Nuffnang

Sunday, May 31, 2009

KELUARGA HJ SAMAD BIN AMAT



Ini keluarga Hj Samad bin Amat yang merupakan ahli keluarga saya yang terdiri dari Hj Samad bin Amat dan Allahyarhamah Tuminah Hj Kassan dengan melahirkan 4 puteri iaitu Siti Aminah, Siti Zaleha, Masriah, Ruzita dan 2 orang putera iaitu Ahmad Zarin dan Taufiq.

Lima orang telah pun berumahtangga, Siti Aminah dan Mohd Basir dikurniakan cahayamata bernama Muzdalifah, Nurhasanah dan Hasanuddin. Siti Zaleha dan Miswan dikurniakan Siti Hajar dan Mohamad Azim. Masriah dan Abdul Rahman dikurniakan cahayamata Mohd Farhan, Hamizah, As, Effa dan Arief. Ruzita dan Halim dikurniakan cahayamata Nul Luqman Nul Haqim, Hanis, Haziq dan Asha, Ahmad Zarin dan Azizah dikurniakan cahayamata Akmal, Aishah dan Ika.

Tinggal Mohd Taufiq dalam keluarga kami yang belum berumahtangga lagi pun dia baru je tamat pengajian di USIM.

Setelah arwah mak meninggalkan kami pada 2 Januari 2006, abah hidup bersendirian setahun dan bertemu jodoh dengan mak Gayah. Kami adik beradik menganggapnya seperti mak kandung kami. Alhamdulilah dia dapat menjaga kebajikan dan makan minum abah sekarang. Kami adik beradik semuanya bekerja. Untuk sentiasa bersama abah masanya memang agak terhad, maka kami adik beradik galakkan abah mencari penganti arwah mak.

Al Fatihhah! Buat Allahyarhamah Hjh Tuminah Kassan.

No comments:

Post a Comment