Nuffnang

Tuesday, June 30, 2015

Cucur Durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana sudi melayari blog aku yang tak seberapa ini. Salam Ramadhan yang ke 12 hari ini. Alhamdulilah.




Hah! Sekarang nih tengan musiam durian. Kalau dekat Johor Bahru nih mak oiii harga bukan main mahal ada yang mencecah RM30.00/kg. Awal-awal musiam hari tuh tekak teringin sangatkan aku beli je. Kata orang tuh buat selit gigi je. Jamahkan!






Sekarang nih dah mula murah sikit, dapatlah juga beli Rm5.00/kg. Incik suami yang rajin membeli. Memandangkan banyak so ada yang aku dah frozenkan. Standby bila tekak aku nak makan tinggal keluarkan...hihihi. Kalau yang bijak buah durian nih boleh di olahkan, macam-macam masakan boleh dibuatnya.

Malam tadi aku buat cucur durian dan sahur pagi tadi sambung goreng lagi. Really sedap ko! Tak susah mana pun nak membuatnya. 

Bahan-bahannya :

1. Buah durian- ambil isinya sahaja
2. Tepung
3. Garam
4. Telur
5. Air




 


Cara-caranya :

Durian ambil isinya . Tepung, telur, garam  dan air di gaul sehingga sebati. Pastikan seperti membuat adunan cucur udang dan sebagainya.

Panaskan minyak kemudian ambil isi durian dan golek-golekkan ke atas tepung. Pastikan isi durian dalam tepung dan kemudian goreng.

Sesuai di makan panas-panas bersama teh/kopi O sebagai hidangan minum petang.

Selesai dan selamat mencuba.

2 comments:

  1. assalamualaikum,
    tak pernah buat cekodok durian

    nak cuba pun durian mahal huh u huhuhu

    ReplyDelete
  2. anyss ~ try la memang sedap! Ya durian skrg agak mahal, lain la orang Perak untung boleh beli durian dgn harga yang murahkan..

    ReplyDelete