Nuffnang

Sunday, June 14, 2009

MENGERJAKAN UMRAH 2006









Dalam banyak-banyak kenangan, inilah kenangan yang masih segar dalam ingatan saya sewaktu mengerjakan umrah dengan abah pada tahun 2006. Biar pun sedih hendak meninggalkan suami, anak-anak, adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara tambah-tambah lagi arwah mak masih baru meninggalkan kami buat selama-lamanya.

ketika itu saya bertekad untuk mengerjakan umrah kerana hati ini cukup kuat sangat untuk kesana. Dengan kos bayaran RM5000++, Alhamdulilah saya berjaya menjejaki tanah suci.
Jam 12 malam dari Felda Ulu Tebrau saya bertolak ke Senai dan terus ke Changi Airport, Singapore. Selesai solat subuh masuk balai berlepas dengan menaiki pesawat Qatar Airways menuju Qatar. Maka jumpalah malam dan siang dalam pesawat.

Sampai Qatar waktu subuh. Transit dalam 4 jam kemudian menaiki pesawat Saudi Arabia. Sampai di Jeddah terus menuju Madinah. Menaiki bas pesiaran dalam 8 jam perjalanan. Banyak pemandangan yang saya lihat walaupun badan keletihan dalam perjalanan. Bila terlelap abah kejut suruh tengok pemandangan.

Nauzubillah! Sungguh menakjubkan, bumi yang penuh batu batan dan padang pasir cukup membuat saya terpaku. Selama ini gambaran saya cukup berbeza, tapi bila perkara ini ada didepan mata sendiri sukar hendak saya ucapkan. Mereka-mereka yang pernah kesana sahaja yang mengetahuinya. Kebesaran Allah Taala.

Alhamdullilah! Selama 14 hari termasuk perjalanan pergi dan balik dipermudahkan. Saya dan abah di sana di permudahkan olehNya. Kami selamat mengerjakan rukun umrah dan selamat kembali kepangkuan keluarga.

Alhamdulilah, selepas ini saya nak menunaikan fardu haji dengan suami pula. Insyallah.

No comments:

Post a Comment