Nuffnang

Showing posts with label Ole-Ole. Show all posts
Showing posts with label Ole-Ole. Show all posts

Sunday, July 26, 2015

Ziarah Menziarahi Waktu Bulan Syawal

Alhamdulilah pejam celik dah hari ini dah 10 Syawal. Kalau orang Johor menyambut Syawal agak lama...hihihihi.

Sebenarnya bulan Syawal memberikan peluang untuk kita berusaha perbaiki diri. Inilah masa untuk membersihkan hati dan untuk membina sikap rendah diri serta bersangka baik.




Dalam usaha mengeratkan silaturrahim melalui ziarah melalui rumah terbuka yang menjadi budaya masyarakat Melayu, ada yang menangguhkan ziarah dengan alasan menunaikan sunnah serta mengambil fadhilat berpuasa 6 hari. Ini yang saya baca dari hadis, bukannya dari mulut aku ya.

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadis Riwayat Muslim

Sayugia diingatkan bahawa puasa bukanlah penghalang ziarah menziarahi yang bertujuan utama mengeratkan silarurrahim.  Ingatlah bahawa, tujuan utama ziarah Syawal bukanlah untuk menikmati juadah raya.  Kiranya tujuan utama ziarah adalah menikmati hidangan yang lazat-lazat, maka ada baiknya untuk terus berkunjung ke restoran-restoran kerana yang demikian itu tidak mengundang kecil hati tuan rumah, kerana melihat tetamunya lebih cenderung kepada hidangannya dari bertemu serta berinteraksi dengannya.

Ibnu Umar RA diriwayatkan telah tetap hadiri jemputan walaupun berpuasa. 

Ini berdasarkan hadis

“Jika dijemput sesaorang daripada kamu ke majlis jamuan, maka penuhilah jemputan itu. Jika dia sedang berpuasa,  doakanlah tuan rumah itu. Dan jika tidak berpuasa, maka makanlah.” - Hadis Riwayat Muslim.  


Anyway Selamat Hari Raya dari saya dan keluarga.   


Wednesday, July 22, 2015

Koleksi Tin Minuman Bergas Dari Pelbagai Negara

Alhamdulilah, Pejam celik hari ini dah masuk Syawal ke 6. Aku baru je dapat berpuasa sunat 3 hari. Lagi 3 hari ko nak mengabiskan. Perlahan-lahan insyallah iya dak!





Thank anak bujang aku for give me dengan pelbagai jenis minuman bergas dari pelbagai negara. Bukan mudahkan? Alhamdulilah aku senang je bcoz anak bujang aku rajin collect bila ada tugas rasminya. Ibu dia suka! Hahaha

Bagi yang rajin boleh gak buat personalized name on the can too. This is a special  collection pada aku la tapi aku belum berkesempatan. Insyallah nanti aku nak buat jugak. Itupun kalau rajin la...hahaha

Dah pelbagai negara tin minuman yang anak aku bawa balik dan aku simpan sebagai koleksi peribadi. Ada dari Jepun, Korea, Thailand, Arab Saudi, China dan banyak lagi. Aku pun tak sempat nak snap...huhuhu

Hobi yang aku tak rancang selama ini hanya berusaha mengumpul setelah anak bujang kerap membawa balik bila bertugas. Tapi, entah kenapa setiap kali  anak aku bertugas tin minuman bergas ini, ianya menjadikan hati dan terasa ingin membawa balik untuk di kumpul.


Bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkannya. Namun aku bangga kerana berjaya mengumpul koleksi yang menjadi idaman hati selama ini.

Aku percaya hanya mereka yang tahu menilai, pasti akan menghargai segala nilai yang ada pada barangan



Friday, December 20, 2013

Dompet Kempis Bersama NILE

Hari jumaat lunch hour yang sangat panjang. Jom shopping di hujung jari sahaja...hihihi. Pandaikan aku menghasut korang...hahaha. Gelak sopan tau nih. Semua orang suka shopping. Seropalah dengan aku yang penting petihnya ada tak kiralah apa carakan. Kali ini aku nak introduce kat korang tentang nile.com.my. 

Kenapa? Sebab nile.com.my merupakan portal online shopping yang menawarkan harga termurah pada abad melenium ini....kikikiki Nak tau berapa murah? Cer klik sini nile.com.my







Korang bukan sahaja boleh beli baju/dress/tudung/kasut/bag aksesori untuk wanita, malah pakaian untuk lelaki dan kanak-kanak pun ada. 

Jangan tak tahu boleh juga beli buku, barangan sukan, barangan elektrik dan gadjet pun hadooo.  Ini dah macam shopping mall dihujung jari je.  





Tapi sedihnya  bagi aku orang Johor Bahru dan yang sewaktu dengannya, nile.com.my hanya menyediakan khidmat penghantaran di sekitar lembah klang dalam masa 24 jam sahaja.Waaah kelaz!

Hah! Apa lagi jom shopping dengan nile.com.my


Wednesday, December 4, 2013

Ole-Ole Dari Jepun

Pejam celik esok dah hari selasa.

Kerja macam biasa tapi nak amik half day balik Muar. Rabu cuti santai-santai dirumah ibu mentua bersama pak incik. Mestilah berdua-duaan selalukan...lalalala

Ingat nak jalan-jalan kat bandar Muar makan sate dan pekena mee Bandung Muar. Waaaa manyak sedap meyhh...hihihi












Sekadar buat kenangan, bukan nak bagi koreng meleleh air liur...hihihihi. Picture yang kat atas tu pemberian ole-ole dari opismate kita yang baru balik dari Jepun. Baca betul-betul bukan dari Parit Jepun ya...hahaha

Tak nyempat nak membelek lagi apa yang di beri yang penting snap buat share dalam blog...hihihi. Anyway terima kasih Pura dan Zafa bagi buah tangan dari sana.








Ini pula oleh-ole dari Osaka, Jepun. Cantik shawl dan White Cholate hasil pemberian kak Ana yang baru balik bercuti dan ada urusan di sana. Lebiu sista ingat kita selalu kalau kemana-mana.

 


Wednesday, November 13, 2013

Buah Tangan Dari Holland

Pejam mata....

Sekarang saya tengah berada di Holland. Mengadap kincir angin yang sedang berputar dan melihat bunga tulip yang sedang kembang mekar. Subhanallah cantiknya! 







Holland nih dulu orang panggil Belanda. Sedang bersama perempuan Belanda dengan pakaian tradisional. Seolah-olah tengok susu Dutch Lady di Malaysia atau susu pekat manis cap junjung...hihihi






Ladang tulip di kawasan ini seluas-luas alam dan saujana mata memandang. Bunga Hyacinth yang ditanam diladang amatlah wangi. Belanda atau Holland satu lokasi pinggir bandar yang mempunyai kampung dan pantainya sendiri. 






Allahhuakbar! Saya hanya berangan tau...hihihihi. Salah satu negara yang menjadi impian untuk saya jejaki. Insyallah saya percaya dengan rezeki Allah dan izinNya. 







Niat serta doa yang baik2 selalu dimakbulkanNya. Melihat keindahan ciptaan Allah dengan melafazkan perkataan " MasyaAllahlaquwataillabilla hil a'zim "  insyallah ucapan itu akan membawa kita melihat 10 lagi keindahan ciptaan Allah di dunia ini dengan izin Allah.

Satu lagi kepastian yang benar2 ya bukan tipu....hahaha. Saya baru sahaja menerima 'buah tangan' dari negara yang keluasannya hanya kecil sedikit dari Sabah.






Buah tangan yang saya terima ini bukanlah saya terima begitu dari tuan empunya badan tapi kiriman kepada orang lain. 

Walaupun tidak berpeluang bertemu dengan si pengirim buah tangannya dari jauh tetap ada untuk diri ini. Memandangkan terlalu sekejap dia berada di Malaysia. Alhamdulilah ingat juga dekat kakak yang sorang nih. Terima kasih Syuhada. Kita jumpa di facebook je ya...hihihihi. Insyallah nanti bila sudah kembali bertugas kita sembang lama-lama ya...hihihi. Luv u daling...! 

Apakah buah tangan yang saya terima itew?

Tuesday, July 9, 2013

Ole-Ole Dari Ireland

Salam untuk semua, pejam celik tak sedar dah 6 hari saya tak menulis entri...huhuhu. Bzlah sangat...hahaha. Alasan sungguh!




Tadi pagi masuk opis lebih awal dari biasa. Langkah awal dan rezeki yang masuk pun awal. Boss lagi awal 3 minit dari saya. Dia nampak kelibat saya, kena panggil masuk bilik. Rezeki mak nak dapat buah tangan dari Ireland. 




Thank you my big boss sebab selalu sangat bagi present kalau pergi holiday dan kursus kemana-mana. Tak pernah lupa saya. Moga murah rezeki boss. Amin.
 
Suka sangat, maka bertambahlah lagi koleksi fridge magnet untuk simpanan peribadi saya.