Syukur Alhamdulilah.
Selamat bersua kembali semua dan selamat menjalankan tugas kembali walaupun masih mood raya...hihihi. Insyallah tidak kot, masing2 simpan energy luarbiasa sebab banyak makan kuih raya dan ketupdat rendang...hihihi.
Kali ini entrinya kita ke pusara mak dan nenek yang berse belahan. Pagi2 buta dah ke kubur dengan incik asben sebab nak tanam pokok ros. Itu pun dah ada hamba Allah yang datang lagi awal ziarah pusara ahli keluarga subuh hari.
Sambil menanam pokok kita sedekahkan Fatihah beberapa kali terus balik rumah sebab pulkul 10.00pg kami akan ziarah ke pusara mak dan nenek bersama2 ahli keluarga.
Masa menghala ke tanah pusara bukan main ramai manusia dari ceruk mana ntah yang datang, macam nak masuk Legoland...hihihi. Kiri kanan jalan dah sesak dengan kenderaan, nasib kami berkongsi kereta tidaklah menyesakkan lagi keadaan.
6 Tahun sudah pun berlalu, kita dah mula boleh terima mak kita dah tak ada buat selamanya, berbanding 3-4 tahun lepas, agak susah nak terima kenyataan. Itulah rasa cinta kita pada mak sampai sekarang. Pusara inilah yang kita kerap kunjungi walaupun tidak berteman.
Mesti mak kita rindukan kami, rindu pada abah, rindu pada putra putri yang 6 orang dan menantu2nya serta 18 orang cucunya. Mesti mak senyum dan ada rasa nak jumpa kami.
Astagfirullah, ampunkan hambamu Ya Allah, kerana terasa rindunya dekat mak. Hamba Allah inilah tempat kita meluahkan rasa sedih dan kecewa. Kadangkala rasa nak rebah dan lari jauh dari dunia untuk kita lupakan kesedihan.
Tapi tiap kali rasa tidak mampu mesti berkata dalam hati, Allah ada dan Allah jaga kita. Itulah kekuatan yang Allah anugerahkan pada kita. Subhanallah!
Al Fatihah buat mak!

alfatihah buat emak dan nenek ku yang sangat aku rindu dan aku sayangi.... rasa sedih pulak ni...
ReplyDeleteAmin...doakan setiap waktu utk ibu dan umat Islam semua
Delete