Nuffnang

Sunday, July 14, 2013

Ulam-Ulaman Umpama Snek Harian

Haiiiii selamat malam minggu semua. Pejam celik dah 4 hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu bermakna usia makin berganjak. Semakin tua dah aku...huhuhu. Hakikat sebenar yang perlu kita hadapi. 






Malam ini aku solat isyak dan terawih di rumah. Tak selesa sebab nak layan buku lali kaki aku yang bengkak akibat urik asid yang tinggi. Ya Allah sembuhkan seperti sediakala. Bisa dan perit sangat aku rasa. Dugaan sungguh!





Petang tadi masak yang simple tapi berkhasiat. Masak awal atas permintaan anak aku yang nak balik ke Terengganu. Minta aku bekal untuk dia...huhuhu. Aku masak ayam masak kicap, labu masak lemak, ulam-ulaman daun kemangi dan daun cekor serta sambal tempe kering. Dah nama pun ibu, mana mungkin tak menunaikan permintaan anak-anak walaupun tak sepenuhnya permintaan mereka boleh kita tunaikan.

Perasaan ini yang aku rasa 30 tahun dulu, arwah mak sanggup buatkan segalanya demi anak ini semasa hendak balik ke asrama. Hah! Sekarang giliran aku pulak, mungkin 20 tahun akan datang giliran anak-anak aku pulak layan anak-anak dia. Pusingan hidupkan.

Eppy dan lega bila dapat call dari anak bujang. First perkataan yang keluar dari mulut dia ' Bu! Terima kasih bekalkan adik nasi dan lauk pauk. Adik dah sampai Pekan Pahang untuk berbuka puasa '. Alhamdulilah tengok status dia baru kejap dalam facebook dah sampai Kemaman, Terengganu. Lega!






 
Makan berbuka aku tadi lebihkan dengan mengambil ulam-ulaman. Kenapa suka makan ulam? Mesti korang pikir awet mudakan? kan...hihihi. Really aku bukan fokus macam tuh paling utama aku nak sihat. Bila badan sihat semua perkara kita boleh pikir dengan baik dan pergerakan pun tidak terbatas.

Moralnya banyakkan makan ulam-ulaman semasa makan. Contohnya petang tadi masa berbuka aku makan daun selasih @ kemangi dan daun cekor. Sedap uols! Ada berani? kikiki. Rugi kalau tak suka makan ulam-ulaman. Sekarang nih ulam-ulaman sudah menjadi 'snek' harian wajib semasa aku makan nasi.

Try la memang bagus untuk kesihatan. Macam pakar pemakanan pulak aku ya...huhuhu

 

6 comments:

  1. sy pun suka ulam2...
    tp x semua la..
    daun selasih pun sy tanam, tp x berapa leh gi ngan rasa dia
    sbg bahan dlm masakan boleh la... :-)

    ReplyDelete
  2. Cida ..sedaplah kalau dah biasakan...dia antioksidan asli lg x perlu beli kat farmasi....hihihi

    ReplyDelete
  3. Memang kita ibu ibu ni, semua kalu boleh nak buat untuk anak. Apatah lagi di bulan posa ni. Selera pun berbeza, kalu larat semua selera tekak anak nak diikutkan...

    Saya pun suka ulam tapi susah nak cari ulam yang pelik pelik. Ulam biasa biasa tu banyak la kat pasar.

    ReplyDelete
  4. AA ...serupalah kita ya...bagus makan ulam nih

    ReplyDelete
  5. Kak CT,
    JM pun suka mkn nasik berulam..awek muda katanya heee

    ReplyDelete
  6. JM...mudalah sgt...kikikiki

    ReplyDelete