Nuffnang

Saturday, April 6, 2013

Berbudi Pada Tanah Yang Sekangkang Kera

Selamat khamis malam jumaat semua, mudah2an kita semua dapat mengambil sebanyak mungkin ibadah untuk malam yang mulia ini. Seelok2nya capailah surah Yassin untuk di baca. Mak Jemah sekadar mengingatkan je...huhuhu.






Saya nih kalau tiada aktiviti keluar rumah hujung minggu lebih suka abiskan masa dirumah. Sambil merehatkan diri  di rumah mulalah dengan aktiviti berkebun yang sekangkang kera tuh. Cian, kera juga yang nak aku sebut...miahaha.  

Sabtu lepas banyak masa saya abiskan masa di halaman rumah. Di halaman yang kecik inilah mak Jemah bercucuk tanam beberapa jenis tanaman dalam pasu....huhuhu






Tepatlah ungkapan Melayu yang sering dituturkan sejak zaman dolu2, berbudi pada tanah dapat hasilnya. Barangkali ungkapan, tanah sekangkang kera yang ada di depan rumah, dapat juga saya manafaatkan. Asalnya bermula dengan menanam cilipadi  dan kacang panjang renek, lama kelamaan menjadikan saya rasa ceria melihatnya setiap hari.

Saya dah rasa keseronokkannya. Oh, nikmatnya apabila manusia berbudi pada tanah. Terima kasih anugerahMu ya Allah bagi hidayah untuk saya memotivasikan diri dengan perkara yang mendatangkan faedah.





Sekarang nih setiap minggu pasti ada aktiviti yang saya nak lakukan. Sekarang tengah menyemai benih kacang bendi, kailan dan sawi putih. Insyallah merasalah kami sekeluarga atas  kerahan tenaga mak Jemah....hahaha Insyaallah kejap lagi merasalah pulak sayur kailan dan sawi putih kemudia di ikuti kacang bendi 

Sudah ada yang booking biji benih kacang panjang renek untuk rakan2 di opis. Saya dah buat tempahan biji benih lobak putih, lobak Rosy, kobis putih, spinach dan tomato secara online. Excited untuk menanam, saya tak merasakan ini satu bebanan malah ia sangat menyeronokkan.
 





Berkebun tuh, suatu yang mudah. Selain hasil yang boleh kita dapat juga pengalaman yang cukup menyeronokkan. Saya berkebun bukan nak dapatkan hasil untuk di jual kat pasar....huhuhu. Sekadar suka2 mengisi masa lapang. Cer tengok picture hasil tanaman mak Jemah di tanah yang sekangkang kera tuh...huhuhu

Jadinya, marilah kita bercucuk tanam....:)



No comments:

Post a Comment