Nuffnang

Wednesday, May 6, 2009

UTM MENANG ANUGERAH HARTA INTELEK


UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) mempamerkan keunggulan dalam pengurusan harta intelek apabila dipilih pemenang Anugerah Harta Intelek Negara 2008 kategori organisasi anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang, berkata kejayaan itu menjadikan UTM organisasi pertama memenangi anugerah berkenaan dua kali sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.

Beliau berkata, UTM memenangi anugerah itu kerana menjadi penyumbang terbanyak perlindungan harta intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tahun lalu.

Tahniah! UTM....

No comments:

Post a Comment