Nuffnang

Thursday, August 30, 2012

Hidup Ini Singkat

Syukur Alhamdulilah!

Bersua kembali untuk pembaca blog nih dan masih di bulan Syawal. Masih rasa terkejut, minggu ini 5-6 orang yang dikhabarkan kepada kita tentang sahabat2 kita yang menemui panggilan ilahi. Mati? Meremang bulu roma kita. AllahuAkbar! Sentap jantung! Menggigil badan. Puas kita bertanya dalam hati, adakah ini peringatan Allah pada aku?




Alhamdulillah, kita masih bernyawa, ketawa, menangis, makan dan minum. Ya Allah besarnya nikmatNya. Kita masih bersama anak-anak, masih punya abah, masih punya keluarga, masih ada kawan-kawan setia, masih punya kerjaya. Syukur!

Segalanya kita harus bergantung padaNya, dia yang berkuasa segalanya. Tiba2 dengan rasa ringan mulut nih, kita meluahkan sesuatu pada incik asben " Ayah, ingatlah kawan2 kita sorang demi sorang dah tinggalkan kita". Ay tahu bu! Itu jawapan mampu darinya. Moga Allah ampunkan kata2 itu untuk kita kalau2 buat suamiku berkecil hati.
Setiap kehidupan ini berubah rupa. Kadang kala ia adalah tempat berteduh. Hadapilah dengan sepenuhnya stiap saat, sementara ada masa dan entah esok ada atau tiada.

Cerita mati, satu cerita yang jarang-jarang orang nak bercerita, jarang-jarang diperbincangkan, almaklum ajelah cerita yang tak seronok. Sebagaimana tak seronoknya menghadiri majlis kematian suram muram dan hambar, tak dapat nak melaram dangan koleksi-koleksi fesyen berjenama.

Mati sudah pasti, cerita pasti yang kita jarang hiraukan. Yang kita jarang rasakan mati itu hanya akan datang bila-bila sahaja dan lebih jarang lagi kita rasakan di sanalah kehidupan kita yang hakiki abadi. 





Apa yang kita rasakan, esok pasti akan datang untuk kita mengutip segala apa yang di depan mata untuk kita mengambil segala apa yang kita rasakan hak kita atau mungkin kita juga telah terambil hak orang lain. Bersediakah kita andai esok atau lusa sahaja? Tepuk dada tanya pada Iman.

Moga entri ini memberi peringatan yang baik untuk kita dan pembaca semua. Begitulah lumrah kehidupan, hidup itu insyallah tapi mati itu pasti. 

Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga. (Ar-Rahman: 46) 



No comments:

Post a Comment