Solat lima waktu sehari semalam merupakan tiang agama. Jika meninggalkan walau satu pun solat tersebut maka runtuh lah tiang agama kita. Bila runtuh tiang agama maka hidup kita akan menjadi terumbang-ambing dan sia-sia sahaja. Jadi kita sebagai seorang muslim sejati hendaklah memelihara solat lima waktu kerana solat inilah yang memelihara kita dari melakukan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan akidah seseorang.
Tahukan anda bahawa jika kita meninggalkan solat lima waktu ini, Allah akan memberi 6 balasan/siksaan semasa kita masih hidup di dunia, 3 siksaan semasa sedang nazak dan 3 lagi seksaan semasa di dalam kubur.
a. 6 balasan semasa hayat di dunia :-
- Hilang berkat umur seseorang.
- Tiada tanda umat yang soleh pada air muka seseorang. Muka nampak hitam dan tidak berseri
- Tiada mendapat pahala atas amalan lain yang dibuat.
- Doa tidak diangkat/ dikabulkan oleh Allah.
- Tiada termasuk dalam bahagian doa orang-orang yang soleh.
- Keluar roh tanpa Islam.
b. 3 siksaan semasa sedang nazak :-
- mati dalam keadaan yang hina dan aib.
- mati dalam keadaan teramat lapar.
- Mati dalam keadaan yang teramat dahaga
c. 3 siksaan semasa dalam kubur :-
- disempitkan kuburnya
- dinyalakan api didalam kuburnya
- dihantar sejenis ular yang akan mematuk, menggigit dan membelitnya sehinggalah hari kiamat.
Begitulah amat menakutkan sekali jika kita tahu betapa dahsyatnya balasan dan siksaan terhadap orang yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi sama-samalah kita mulai dari ini dan saat ini agar sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain agar sama-sama menjaga ibadah ini semoga hidup kita akan diberkati oleh Allah dunia dan akhirat.
Jadilah kita hamba yang sentiasa berterima kasih kepadaNya kerana memberi kebahagian dunia dan akhirat. Amin!
No comments:
Post a Comment