Minat menulis tidak ada pada semua orang. Mungkin seseorang itu minat membaca, bermain golf dan bermacam-macam lagi. Ramai yang masih tidak tahu pentingnya untuk menjadi seorang penulis, mungkin mereka beranggapan menulis memerlukan masa dan idea-idea yang bernas.
Mungkin disebabkan tidak tahu apakah penulisan yang mampu dihasilkan, maka kita tak dapat nak mereka cipta apa yang penulisan yang unik.
Dari sudut pandangan peribadi, saya bukan mempunyai akademik yang tinggi tetapi hanya menulis mengikut kemampuan yang saya tahu, perkara yang saya minat, ada kemahiran dan sedikit pengetahuan.
Biar berapa banyak pun peraturan yang wujud di muka bumi ini, saya tidak akan berhenti menulis kerana peraturan itu juga perlu ada yang menulisnya. Apapun, jangan sesekali kita lupa, di kiri dan kanan kita sentiasa menulis tentang kita. Tulisan mereka itu sahajalah yang mampu mempertahankan kita.
No comments:
Post a Comment