JOHOR BAHRU: Sebuah pusat kesenian dan kebudayaan bernilai RM45 juta akan dibina di ibu negeri ini sebagai usaha menjadikan Johor sebagai hab kesenian negara.
Ia akan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk penggiat seni seperti tempat tinggal dan latihan serta sebuah auditorium dengan 650 tempat duduk.
Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, pusat itu dijangka siap pada 2011 adalah satu daripada projek pembangunan Lido Boulevard dalam Iskandar Malaysia.
“Kita mahukan sebuah metropolis yang bukan sahaja membangun dengan perniagaan dan sebagainya tetapi juga ia harus kaya dengan seni dan budaya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Iskandar Malaysia Contemporary Art Show 2009 (IMCAS), di Danga City Mall, di sini.
IMCAS 2009 merupakan pameran seni kontemporari terbesar yang pernah diadakan di negara ini dengan lebih daripada 1,000 karya seni pelbagai medium dari 1980 sehingga hari ini dipamerkan.
Ia menumpukan kepada pengkarya muda dan antara yang mempamerkan hasil termasuklah Haslin Ismail, Ilham Fadli, Husin Hourmain, Maizul Effendy, Lim Kok Yoon, Melissa Lim dan Dhavinder Gill.
Abdul Ghani berkata, pameran itu adalah sebahagian daripada permulaan menjadikan Johor Bahru sebagai hab kesenian.
Katanya, melalui pameran seumpama itu, pengkarya berpeluang memperkenalkan hasil seni yang sekali gus menjadi landasan untuk mereka pergi lebih jauh dalam bidang itu.
“Saya pernah diberitahu bahawa karya seni kontemporari yang dihasilkan oleh pengkarya tempatan hampir kesemuanya bertaraf antarabangsa dan ia benar, kerana kebanyakan karya seni kita pernah mendapat pengiktirafan dunia.
“Malah, ada karya seni yang dipamerkan hari ini mampu dijual pada harga sekitar RM500,000 di pasaran antarabangsa dan ini membuktikan bahawa karya seni Malaysia sememangnya berkualiti,” katanya.
Timbalan Speaker Dewan Negeri, Dato’ Othman Jais dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof, turut hadir.
Pameran itu akan berakhir pada 14 Jun depan dan dibuka antara 10 pagi hinggga 10 malam secara percuma kepada orang ramai.

No comments:
Post a Comment