Nuffnang

Showing posts with label Garden. Show all posts
Showing posts with label Garden. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Usaha Cari Rezeki

Promosi terlebih dahulu. Japanese Rose cantik tak? Sesiapa nak beli  Japanese Rose beri komen atau pm facebook ya :)

Moga malam ini menjanjikan seribu kebaikan untuk semua. Esok pagi selasa kita bertemu, insyallah.





Tidak terjangkau dalam pikiran kita kadangkalanya oleh kita kerana Allah sudah menyediakan manusia dengan akal fikiran untuk memenuhi tujuan di sebalik kehidupan termasuk rezeki.



 

Melalui akal fikiran manusia berusaha mencari rezeki, memahami mereka hendaklah hidup saling bekerjasama dalam melengkapi keperluan diri dan mengakui kepentingan ajaran Nabi SAW kepada manusia. 




Antara ajaran Nabi SAW yang manusia perlu terima ialah berkaitan isu di luar daripada pengalaman hidup manusia seperti mengakui keesaan Allah serta memahami perkara ghaib dan kebangkitan selepas mati.

Berkenaan rezeki, Allah sememangnya menjaminnya kepada setiap hamba. Apa yang penting ialah rajin berusaha dan tidak putus asa dalam mencari rezeki.



 

Hal ini termasuk bekerja dengan mengambil upah, berniaga dan menghasilkan barangan untuk jualan. Ada orang yang berduit, tetapi tidak mampu mengusahakan sesuatu. Jadi, orang terbabit memerlukan perantara seperti penjual, pembeli dan pengilang. Gunakan segala yang ada dalam mencari rezeki asalkan ia halal dan dibenarkan syarak.


Sebenarnya tidak ada jalan mudah dalam mencari rezeki. Islam tidak mengajar dengan doa semata-mata atau rezeki datang bergolek tanpa perlu berusaha. Nabi SAW sendiri berusaha dalam penternakan kambing dan perniagaan dalam kehidupan biasa baginda. 







Walaupun begitu kita semua boleh sahaja berusaha menambah ibadat sunat seperti melaksanakan solat Duha, memperbanyakkan membaca al-Quran terutama surah al-Waqiah dan ayat tertentu seperti ayat seribu dinar sebagai sebahagian usaha. Kehidupan kita mempunyai hubungan rapat dengan pemilihan kita sendiri dan kepercayaan kepada ketentuan Allah.




Monday, February 17, 2014

Bz Melanda Diri

Salam untuk semua.

Alahai kesibukan melanda diri sekarang nih...huhuhu. Alhamdulilah, saya masih beruntung kalau nak di bandingkan dengan mereka-mereka yang tidak mempunyai perkerjaankan?



Kadang-kadang bila kita terlalu sibuk dengan kerjaya juga terapi diri. Kita banyak belajar sifat sabar, tenangkan diri serta menangani masalah dalam bekerja. Sekarang nih saya banyak belajar menjauhi dengan perkara-perkara yang remeh-temeh dan negatif singgah didiri saya. Sila jauh-jauh ya...huhuhu

Bulan Februari merupakan bulan yang sangat mencabar bagi diri saya tanpa mengenal erti siang dan malam. Sebagaimana ibu-ibu yang lain juga, bagusnya anak-anak saya di pusat pengajian jadinya tidak memerlukan perhatian di rumah kecuali pak incik.  Dia pun bz selalu...huhuhu

Bulan ini bagaikan rasa setiap hari penuh rutin, sama ada ke pejabat menyiapkan data Projek Research Universiti dan MyMohes dan tuntutan kerja hakiki.

Ya ampun memang dah lama saya tidak menjengok abah saya, sementelah menunggu data masuk melalaui emel, saya ambil kesempatan pada hari jumaat untuk menjengok abah sekejap. Dapatlah meluangkan masa bersama, makan goreng pisang, makan asam pedas dan melihat abah membersihkan kolam ikan keli. Saat ini yang saya rindukan bersama-sama abah saya. Alhamdulilah sihat lagi abah saya walau usianya sudah mencecah 70++.

Rasanya dah 2 hari saya tak membelai pokok2 stroberi, rindunya. Esok ya ibu belai kamu ya pokok! hehehe


Wednesday, February 12, 2014

Berkebun Strawberi Di Kediaman Dataran Rendah

Selamat melayari blog yang tidak seberapa ini. Subhanallah! Jangan berhenti berdoa dan mendoakan orang lain. Pinjam kata-kata yang baik ini dari Prof Muhaya. Kalau kita rasa kita baik, jangan riak, kalau kita rasa kita alim, jangan riak dan kalau kita rasa kita sihat, jangan riak. Sebab kita tak tahu siapa agaknya yang mendoakan kita sehingga kita mendapat ehsan Allah utk jadi baik dan sihat. Sama-sama kita selami ayat yang saya taip ini.

Masih dengan cerita bercucuk tanam...hihihi. Suatu hobi yang sangat menarik bagi saya. Saya sebenarnya kurang pasti dari jenis dan spesies apa tanaman strawberi yang saya pelihara sekarang. Satu lagi saya sudah terjebak dalam komuniti Pecinta Tanaman Stroberi di Tanah Rendah. Bagusnya setiap usaha yang saya lakukan dapat sokongan dari pak incik. Alhamdulilah.

 

 

Ok sambung cite bab pokok strawberi semula....hihihihi. lagi Ciri-ciri tanaman strawberi yang saya punya iaitu dari segi ukuran buah sedang, mempunyai rasa yang tidak terlalu tajam, tidak terlalu manis.

Saya sudah mencuba sendiri untuk menanam pokok strawberi di tempat tinggal kami, yang sebenarnya kedududukan untuk bercucuk tanam pokok strawberi kurang agak sesuai. Lemah bunyinya! huhuhu

Pada awalnya saya hanya mencuba membeli pokok secara online untuk suka-suka dan mengangapnya seperti satu nasib. Permulaanya saya sempat mempunyai rasa ragu-ragu, kemungkinan tanaman ini boleh bertahan hidup di daerah tempat saya tinggal? Tapi saya bertekad dan mencubanya sebaik mungkin dan tawakal pada Allah Taala. Malah permulaannya saya ditertawakan oleh anak-anak dan apa yang saya lakukan hanya dalam waktu sebentar iannya akan mati. Macam nak nanes...huhuhu

Alhamdulilah, tanaman strawberi ini saya pelihara di rumah agak sensitif dan menerima sinar matahari lebihkurang 6 – 8 jam sehari, ternyata memang tanaman ini tidak cukup kuat menahan hawa panas.  Banyak daunnya yang mengering, kemudian memerlukan air pada waktu pagi dan petang. Dengan cara ini cukup membantu mengurangi jumlah daun yang kering.

Tanaman strawberi saya mulai bertambah dengan munculnya sulur, dari ujung sulur-sulur ini akan tumbuh tanaman strawberi baru dan akarnya. Inilah yang dapat  saya tampung dalam pot atau polybag baru, setelah tanaman baru mempunyai 4-5 daun maka sulur yang terhubung dengan indukannya dapat dipotong. Media tanamnya saya buat dari campuran dari tanah dan cocoapeat.

Setelah masuk bulan ke 3 menunggu akhirnya tanaman strawberi saya mulai berbuah, diantaranya pasti ada yang berbunga kemudian berubah menjadi buah. Hampir sekitar 4-7 hari sekali saya boleh memetik buah yang sudah matang. Saya mampu menikmati buah strawberi dari kebun sekangkang kucing yang sempit itu...huhuhu

Terbukti! Tidak mustahil bagi kami yang tinggal di kawasan tanah rendah untuk menanam pokok strawberi. Saya sudah membuktikan. Alhamdulilah semuanya atas izin Allah.


Wednesday, January 15, 2014

CT Garden

Alhamdulilah, selawat serta salam buat junjungan nabi SAW. Tambah hari ini negeri Johor cuti umum so banyak perkara yang saya boleh lakukan.

Sebenarnya kaki saya tengah terlalu sakit untuk menapak uols tapi tetap melawan kesakitan sebenarnya. Saya percaya urik asid terlalu tinggi buat masa ini. Dugaan oh dugaan...huhuhu





Seawal pagi saya dan pak incik pergi breakfast di Restauran Taufeeq kemudian ke surau Nurusallam untuk mendengar ceramah Cinta Rasul bersama Ustaz Yusoff Al Banjari.

Selesai majlis ilmu saya terus pusara mak dan terus kerumah abah namun hampa....huhuhu. Padan dengan muka aku, tak calling2 terlebih dahulu...hahaha. Tak ada rezeki sebenarnya!

Bila tengok rumah abah berkunci rapat, saya terus ke masjid untuk menunaikan solat fardhu zuhor. Selesai bersolat terus balik rumah sendiri...huhuhu

Mungkin ada hikmahnya, saya dapat bersolat jemaah di masjid dan pukul 4.00 ptg abah saya datang kerumah. Syukor Alhamdulilah, hikmah disebalik rahsia Allah yang kita tidak tahu.

Oklah untuk tidak membuang masa, saya nak bagi tahu. Auwww malunya. Gedik! Hihihi. Saya sudah create sebuah page CT Garden untuk kami bersembang dan bertukar-tukar idea bagi yang cintakan pada kehijauan alam semulajadi.

Hah! Apa lagi sila klik button 'Like' ya kawan-kawan...hihihi.


Sunday, January 12, 2014

Pokok Mulberi

Alhamdulilah selamat malam semua, kali ini saya nak berkongsi tentang pokok Mulberi yang saya tanam dan khasiatnya. Ceh! Macam omputih aku nih kan? hahaha. Maklumlah tinggal kat negara 4 musim, walhal ceruk Skudai..kahkahkah





Mulberi merupakan tanaman istimewa ulat sutra tapi kat rumah saya tak adalah ulat suteranya. Geli la...huhuhu. Jika tidak makan daun ini, ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik.

Biasanya petani yang membudayakan tanaman ini untuk ulat sutra, saya nih petani suka-suka...kikikiki. Mulberi adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh dan menghasilkan buah.





Buah Mulberi mengandung banyak vitamin A, potasium, magnesium, fosfor, kalsium, protein, karbohidrat, dan serat, sehingga buah ini cocok dimasukan dalam menu diet kerana buah ini memiliki kandungan air yang tinggi sehingga membuat mulberi relatif rendah kalori.






Selain rasanya enak ternyata buah ini memiliki banyak manfaat terutama untuk kecantikan kulit. Ceh! Ini yang orang perempuan sukakan selain itu antara lainnya :

  1. Mulberi Mengandung vitamin C yang sangat baik untuk kulit
  2. Membersihkan polusi pada tubuh
  3. Membuat kulit tampak lebih cerah
  4. Mulberi mengandung anthocyanin, jenis antioksidan yang lebih kuat daripada antioksidan dalam buah lainnya. Antioksidan ini dapat melindungi kulit dari efek radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan tubuh.
  5. Antioksidan dalam mulberi dapat menghapus bintik-bintik gelap di wajah.




Dapat juga diketahui manafaat beberapa manfaat daun mulberi pada tubuh manusia, diantaranya:
  1. Mengubati dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
  2. Mengubati masalah kolesterol dalam darah
  3. Mengubati hipertensi/tekanan darah tinggi
  4. Mengubati sakit asma
  5. Mengurangkan risiko osteoporosis atau tulang rapuh
  6. Meredakan batuk, perasaan cemas dan gelisah
  7. Mengurangi rasa sakit saat haid
  8. Memperlancar haid yang tidak teratur
  9. Menambah energi
  10. Membantu mengatasi migrain dan susah tidur malam (insomnia)
Saat ini, saya tak merasakan sukar untuk mendapatkan buah dan pokok Mulberi sebab sudah berjaya menanamnya sendiri. Bagi yang teringin untuk menanamnya boleh komen dekat bawah ya.

 

Saturday, April 6, 2013

Buah Letup-Letup

Alhamdulilah, selamat malam dan selamat sejahtera kesemua pembaca blog saya.

Malam nih saya hendak berkongsi sejenis buah eksotik, maklumlah orang kampung mesti tahukan benda yang pelik2? Tapi buah letup2 nih tak berapa nak peliklah pada saya...hihihi





Kalau yang berasal dari kampung sudah pasti mengenali pokok letup letup ini, namun ada juga yang tak pernah mengenali buah ini. 

Buah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan juga menjadi sebahagian memori indah pada mereka yang mengenalinya sewaktu kebanyakkan kampung2  belum pesat membangun seperti sekarang.






Buah letup letup ini sukar dikomersilkan kerana kesukaran mendapatkan dalam kuantiti yang banyak. Ada ker yang sedia untuk menanamnya...huhuhu. Cantik pada pandangan saya untuk dijadikan hiasan rumah dan sedap rasanya. 

Sebut dari segi rasa pula memang ia kurang nilai komersil tapi ianya unik dan menarik bagi sesetengah orang. Saya imbas kembali kenangan mengenai buah letup2 ini yang semakin sukar untuk kita nikmati. Bagi generasi sekarang kenalilah buah letup2 ini yang unik dan banyak khasiat.


 



Pokok letup2 sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar dan berfungsi sebagai tanaman penutup bumi. Ia juga mudah tumbuh di kawasan tanah terbiar.
Kenapa dipanggil buah ini dipanggil buah letup letup? Kerana apabila dipicit buah ni akan keluar bunyi meletup seakan-akan bunyi mercun pop-pop, tapi bunyi dia pelan la sikit idok ler macam merecun tuh....hahaha. 






Yang bestnya warna buah ini  akan bertukar cerah kekuningan dengan bau yang harum apabila telah matang. Bila di makan akan terasa manis dan kemasaman. Pokok Letup Letup ini juga boleh merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk.

Berbudi Pada Tanah Yang Sekangkang Kera

Selamat khamis malam jumaat semua, mudah2an kita semua dapat mengambil sebanyak mungkin ibadah untuk malam yang mulia ini. Seelok2nya capailah surah Yassin untuk di baca. Mak Jemah sekadar mengingatkan je...huhuhu.






Saya nih kalau tiada aktiviti keluar rumah hujung minggu lebih suka abiskan masa dirumah. Sambil merehatkan diri  di rumah mulalah dengan aktiviti berkebun yang sekangkang kera tuh. Cian, kera juga yang nak aku sebut...miahaha.  

Sabtu lepas banyak masa saya abiskan masa di halaman rumah. Di halaman yang kecik inilah mak Jemah bercucuk tanam beberapa jenis tanaman dalam pasu....huhuhu






Tepatlah ungkapan Melayu yang sering dituturkan sejak zaman dolu2, berbudi pada tanah dapat hasilnya. Barangkali ungkapan, tanah sekangkang kera yang ada di depan rumah, dapat juga saya manafaatkan. Asalnya bermula dengan menanam cilipadi  dan kacang panjang renek, lama kelamaan menjadikan saya rasa ceria melihatnya setiap hari.

Saya dah rasa keseronokkannya. Oh, nikmatnya apabila manusia berbudi pada tanah. Terima kasih anugerahMu ya Allah bagi hidayah untuk saya memotivasikan diri dengan perkara yang mendatangkan faedah.





Sekarang nih setiap minggu pasti ada aktiviti yang saya nak lakukan. Sekarang tengah menyemai benih kacang bendi, kailan dan sawi putih. Insyallah merasalah kami sekeluarga atas  kerahan tenaga mak Jemah....hahaha Insyaallah kejap lagi merasalah pulak sayur kailan dan sawi putih kemudia di ikuti kacang bendi.  

Sudah ada yang booking biji benih kacang panjang renek untuk rakan2 di opis. Saya dah buat tempahan biji benih lobak putih, lobak Rosy, kobis putih, spinach dan tomato secara online. Excited untuk menanam, saya tak merasakan ini satu bebanan malah ia sangat menyeronokkan.
 





Berkebun tuh, suatu yang mudah. Selain hasil yang boleh kita dapat juga pengalaman yang cukup menyeronokkan. Saya berkebun bukan nak dapatkan hasil untuk di jual kat pasar....huhuhu. Sekadar suka2 mengisi masa lapang. Cer tengok picture hasil tanaman mak Jemah di tanah yang sekangkang kera tuh...huhuhu

Jadinya, marilah kita bercucuk tanam....:)



Sunday, March 17, 2013

Nature Mood


Selamat berhujung minggu pembaca blog saya semua. Terima kasih sudi membaca blog nih. Ceh! Bajet retis lagik aku nih..miahaha. Saya nih bukanlah seorang yang rajin, tetapi sekali2 keluar mood rajin nauzubillah...hahaha. Namun kira rajin jugaklah dengan tulang 4 kerat ini....hihihi




Sebenarnya saya dalam mood rindu sangat dengan abahku yang sorang tuh. 2 Minggu lepas balik rumah kampung halaman rumah dia kosong. Beriya2 kita bawak buah durian untuk dia merasa. Tinggalkan buah tuh tempat yang selamat dan petangnya calling2. Minggu lepas dia pegi Batu Pahat. Minggu nih saya pulak bz. Minggu depan apa cara sekali pun nak jumpa dia gak...huhuhu. Jangan sesekali  lupa untuk appreciate your father & mother hokeh, hidup tak berkat. 




Tiba-tiba membuatkan saya berfikir sejenak. Saya  tengok awan dan memuji kecantikannya. Pokok-pokok bunga yang kat porch semua dah tak ada lagi yang spesis berbunga, banyak yang saya dah buang. Ada pun yang tinggal hanya spesis berdaun hijau. Sebelum ini adalah juga beberapa batang pokok ros yang banyak mengeluarkan bunga tapi akibat terkena serangan kulat abis saya buang. Pasu yang sedia ada saya gantikan dengan tanaman kacang panjang renek.





Banyak masa saya abiskan masa involved dengan dunia maya, membaca dan sewaktu dengannya. Sampaikan ciptaan Allah depan mata yang beribu kali ganda cantik pun saya tak perasan dan sukar nak lakukan. Petang nih nak ajak anak dara pegi nurseri, tengok apa2 pokok yang saya berkenan dihati.





Berangan nak menanam pokok Chrysanthemum di tepi tingkap. Bila bangun pagi terasa gembira kerana pokok-pokok berkembang mekar. Bajet macam rumah omputih...miahaha. Selalu yang saya amalkan ketika menyiram pokok, berselawat ke atas nabi agar pokok tumbuh dengan sihat. Idok ler teman berselawat kuat2 macam orang Maulud Nabi tuh, selawat sesorang dalam hati. Kadang2 pandang kiri kanan gak takut neighbour nampak, cakap seseorang akak nih....hahaha 

Really saya suka bercucuk tanam tapi dalam versi moden, kemana kuah kalau tak ke nasi jugakkan. Arwah ibu dan abah saya memang gemar bercucuk tanam di sekeliling rumah. Tambah boss saya di pejabat pun rajin bersembang bab menanam pokok jadinya saya ada geng nak sembang...hihihi. 

Terima kasih pokok kerana membekalkan oksigen kepada saya. Kalau pak incik saya, abis disuruhnya buang semua segala pasu yang ada katanya tak perlu ada pokok di kawasan rumah. Tak sedar tuh pokok2 inilah yang bagi dia bekalan oksigen...huhuhu. Dah tua2 nih dia layan juga minat saya, dia belikan alat untuk menyiram pokok tapi hangat2 tahi itik. Tolong siram adalah dalam 5-6 kali lepas tuh dah tak menyentuh lagi...hehehe. Orang tak minat tak boleh dipaksa! :)

Menanam pokok nih sangat bagus untuk menangani segala masalah, kerunsingan dan keserabutan fikiran hilang bila kita beri tumpuan pada tanaman dan tumbuhan. Suasana hijau daun  menyegarkan pandangan. 

Saya boleh rasa bagaimana tanah yang melekat pada jari dan tangan memberikan satu terapi pada kulit. Dah lama tak main dengan tanah. Teringat bagaimana zaman saya kecil dulu, kaki dan tangan, bersalut lumpur. Kata orang tanah dan lumpur baik untuk kulit. Betul juga, sebab kita manusia juga berasal dari tanah. Arghhh! Rindu semua tuh.

Satu lagi jangan buang bahan atau sisa-sisa dari dapur sesuka hati, seperti perut ikan, air basuhan beras, kulit bawang dan sebagainya kerana ia boleh dijadikan baja pokok dan boleh melestarikan kawasan sekitar kediaman. Tak caya try la. Alhamdulilah sangat berguna.

Thank you for reading this entry !

Tuesday, September 25, 2012

Ros Garden

Syukur Alhamdulilah semua dapat kita bertemua lagi di blog ini. Rasanya dah 2 hari tak menulis dalam blog ini. Rindu nak menulis tapi kadang2 masa agak terhad. 

Ini pun baru tersedar dari tido, rasa dah hilang sedikit segala penat siang tadi. Macamlah teruk sangat kerja siang tadi ya...:)






Kering idea, bila tengok imej2 dalam hp terpandang pokok2 ros yang kita tanam dalam pasu di hadapan rumah sedang mengeluarkan bunga yang agak lebat.

Sebelum pergi kerja minggu lepas sempat kita rakamkan sebagai kenangan bila tengok bunga2 ros ini kembang. Cantik je tengok pokok ros tuh berbunga.







Banyak lagi yang patut kita pelajari bab menanam pokok ros. Kata orang pokok ros akan menghasilkan bunga sekali setahun tapi kita punya pokok entah dah berapa kali berbunga...hihihi

Ada lagi pokok lain selain pokok ros yang kita tanam  tapi sekarang nih tengah kemaruk menanam pokok-pokok ros di persekitaran rumah ini.







Happy gardening, terapi minda dan mata memang seronok belek pokok bunga nih , damai je tengok bunga ros kembang setaman...hihihi

Kalau dekat Malaysia nih rasanya kita semua boleh menanam pokok ros yang lasak kecuali Cameron Highland dan Fraser Hill's. Kalau di negara yang sejuk, subhanallah bunga rosnya besar2 dan cantik2 belaka.

Betullah kata orang besar cabarannya membela pokok ros nih. Pokoknya sangat sensitif dan mudah terkena penyakit. Belum lagi masuk bab2 makhluk perosak seperti ancaman serangga dan lain2. Hujan pun jadi satu ancaman bagi pokok rose. 

Sebab dah minat dan sudah terjebak kita teruskan jugak. Ada yang kata dengan menanam pokok ros boleh membuatkan kita awet muda tau! 

Auwww! Betulkah nyah? hahaha


Wednesday, August 15, 2012

Rose Garden


Syukur Alhamdulilah!

Cantik tak garden mak Jemah, pujilah sendiri  iya tak, kalau bukan diri sendiri yang dok nak memujikan...hihihi. Entahlah sejak dua menjak nih kemain berkobar-kobar kita nak menanam pokok ros uols. Macam buang tebiat je..hihihi










Hah! Tak agak2 nak membeli pokok bunga ros kat nurseri. 5 pokok sekali merembat uols...hihihi. 3 pokok dah tanam dalam pasu dan yang 2 lagi nak bawa pegi tanah perkuburan. Adalah projek XXL yang mak Jemah nak buat. Macam serem je bunyinya...hukhukhuk. Entri lain eh kita cite...ngeee









Pokok Bunga ros ni senang nak tanam. Guna keratan batang je. Sesudah ditanam samada dalam pasu atau terus ke tanah, ia akan hidup macam biasa. 

Tapi jangan tanam di bawah teduhan, bukan tak hidup tapi takut-takut tak berbunga pulak. Nanti siapa yang kecewa? Mak Jemah jugak...huhuhu







Wah! Cantiknya pokok ros kita bila dah upload dalam blog....ngeee. Puji lagik. Bagusnya pokok ros nih walaupun dah dikenali beratus-ratus tahun namun masih menjadi bunga pujaan ramai peminat bunga ros di Malaysia masa kini. Lagi lama lagi orang cari.

Selain mempunyai bunga yang cantik, pokok bunga ros ni mempunyai bentuk yang pelbagai dan warna tuh tak usah nak citerlah punyalah banyak, merah, putih, oren, pink, merah muda, kuning, peach dan banyaklah lagi. Itu belum yang dikacuk. Sememangnya cantik dan baunya wangi pulak. Itulah yang siang malam nak dok membelek sampaikan incik asben dah kunci pintu kita keluar lagi nak tengok bunga2 ros yang tengak mengeluarkan kuntuman bunga. Cantiklah uols...huhuhu