Nuffnang

Showing posts with label CT Garden. Show all posts
Showing posts with label CT Garden. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Kemaruk Pokok Bunga Ros

Salam untuk pembaca blog ini. Rindu nak menulis, baru ada kesempatan.

Yaaah! Kali ini kita nak sembang tentang pokok yang baru kita jatuh hati. Pokok rosss ler...hahaha. Hah! Menggongkan! Baru sepokok kita beli online, itu pun tak sampai2 lagi.




Ros nih senang ditanam menggunakan keratan batang atau rantingnya yang matang. Bunganya cantik dan menarik ini sudah lama popular dan ditanam sejak beratus-ratus tahun dulu lagi. 




Ada pelbagai bentuk dan warna bunga ros seperti putih, merah terang, merah tua, merah muda, oren serta pelbagai warna baru dan unik hasil kacukan. Adoiiiii cantiknya.

Sekian, untuk cerita pokok ros kita...hahahaha. Feeling benggong tajuknya! :)




Tuesday, February 11, 2014

Berkebun Sambil Kitar Semula

Salam untuk semua. Pejam celik esok dah jumpa hari isnin. Arghhh! Kejapnya masa berlalu. Kalau hari jumaat alangkah seronoknya saya dah boleh berkebun. Bunyinya macam berhektar-hektar je kebun mak Jemah...hahaha



Sejak terjebak dengan hobi tanam-tanaman, saya banyak membaca, mengoogle dan bertanya dengan kawan-kawan. Tapi dalam hal ini saya lebih prefer alam semulajadi, hidup secara natural. 

Bermakna saya mengamalkan tanaman secara recycle termasuklah baja dan sebagainya. Jimatkan?



Bila kita tengok sempena kempen kitar semula diadakan seluruh Negara. Tujuannya untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat dalam menangani sisa buangan domestic dan industri Negara. Di samping itu, kempen ini juga menggalakkan masyarakat menanam pokok bagi menghijaukan bumi untuk mengurangkan masalah kepanasan global. Ceh! bunyinya beriya-iyakan.

Bermacam-macam cara kita boleh menyahut dan menyumbang tenaga dalam menjayakan usaha ini. Berkebun dilaman rumah juga di antara salah satu usaha kecil yang boleh kita sumbang kepada usaha kitar semula.



Bahan buangan terutamanya dari  botol-botol mineral, botol minyak masak, bekas plastik pembalut serbuk pencuci, pembalut plastik beras dan tin-tin biskut boleh digunakan semula sebagai bekas untuk menanam pokok bunga dan sayur-sayuran. 




Selain kita menikmati hasil tuaian juga dapat mengindahkan persekitaran dan paling utama dapat menambah bekalan oksigen dan menyejukkan bumi serta persekitaran rumah kita.

Jom kita berkebun sambil kitar semula.

Monday, February 3, 2014

Bagaimanakah Cara Menanam Pokok Strawberi?

Syukur Alhamdulilah! Allah sentiasa memberi rezeki dan menerangkan hati saya dengan pelbagai cara termasuklah dengan hobi baru. Meneroka dunia tanam-tanaman yang cukup menyeronokkan. 




Dunia baru bagi diri saya adalah di miliki mereka yang menjadi peminat tegar untuk menanam pokok strawberi. Ini adalah pokok buah-buahan yang boleh bertolak ansur dengan kebanyakan jenis tanah tidak memerlukan nutrien khas dan dapat hidup dalam keadaan cuaca yang berbeza, dari  negara yang sejuk dan basah, yang berakhir dengan panas seperti Malaysia negaraku tercinta. 

Malaysia Boleh! hihihi




Saya memilih pertaruhan dan strawberi yang menjadi pilihan, seperti dengan perkebun semua, masa yang diperuntukan bagi menyediakan tempat penanaman, biar pun sukar tapi itulah cabarannya. Ingat! Sebelum kita menyelam ke dalam penyodok di dalam tanah, perlu membuat beberapa keputusan. 

Lokasi :

Lokasi mesti sempurna di bawah matahari penuh kebanyakan hari. Kuantiti yang banyak air dan peredaran udara yang baik adalah dua bahan utama untuk kejayaan. 

Sumber : 

Buah strawberi amat mudah terdedah kepada virus dan penyakit tanah. Itulah sebabnya kenapa ia adalah penting untuk membeli tumbuhan yang diperakui di kedai-kedai atau individu tertentu. Tanah yang elok akan cenderung untuk melepaskan daun hijau dan bukannya buah merah berjus. Semak pH tanah dan jika perlu, tukar kepada kira-kira 6.5. Tanah yang telah disenyawakan dengan tahun sebelumnya, permulaan yang sempurna.  

Teknik Penanaman :

Sejurus sebelum penanaman, mempunyai 5 helai daun dan di cucuk 10 cm kedalam tanah. Menanam. Strawberi terdapat mana-mana anak benih yang diperoleh dalam dalam versi terbuka. Untuk menanam pokok-pokok pada jarak masa antara 35-45 cm dalam baris dan kira-kira 75 cm antara baris, yang kaya tanah penyebaran yang lebih luas. Adalah penting untuk tidak meninggalkan akar terdedah. 

Sebelum musim menuai : 

Pada musim bunga apabila tumbuhan itu mula mekar, membuang semua daun-daun mati dan mula untuk sentiasa memeriksa  kutu daun dan serangga perosak lain. Jika tumbuh-tumbuhan adalah kaku dan tidak mahu berkembang, hanya keluarkannya mereka dan membuang, kerana jelas ini adalah tanda-tanda virus itu. Apabila buah-buahan mula untuk membentuk, meletakkan sabut kelapa untuk mengekalkan kelembapan dalam tanah dan buah-buahan. 

Selepas menuai :  

Berhati-hati untuk tidak memotong tumbuh-tumbuhan terlalu mendalam dan tidak merosakkan pokok. Jika perlu, pastikan pengurasan tanah untuk memastikan anda banyak buah-buahan segar. Pokok strawberi akan tumbuh dengan baik. Jika kilang itu mengeluarkan hijau daun terlalu kuat, ia bermakna bahawa ada terlalu banyak nitrogen di dalam tanah. Keluarkan daun dan sampah selepas musim menuai dan seterusnya.

Saturday, January 25, 2014

Cuaca Sejuk Yang Melanda

Salam untuk semua, saya terlalau bz minggu ini dengan kerja-kerja di pejabat. Jumaat dan sabtu pun ke pejabat...huaaaa. Takpe ya CT, Pahala! Pahala! Ayat pujuk diri sendiri...hihihi.






Sekarang nih tengah musim sejuk, cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mencatatkan rekod suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius di sekitar Besut yang saya baca di akhbar. Dah macam kat UK.







Saya yang dekat Johor ini pun rasa sejuk sampai ke tulang. Berdasarkan ramalan cuaca JMM, suhu sepanjang minggu di kebanyakan kawasan di negeri ini adalah 33 darjah celsius pada waktu siang dan 24 darjah celsius pada waktu malam. Saya suka cuaca sejuk nih biar selamanya pun tak apa...hihihi

Seronok tengok tanaman saya hidup subur dan mengeluarkan bunga yang beGitu lebat. Bagus perubahan cuaca sejuk nih. Bajet tinggal di UK kan...hahaha

Tak sabar tunggu salji turun...hahaha

Wednesday, January 22, 2014

Menuai Hasil Strawberi

Selamat malam semua. Alhaiiii sakit hati dan sakit mata tak tengok entri kita hari nih...hukhukhukh. Sila jelezzz ya pembaca semua....huaaaa

Alhamdulilah nampaknya pokok strawberi ada chemistry dengan aku. Calitttt ya pokok, lebiu sama kamu ya pokok...hahaha






Tak ada petua atau tips hebat yang boleh saya kongsikan sebab saya langsung zero dalam bidang pertanian tapi minat dari abah dan mak yang suka bercucuk tanam sedikit sebanyak mewarisi kat anak dia nih. Mungkin jugalah tapi tak 100%, sikit-sikit tuh tetap ada.

Kemana lagi kuah kalau tak tumpah ke pinggankan? Sikit-sikit tuh mesti terpercikkan.

Mungkin abah dan arwah mak lebih kepada sayur-sayuran, saya sayur-sayuran dan minat sedikit kepada buah-buahan 4 musim. Ceh! Macam iya je...kikiki






Ok tinggalkan coleteh mak Jemah yang berletiaq ya...hahaha. Balik cite pokok strawberi yang mula mengeluarkan hasil. Ala tak banyak mana pun setakat 5 biji...huhuhu. Eksennya je lebih...huhuhu

3 biji dah saya petik petang semalam. Sebiji bagi anak buah rasa dan 2 biji lagi kami makan. Sebelum makan kasi picit jerawat dia...hahaha. Gelak ya!





Bukan jerawat tapi kita amik biji benihnya untuk di semai. Adoooiii bukan main seksanya mengambil biji strawberi nih...kikiki. Lama-lama rasa seronok pulak...hihihi.

Mudah-mudahan biji benih yang aku proses untuk percambahan dalam fridge menjadi hendaknya. Insyallah...







Sekarang nih saya dah ada pokok strawberi 2 pasu dan 4 yang dalam polybag, keseluruhan ada 6. Yeahooo! Seronoknya. Nampaknya anak-anak sulur pun makin menjadi-jadi mengeluarkan anak-anak pokok.

Satu perkembangan yang sangat positif, berharap sangat biji benih yang dijadikan bahan eksperimen menjadi ya...huhuhu
 

Monday, January 20, 2014

Mana Nak Cari Pokok Epal?

Salam untuk semua.

Huaaaa, saya nih tengah gila kentang tapi bukannya nak menanam pokok kentang atau nak makan kentang ya...hahaha. Maksud saya nak mencari benih pokok epal. Saya nak tanam dalam pasu kat halaman rumah nih. Nape tak percaya ke? 






Mesti orang gelakkan sebab saya nak tanam pokok epalkan? Miahahaha. Peduli hapekan, kalau saya tanam pokok strawberi, mulberi, anggur boleh hidup pastinya pokok epal pun bolehkan.

Biarpun suhu kawasan tempat tinggal nih bukannya 4 musim tapi ala-ala gitew. Bawah kaki pergunungan kot sebab tu sesuai. Ceh! Perasannya aku...huhuhu

Tolong ya kawan-kawan semua, bagi info kot2 ada sesiapa yang jual benih pokok epal saya memang sedang tengah mencari.

Thursday, January 16, 2014

Ceri Acerola @ Barbados.

Selamat malam semua. Agak terlebih sibuk hari ini....huhuhu. Kali ini saya nak bercerita tentang buah yang agak jarang dikenali oleh orang ramai.






Buahnya seperti epal tapi size agak kecil. Di kampung halaman saya ada sepokok yang sentiasa berbuah lebat. Inilah yang dinamakan ceri Acerola @ Barbados.




Buahnya sangat kaya dengan vitamin C. Antara buah yang tinggi kandungan vitamin C dan berada di ranking ke-5 dunia. Tanam menggunakan keratan batang sahaja. 


 


Saya dah sediakan satu keratan batang untuk di semai. Maklumlah cuaca persekitaran tempat tinggal kami 4 musim katakan, tanam apa je hidup...hahaha




Ada juga menerima pesanan dari pengguna yang ingin menanam keratan batang ceri Acerola @ Barbados. Insyallah akan saya bekalkan dari masa ke semasa.

Wednesday, January 15, 2014

CT Garden

Alhamdulilah, selawat serta salam buat junjungan nabi SAW. Tambah hari ini negeri Johor cuti umum so banyak perkara yang saya boleh lakukan.

Sebenarnya kaki saya tengah terlalu sakit untuk menapak uols tapi tetap melawan kesakitan sebenarnya. Saya percaya urik asid terlalu tinggi buat masa ini. Dugaan oh dugaan...huhuhu





Seawal pagi saya dan pak incik pergi breakfast di Restauran Taufeeq kemudian ke surau Nurusallam untuk mendengar ceramah Cinta Rasul bersama Ustaz Yusoff Al Banjari.

Selesai majlis ilmu saya terus pusara mak dan terus kerumah abah namun hampa....huhuhu. Padan dengan muka aku, tak calling2 terlebih dahulu...hahaha. Tak ada rezeki sebenarnya!

Bila tengok rumah abah berkunci rapat, saya terus ke masjid untuk menunaikan solat fardhu zuhor. Selesai bersolat terus balik rumah sendiri...huhuhu

Mungkin ada hikmahnya, saya dapat bersolat jemaah di masjid dan pukul 4.00 ptg abah saya datang kerumah. Syukor Alhamdulilah, hikmah disebalik rahsia Allah yang kita tidak tahu.

Oklah untuk tidak membuang masa, saya nak bagi tahu. Auwww malunya. Gedik! Hihihi. Saya sudah create sebuah page CT Garden untuk kami bersembang dan bertukar-tukar idea bagi yang cintakan pada kehijauan alam semulajadi.

Hah! Apa lagi sila klik button 'Like' ya kawan-kawan...hihihi.