Nuffnang

Wednesday, March 7, 2012

BANGGANYA JADI ANAK JOHOR



Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri


Wah! Nyanyi lagi, bukan apalah terasa rindu bila tak menulis entri di blog nih tentang Johor. Siapa anak jati Johor, sila angkat tangan? Syaaaaaya....hihihi. Off coz banggakan, dari sebeso tapak tangan sampailah nih still menetap negeri Johor. Perghhh! Banggalah sangat...hihihi





Kita anak jati johor, lahir dekat Batu Pahat Johor. Mak orang Johor tapi abah warganegara Singapura. Alah kasi tutup matalah ya, anak Johor jugakkan...muehehe. Masa usia kita 5 tahun abah berpindah di Johor Bahru sampailah sekarang memang berkampung di sini.


Plat kereta? Mestilah pakai plat Johor dan anak2 kita pun lahir di Johor Bahru tapi kita kawin dengan orang Muar, Johor. Orang Johor jugakkan?... kikiki. Hope lepas nih adalah salah sorang anak kita yang dapat orang luar dari negeri Johor....hihihi





Apa yang menariknya tentang Johor? Kejap nak bisik pada yang bujang2 tuh. Cerita menarik nih, Mas kawin Johor murah je Rm22.50 walaupun harga tol dah berapa kali naik duit mas kawin tetap camtu jugak...hihihi


Satu lagi tentang orang Johor suka sebut perkataan 'ekk'...hehehe. Ini selipar awak punya 'ekk'. Mana datang 'ekk' kita pun tak tau. Biarlah dia nak ekk, okk, ekk, okk...hihihi. Tak kuasa mak!





Satu lagi bestnya jadi orang Johor boleh masuk semua channel sebab sifat universal takde sifat kenegerian. Kita rasa atau perasan sendiri kot jadi anak Johor...hihihi. Owhh! Tidak...:)


Banyak yang boleh di temui di Johor. Banyak juga boleh diketahui kalau korang bertemu dengan orang Johor. Bukan nak tunjuk orang Johor nih bagus tapi memang bagus....hahhaa. Tapi ada sesuatu yang istimewa dengan orang Johor.


Tak percaya cuba berbual dengan geng2 Johor, sebab apa? Ada perkataan yang jarang di dengar dan di tutur oleh orang dari negeri lain. Negeri lain pun pasti ader perkataan-perkataan yang jarang orang dengar. Contohnya orang Johor sebut karipap (epok-epok), makanan ringan (jajan), selimut (gebor) dan banyak lagilah...hehehe


Kadang2 kita yang anak jati Johor pun sampai blur2 dibuatnya...hihihi.


No comments:

Post a Comment