Nuffnang

Wednesday, March 7, 2012

LEMBAH ORKID



Mungkin orang Johor Bahru tahu di mana terletaknya Lembah Orkid @ Orchid Valley yang terletak di kaki Gunung Pulai, kira-kira 30 km dari Johor Bahru. Dengan keluasan 40 hektar, Lembah Orkid telah diiystiharkan sebagai ladang orkid tropikal yang terbesar di dunia.


Di sini terdapat lebih dari 80 jenis orkid yang cukup cantik dan mengkagumkan.






Lembah nih tak jauh mana pun dari rumah kita, bersebelahan simpang je dari perumahan tempat tinggal kita. Kalau tengok dari luar memang tiada apa2 yang menarik, cuba masuk kedalam. Subhanallah cantiknya orkid2 yang terdapat di situ.





Semenjak dibuka pada Februari 1996, Lembah Orkid semakin popular dikalangan pelancong yang menggemari orkid terutama pelancong dari Singapura.


Apa yang lebih menarik adalah, pelancong atau pengunjung boleh memilih dan membeli pokok orkid dengan harga yang cukup berpatutan. Kebanyakkan bunga2 orkid ini di export keluar negara.






Di Lembah Orkid bukan sahaja mengandungi bahagian penanaman orkid malahan koridor pendidikan, pusat perlancongan dan makmal kaji selidik.


Di samping menikmati udara segar dan permandangan lading orkid yang menarik kita juga dapat melihat keindahan bandar Skudai dari puncak menara yang di sediakan. Kemudahan lain adalah restoran dan taman permainan kanak-kanak.





Kali terakhir kita masuk Lembah Orkid kalau tak silap tahun 2005 bersama arwah mak kita. Argggh! Semua tinggal kenangan.


No comments:

Post a Comment