Nuffnang

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

Family Day Bayou Lagoon Park Resort, Melaka


Haiiii, pembaca blog saya semua. Terima kasih sudi ke sini. Ingat pesan anak dara saya, 'Ibu kena rajin menulis untuk ihatkan minda'. Walaupun nampak berhabuk tapi rasa sayang tetap ada untuk terus menulis dalam blog ini...huhuhu










Baru je hilang rasa penat melanda diri. Kita join family day pejabat di Bayou Lagoon Resort, Melaka. Menginaplah di sana 2H1M di sana.








Ikut perancangan pergi bawa suami dan 2 orang anak tapi perancangan sudah lari...hihihihi. Tak apalah bukan rezeki anak2. Mereka ada komitmen yang tak boleh dielakkan sebagai student. Jadinya saya dan pak incik haneymoon ya...hahhaha. Terima kasih urusetia macam tahu2 je wedding anniversary kami yang baru lepaskan. Macam tau je! Macam tau je! hahaha 

Checkin pukul 3.00ptg dan kami dapat bilik no. 5-2 yang terletak di aras 5. Penginapan di sini berbentuk apartmen so jangan risau memang agak selesa. Nak ke sini? Masuk ikut tol Ayer Keroh dan terus ke Bukit Katil. Pusing2, confirm jumpa punyalah.

Saya ingin berkongsi pengalaman semasa di sana tambah tempatnya masih agak baru dan menarik bagi yang berkeluargaboleh bawa anak2 sure mereka gembira. Boleh juga layari di sini  Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. 









Apa yang menarik kat Bayou Lagoon Park Resort, bilik dia macam apartmen. Ada 2 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan & 2 bilik mandi. Makanan untuk breakfast, lunch dan dinner pun sedap. Totally saya bag 4.5 bintang.

Nak lagi best, ada water theme park kat sini. Turun je lif ke lobi, jalan ke belakang bangunan, terus boleh main air.  Tak caya, cer tengok gambar-gambar yang saya upload ya.





So kalau korang bercadang nak bercuti kat Melaka, saya sokong supaya korang ke Bayou Lagoon Park Resort ni. Tapi pandai-pandai laa cari sebab kejap lagi musim cuti sekolahkan. Semalam pun dah nampaknya bilik macam full. Tempat nih jadi tumpuan jabatan2 kerajaan dan IPTA berkursus. Kalau tengok bulan Januari 2014 setiap bilik dah full booked dari sektor swasta...huhuhu. Dahsyat syarikat swasta nih buat kursus sampai sebulan....hahaha
 






Bagi yang nak ke sana eppy holiday. Mandi puas2, gelongsor puas2 dan paling penting makan puas2 masakan chicken lemonnya...hahaha. Arghhh! Tekak nak makan chicken lemon lagi...huhuhu.

Wednesday, May 16, 2012

COCONUT SHAKE KLEBANG




Minggu lepas kita ke Umbai, Melaka untuk ziarah pak long kita yang tak berapa sihat. Secara kebetulan kita sampai betul2 waktu tengahari.

Mak Long kita ajak lunch di Klebang. Kalau pergi rumah pak long kita nih konsepnya dapur tak berasap, makan luar. Yelah mak long dan pak long kita tinggal berdua je dirumah tuh.

Aduyaiii! Terlalu lapar dan lauk pauk pulak menu kampung sampai tak sempat snap gambar. Kebuloqlah sangat tuh...hahaha




 



Dalam perjalanan balik mak long kita ajak singgah di Coconut Shake Klebang, perniagaan kepunyaan adik lelaki dia. 

Teruja sebab tengok customer yang begitu ramai sekali. Kita tak nampak lagi perniagaan ini di Johor Bahru. Hebat2 baguslah orang melayu camnikan?








Mak Long kita ambilkan Coconut Shake dan air kelapa. Memandangkan suasana tengahari panas terik tekak pun tengah dahaga, mak long kita bungkuskan air kelapa muda dan Coconut Shake.Sedap tuh, memang mak long kita macam paham je tekak kita nih nak minuman yang sejuk-sejuk...hihihi

Bila nak bayar, tokey tu tak bagi walaupun di hulur duit. Tak pasal2 minum free tengahari tuh...huhuhu











Kita memang respectlah dengan cara dia berniaga, customernya memang tak berhenti, silih berganti. Mak long kita cakap kalau musim perayaan mencecah sampai RM26K. 

Perghhh! Tak perlu sebuah cafe yang hebat, sekadar lengkap dengan kelengakapan, pekerja dan tempat laluan orang ramai, satu lagi memang mengamalkan sikap bersih.

Bagi yang ke Umbai atau Klebang bolehlah singgah di Coconut Shake Klebang. Memang ada umphhh!