Nuffnang

Monday, July 15, 2013

Menu Diet Bersama Sunlac Di Bulan Puasa

Salam Ramadhan yang ke 5 semua.

Ramadan banyak mengajar saya mengenali diri sendiri, melihat dan mengali sedalam-dalamnya serta banyak memberi banyak kelebihan kebaikan dari keburukkan. Rasanya tidak perlu menerangkan apa-apa, hanya menikmati detik waktu dan anugerah Allah dan aku perlu sentiasa bersyukur. Terima kasih Ya Allah dan rahsia dariNya akan sentiasa terserlah kalau kita sentiasa patuh laranganNya dan meninggalkan perkara larangan.





Bulan puasa nih bagus untuk menjaga perut tambah babat aku yang makin tebal dengan lemak tepu...hahaha. Maka jadinya saya lebih prefer dengan pemakanan yang sihat. Ceh! Hope boleh menjaga pemakanan dengan sempurna. Lemak yang aku ternak dah terlampau banyak, ada sesiapa yang nak beli tak? kahkahkah

Harap dengan istiqamah beribadah kepada Allah pada bulan yang mulia ini dapat juga aku istiqamah menjaga pemakanan dengan sempurna. Insyallah.

Kalau makan aku lebih banyak mengambil ulam-ulaman bagi tujuan membuang segala kolesterol yang bermaharajalela dalam badan aku nih. Bagus sebenarnya mengambil ulam-ulaman kerana ianya antioksidan. Makanya ambillah banyak ulam-ulaman serta buah-buahan. Boleh di makan begitu sahaja atau di buat jus. Air lidah beling selalunya menjadi kewajipan saya. Kenapa? Sila tanya incik google ya...hihihi





Satu lagi banyakkan mengambil minuman susu. Bukan susu pekat manis ya...huhuhu. Boleh jadi darah manis...hahaha. Kalau ada bajet bolehlah ambil nutrisi Herbalife, memandangkan ianya terlalu mahal boleh gantikan dengan susu Sunlac kerana kandungan dalam susu tersebut hampir serupa dengan Herbalife. Orang cakaplah...hihihi. Apapun harganya lagi murah kalau nak compare dengan Herbalife. 2-2 produk nih aku dah guna tapi memang serupa.

Kalau nak tahu kebanyakan susu yang ade di pasaran mengandungi peratusan lemak yang tinggi. Tak perasan ehh? Cer tengok nutrition information. 

Kalau nak beli susu, aku suggest beli susu Sunlac dan susu Tesco kerana kandungan lemak dalam susu nih kurang dari 1%. Rendah kan? Susu Sunlac susah nak cari, kebanyakkan dijual secara online. Susu Tesco aku belum mencubanya lagi. Harga pun jauh lebih murah dari susu jenama lain. So, dalam masa yang sama semua orang boleh sihat dan jimat berbelanja. Jadinya tepuk dada tanya selera masing-masing...huhuhu


No comments:

Post a Comment