Syukur Alhamdulilah!
Sudah beberapa hari kita tak sempat untuk menulis dalam blog ini, walaupun
di dalam fikiran, sudah ada beberapa benda yang ingin dikongsikan dalam
masa terdekat. Namun apakan daya, masa dan keadaan mencemburui
kehidupan dan menyebabkan kadangkala tidak mempunyai masa untuk diluangkan
untuk menulis.
Malam nih nak kongsi minuman yang baik untuk kesihatan iaitu Teh Hijau. Disebabkan
minuman yang unik ini bukanlah popular di kalangan masyarakat kita
walaupun begitu banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.
Masing-masing tengah hangatnya raya makanya makan apa yang ada depan mata. Mari kita buang lemak2 yang degil...huhuhu
Masing-masing tengah hangatnya raya makanya makan apa yang ada depan mata. Mari kita buang lemak2 yang degil...huhuhu
Teh hijau telah diminum
sejak berabad-abad lamanya. Penggunaan minuman ini berasal dari
negara-negara seperti Jepun atau Cina dan hari ini ianya diambil dalam
pelbagai cara.Sememangnya ramai yang tidak menggemari minum teh hijau
ini kerana rasanya yang dianggap kurang enak oleh kebanyakan orang.
Namun begitu minuman ini
mempunyai banyak khasiat untuk badan kita.
Selain itu, minuman teh
hijau boleh dijadikan sebagai amalan diet seharian kerana peranan mereka
dalam membantu penurunan gula dalam darah dan kadar kolesterol. Semua
minuman yang dibuat dari tanaman Camelia sinensis cenderung memberikan
imunisasi maksimum terhadap banyak penyakit lain. Oleh yang demikian,
teh hijau memang baik untuk dijadikan minuman seharian kita.
Kebiasaannya teh hijau tidak di campur gula semasa kita membancuhnya.
Teh hijau tak hanya dapat menyehatkan
tubuh bagi tubuh, selain itu dapat menyegarkan mulut. Kita biasanya akan
memulakan hari dengan mengambil satu mug teh di pagi hari sebelum kepejabat itu pun selalu terlupa..hihihi.
Ia akan memberikan rasa segar dan lebih bertenaga dibandingkan
dengan minuman-minuman yang lain. Berbanding nescafe yang menjadi kegemran incik asben kita, selera masing2kan.
i pun baru dapat satu info, teh hijau rebus sama betik muda buat ubat urik asid.
ReplyDeleteOwh..iya ke Azian..bagus2 info baru nih..
ReplyDelete