Nuffnang

Showing posts with label Sayang2. Show all posts
Showing posts with label Sayang2. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

Jambangan Ros. Terima Kasih Pak Incik!

Alhamdulilah diberi kesempatan untuk menaip entri kali ini. Dah beberapa hari saya tinggalkan blog. Kesiannya blog saya...huhuhu









Sekadar berkongsi jambangan ros pemberian pak incik untuk saya di pejabat tadi. Terima kasih pak incik bagi saya jambangan bunga. 

Bagi tetiap minggu pun saya tak jemu untuk menerimanya. Banyaklah permintaan aku ya...hahaha












Masa nak amik bunga nih tengah mamai tido tengahari dekat pejabat. Bangun2 dapat call suruh ke depan pejabat. Ingatkan apa tadi, tengok2 ada jambangan bunga. Yahoooo! Mood berbunga-bunga...huhuhu. Terus cergas bijik mata aku...hahaha

Sekali lagi terima kasih suamiku....:)

 


Saturday, June 22, 2013

5 Perkara Sebelum Datangnya 5 Perkara Dalam Diri

Salam untuk semua pembaca blog saya. Terima kasih banyak yang menyokong dengan tulisan saya di blog ini walaupun tidak seberapa.

Uwaaaaa! Kejapnya masa berlalu esok dah jumpa sabtu bermakna saya bakal berjumpa minggu yang baru. Kita nih selalu alpa banyak perkara, baik kesihatan, ibadah, kasih sayang dan bersosial yang perlu diperbaiki. Sambil membaca blog saya layanlah pic juadah saya berbuka puasa petang tadi. Biarpun masakan saya tak seistimewa masakan orang yang berada tapi menu sihat yang seadanya. Nasi ulam, acar ikan dan tempe goreng cicah sambal kicap. Cukuplah dan Alhamdulilah semuanya rezeki dari Allah. 




Jerebu yang melanda sebenarnya menyuruh saya muhasabah diri. Saya menarik nafas panjang. Sangat panjang. Dipendam lama-lama biar oksigen yang melalui bronkius dan bronkiul akan terus ke paru-paru.  Biar padat oksigen dalam salur darah.





Buat seketika saya memandang pada buku catatan harian merah pemberian Universiti yang sentiasa dikelek bila ada aktiviti. Itulah keja saya, A shortlist of a long list. Nampaknya masih banyak yang belum tercapai. Adooii!


Kita kadang lupa untuk merebutl lima perkara sebelum datangnya lima perkara dalam diri. Masa sihat sebelum sakit, Masa kaya sebelum datangnya masa sempit, Masa lapang sebelum tiba masa sibuk, Masa muda sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati. Ini buka saya yang memandai untuk berkata-kata dan menulis di blog ini tapi nabi Muhammad SAW yang menyampaikan pesanan untuk umatNya. Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri. 




Apa yang ada dalam benak pikiran sekarang, Sungguh gembiranya minggu ini kalau dapat menjengok abah dan ziarah pusara ibu saya. Maklumlah, dah dua minggu ak menatap wajah abah. Dapat ziarah pusara mak pun jadilah.Itulah perasaan yang ada dalam diri ini sekarang.

Ok! Kena stop dulu. Mata dah kelat, bantal dah memanggil-manggil... hihihi. Insya Allah ada kelapangan saya menaip entri lagi ya.Jaga diri dengan tingkahlaku yang baik-baik.

Friday, May 24, 2013

Samsung Galaxy Note II Versi Pinky

Yooooooo! Salam sejahtera untuk semua blog saya.Wah! Ceriakan tengok entri nih nampak pinky2 gitew...huhuhu. Sakit mata dan sakit hati je. Bestnya kalau dapat belikan. Insyallah, moga Allah bukakan rezeki kita semua untuk membelinya.



Masa Samsung Galaxy Note keluar mula2 dulu saya macam tak berapa minat sebab rasa besar pulak tapi bila tengok anak dara saya dah guna 2 tahun macam bestlah pulak. Ini kira baru dapat hidayah kot...hahaha. 

Lepas tuh bila tiap kali masuk website Samsung tengok Galaxy Note, jatuh cinta, jatuh hati tapi tak la sampai tersungkur camtu....huhuhu. Bila time lunch tak ada xtbt skodeng masuk website Samsung, dapat tengok jadilah....hihihi. Gilor loh ini olang!...hahaha




Pastu keluar Galaxy Note versi warna hot pink. Uwaaaaa! Berpinar plus juling bijik mata mak Jemah. Walawehhh! Saya pun tak tahu sejak bila minat warna pink...hahaha. 

Jangkit virus anak dara sayakah, eh tapi dia pakai Galaxy Note versi putih...huhuhu. Nak jugak warna pink, soft je tengok. Huh! Bilalah impian boleh jadi kenyataan nih...hihihi





Tapi sakit hati sangat-sangat sebab Galaxy Note pink nih limited edition. Hopefully by the time moga saya dapat hp warna macam nih....huhuhu. 

Pasrah dan berserah mudah-mudahan tercapai jugak impian nak guna Galaxy Note pink nih. Ada sesiapa nak hadiahkan saya tak? Sila angkat tangan, nanti kita belanja makan...huhuhu



Pastu saya nampak plak kat Google, hadehhhh lagi cair iman mak Jemah haihhh! Saya percaya dengan rezeki Allah, usaha dan niat yang baik pasti Allah izinkan. Insyallah. 

Sesiapa yang nak rasa jadi macam saya sila masuk sini Samsung, boleh menggong jadinya...hahaha. Jatuh cinta dengan hp tak mengapa jangan sampai angau suami/isteri/duda/janda orang sudah ya....miahahaha. Penangan gurau yang buat orang terkesima...wakakaka

Wednesday, January 2, 2013

Yesterday Once More, Al Fatihah Buat Ibu Saya

Alhamdulilah, selamat malam semua..

Saya dedikasikan entri ini tarikh pemergian ibu saya kembali ke rahmatullah. Rasa sebak semasa  menaip entri ini, cuba menahan tangis tapi menitis juga. Esok tarikh keramat bagi ahli keluarga saya. Arwah ibu saya kembali ke rahmatullah pada 2 Januari 2006 yang merupakan hari pertama memulakan persekolahan pada tahun 2006. Pejam celik dah 7 tahun mak tinggalkan saya. Astghfirullah! Saya tak boleh menangis, kesian mak saya tapi...





Subuh yang sunyi di wad ICU saya dan kakak berpelukan bila doktor mengesahkan mak pergi buat selamanya. Dia pergi tanpa meninggalkan pesan. Tinggallah saya adik beradik dan abah semasa pemergiannya, bagaikan disentap keluarga kami ketika itu dalam usianya 61 tahun sebab dia tiada mempunyai apa2 rekod penyakit.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana limpahan rahmat dan barakahNya akan sentiasa mengiringi mak walau di mana jua mak berada. Juga kepada abah, semoga mak dan abah akan bahagia bersama di dunia hingga akhirat. Amin.





Walaupun masa sudah berlalu dengan memasuki fasa 7 tahun, saya tidak pernah merasai mak saya sudah pergi buat selamanya. Saya masih merasakan dia selalu ada di sisi saya. Mimpi saya sebanyak 3x, lagi membuatkan saya terasa hampir dengannya walaupun tanpa sepatah kata.

Terlampau banyak pengorbanan yang mak telah lakukan untuk kami. Kalau saya nak senaraikan satu persatu memang sampai setahun pun tak siap. Terima kasih mak kerana membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Bagi saya  mak adalah ibu terbaik didunia. 

Saya harap ibu2 di luar sana dapat memberikan pengalaman yang sama kepada anak2 sebagaimana mak saya. Sayangilah ibu anda.

Moga damai mengiringi mak di sana, Anak mak nih selalu ingat tentang mati. Sampai masanya saya juga akan kembali ke sisi Tuhanku. Moga sayangku pada emak adalah sayang yang berkekalan dan takkan berkesudahan.






Terima kasih mak menghalalkan susu yang mengalir ditubuh kami, moga doa2 saya setiap waktu dan hari tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan mak di sana.

2 Hari yang lepas sempat saya bersendirian menjengok pusara mak, pokok mawar warna pink yang saya tanam semasa raya Aidil Fitri 2012 mengeluarkan bunga yang lebat, harap begitulah kegembiraan mak di sana. Subhanallah!

Al Fatihah buat ibu saya, Allahyarhamah Tuminah binti Hj Kasan. Moga mak damai di sana.


Saturday, October 20, 2012

23 Tahun Yang Berlalu


Happy Wedding Anniversary

Assalamu'alaikum wbt. Syukur Alhamdulillah dengan apa yang ada pada hari ini.
 
Bermulalah pertukaran status daripada seorang anak dara kepada seorang yang sudah berkahwin pada tanggal 29 Oktober 1989. Kemudiannya bertukar status lagi kepada seorang ibu 2 tahun kemudian.  Dikurniakan 2 orang cahaya mata - 1 puteri dan seorang putera, bahtera yang dibina terus berlayar menuju ke destinasi yang diredhai Ilahi. Insyaallah.




Pejam celik, pejam celik, sudah 23 tahun berlalu. Bermakna sudah 23 tahun kami berumahtangga. Oh, sekarang sudah berempat ya! Sungguh cepat masa berlalu, bukan

Kita tahu, sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga selama 23 tahun ini, pastinya banyak dugaan, ujian dan halangan yang telah kita hadapi dan tangani. Ada yang kita sendiri nampak dan ada yang tidak.

As fas as I know, marriage itself is a gamble. Ohooo!. Jangan salah faham ya. Perkahwinan itu suatu percaturan. Kenapa kita katakan begitu? Sebab kita sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa menghabiskan sisa perjalanan. Yang perlu dan harus kita lakukan hanyalah berusaha untuk melakukan yang terbaik. Itu sahaja. 

Pada kita, perkahwinan yang dibina itu bukan sekadar untuk kita berkongsi kegembiraan, kasih sayang, cinta dan rindu dendam sahaja. Pada saya, perkahwinan memerlukan sesuatu yang lebih daripada itu. Ia perlulah diisi dengan rasa penuh tanggungjawab dan berusaha memainkan peranan masing-masing sebaik yang mungkin. Setakat cinta sahaja tidak cukup. Rasa cinta itu akan pudar seiring dengan perjalanan waktu. Peranan yang dimainkan inilah yang memekarkan dan menghidupkan kehidupan berumah tangga. 




Ohooo! Tidak semudah sebenarnya menghadapi onak dan duri dalam melayari bahtera rumahtangga! Tak percaya? Cubalah luangkan sedikit masa mendengar kisah dan pengalaman orang yang lebih tua. Cuba tanya pada mereka. Cubalah tanyakan pengalaman mereka. Pasti  semua akan temui satu konklusi yang mengatakan bahawa perkahwinan itu tidak semanis yang diimpi dan tidak seindah yang dimimpi.

Pastinya banyak susah-senang dan jatuh-bangun yang telah kedua ibu bapa kita hadapi sepanjang tempoh mereka membina mahligai cinta begitu juga diri ini. Ujian Allah cukup kuat, cuma lain orang lain ujiannya.
Walau apapun, kita percaya, setiap perkahwinan yang dibina pastinya mahukan bahagia. Setiap pasangan yang berkahwin mahukan panas berpanjangan hingga ke petang. Semuanya mahu membina rumah tangga yang dilimpahi dengan sakinah, rahmah dan mawaddah. Insyaallah.





Kita percaya kesolehahan kita pada hari ini adalah hasil daripada kesolehahan ibu bapa kita. Kesolehahan anak-anak kita nanti bergantung kepada kesolehahan kita pada hari ini. Agak seramkan? Makna kata, andai kita mahukan anak yang soleh dan solehah, kita dahululah yang kena menjadi soleh dan solehah. Sebab itulah perlu mempersiapkan diri bermula dari sekarang. 

Semoga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga, meredhai dan merahmati kita.Tidak sedar sudah menjangkau 23 tahun telah berlalu yang penuh dengan onak dan liku. Moga kita terus tabah menongkah waktu. 

Terima kasih Allah merestui perjalanan rumahtangga ini. Amin!

Semasa entri ini di tulis kita sedang menunggu pak incik bersiap2 untuk menuju Senai airport ke satu destinasi. Jam 7.00pg kami menuju KLIA. Insyallah doakan kita selamat pergi dan kembali.


Thursday, October 18, 2012

Jambangan Bunga Dari Pak Incik

Syukur Alhamdulilah..

Yeahhh! Petang semalam kita dapat jambangan bunga dari pak incik...huhuhu. Suka! Ros warna krim. Kalau selalu dapat jambangan bungakan bagus. 









Sesungguhnya kehidupan ini adalah apa yang kita beri bukan semata-mata apa yang kita minta kepada mereka yang memerlukan. 

Sekurang-kurangnya kita boleh berkata kepada Allah apabila kita nak tidur. Wahai Allah! Apakah sumbangan yang mampu kita beri pada hari ini dan jika dengan sumbangan itu, aku perolehi rahmatMu.









Begitu juga dengan jambangan bunga ini, sudah membuatkan kita rasa gembira dan dihargai. Syukur Alhamdulilah! Macih daun kari, bagi lagi lain hari...hahaha

Bulan Oktober ini wedding anniversary kami yang ke 23 tahun tapi pak incik tak ingat pun...huahuahua. Tarikh tuh, insyallah kami di luar Malaysia kot, itu pun dia tak perasan lagi...hahaha