelenggaraan nenas. Selain itu, ada seksyen di mana pengunjung juga boleh memperoleh maklumat berkenaan dengan sejarah perkembangan nenas di Malaysia . Di seksyen tersebut, terdapat pameran koleksi artifak, penerbitan dan maklumat paten.

Tak terjangka oleh kita selama ini tentang buah nenas. Apa yang kita tahu nenas boleh ngap je...hihihi. Tak rugi cucu cicit kita nanti, mereka boleh tahu mengenai nenas lebih mendalam lagi.





Apa yang lebih menarik lagi adalah di seksyen yang memaparkan pelbagai jenis nenas yang di tanam di Malaysia dari yang saiz kecil hinggalah yang bersaiz besar.

Perkara baru yang kita baru tahu, jakunnya haku! Daun nenas boleh dijadikan benang. Owhh! Itu macamkah? Bagi yang nak tahu lebih lanjut bolehlah ke Muzium Nenas yang terletak di Polland @ Pontian, Johor.


Wednesday, March 7, 2012

LEMBAH ORKID



Mungkin orang Johor Bahru tahu di mana terletaknya Lembah Orkid @ Orchid Valley yang terletak di kaki Gunung Pulai, kira-kira 30 km dari Johor Bahru. Dengan keluasan 40 hektar, Lembah Orkid telah diiystiharkan sebagai ladang orkid tropikal yang terbesar di dunia.


Di sini terdapat lebih dari 80 jenis orkid yang cukup cantik dan mengkagumkan.






Lembah nih tak jauh mana pun dari rumah kita, bersebelahan simpang je dari perumahan tempat tinggal kita. Kalau tengok dari luar memang tiada apa2 yang menarik, cuba masuk kedalam. Subhanallah cantiknya orkid2 yang terdapat di situ.





Semenjak dibuka pada Februari 1996, Lembah Orkid semakin popular dikalangan pelancong yang menggemari orkid terutama pelancong dari Singapura.


Apa yang lebih menarik adalah, pelancong atau pengunjung boleh memilih dan membeli pokok orkid dengan harga yang cukup berpatutan. Kebanyakkan bunga2 orkid ini di export keluar negara.






Di Lembah Orkid bukan sahaja mengandungi bahagian penanaman orkid malahan koridor pendidikan, pusat perlancongan dan makmal kaji selidik.


Di samping menikmati udara segar dan permandangan lading orkid yang menarik kita juga dapat melihat keindahan bandar Skudai dari puncak menara yang di sediakan. Kemudahan lain adalah restoran dan taman permainan kanak-kanak.





Kali terakhir kita masuk Lembah Orkid kalau tak silap tahun 2005 bersama arwah mak kita. Argggh! Semua tinggal kenangan.