Salam 3 Ramadhan!
Time
mood tengah rajin ni, better taip laju-laju dekat blog sebelum penyakit malas saya keluar...hahaha. Kalau di layan penyakit malas nih, huh makin lama rasanya makin lambat pulak nak abis. Semalam menu berbuka dari hasil masakan sendiri sempat masak nasi lemak hijau, spaggeti bolognesse dan sedikit kuih yang pak incik dan anak dara saya beli kat bazar. Okla dapat gak beli yang rasa agak
sedap.
Semalam
kiranya hari pertama memulakan tugas selepas sehari berpuasa jadinya
masih agak kelamkabut. Mana nak ngadap jalan yang sesak dan kepala otak
memikirkan menu berbuka yang sesuai. Tension! Tension! huhuhu
Sampai
rumah terus kerah anak bujang kita menyumbang tenaga untuk mengemas
rumah. Mengemaslah dia segala bagai dari menyapu sehingga mop lantai
tingkat atas dan bawah.
Dah macam mr. Mama pulak anak bujang
saya...kikiki. Terima kasih dik tolong ibu, esok pun dah nak
balik untuk memulakan semester baru jadinya ibu kena buat kembali tugas
membersihkan rumah...huaaaa.
Dalam
sibuk saya kelentang kelentong kat dapur hp ringging. Ignore tak
angkat...kikiki. Mencecah 3x bunyi last anak bujang kita yang angkat.
Anak dara saya tanya ibu masak apa? Banyak cantik muka...huhuhu. Nasib
ibu kamu tak bertukar jadi raksaksa...huaaaa
Rupanya dia call tak bagi ibu dia masak...kikiki. Kita cakap satu benda pun tak masak lagi nih. Tipu sunat. Ada ke tipu sunat...hahaha. Dia cakap masak nasi je nanti dia belikan segala lauk pauk yang dah siap. Eh! Tak best pulak kalau tak masak sendirikan. Saya layankan je kalau dia nak beli lauk pauk tapi cepat2 adik dia call bagi tau tak perlu beli sebab saya dah masak 2 menu masakan...hihihi. Nottykan ibu dia nih...huhuhu
Akhirnya dalam masa 1 jam 30 min selesai jugak saya memasak walaupun hampir jadi rasaksa...hihihi. Kucing2 kita nak bergurau pun kena marah...kihkihkih. Cian budak2 tuh kena marah dengan kita semalam. Segalak nak cepat....huhuhu
wah sedapnya..opss puasa heee
ReplyDeletebiasa2 je JM, akk nih bukan pandai sgt bab masak....malu mak nak! kekeke
ReplyDelete