Nuffnang

Wednesday, July 8, 2009

THE LAST LECTURE



Program Bicara Karya 'A Book Review Session' semalam diadakan di tempat saya bertugas. 'The Last Lecture' menjadi pilihan Prof Dr. Rose Alinda Alias dalam ulasan buku tersebut.

Sebuah buku yang sangat comel berwarna coklat dan ada gambar roket dan bintang.


Randy Pausch adalah penulis buku tersebut merupakan bekas seorang profesor di universiti Carneige Mellon (CMU) Pittsburg , Penslyvania. Seorang ayah dan suami penyanyang kepada Logan , Cleo, Dylan dan isterinya Jai ( Jay ). Dia menghidap kanser pankreas dan punya masa 6 bulan untuk hidup ketika menyiapkan The Last Lecture.

Buku The Last Lecture ini juga simple isinya. Mudah difahami dan tidak meleret-leret. Randy Pausch berkongsi dengan pembaca tentang pengajaran kehidupan yang didapatinya sepanjang beliau hidup selama ini.

Bersikap sabar dalam mengharungi hidup. Dia menanam sikap sabar dalam mendidik anak-anak, dalam itu dia memberi contoh kepada ayahnya sendiri mengajar anak-anak sikap sabar dalam diri.

Dugaan dalam hidup, kehidupan kita akan menghadapi halangan dan dugaan untuk mencapai matlamat. Macam-macam halangan yang dilaluinya.

Jangan suka menegur orang lain. Dalam hidup kita jangan suka berleter menegur kesilapan orang lain wal hal kita belum tentu lagi. Banyak kerja yang kita buat banyak pengalaman yang kita dapat.

Impikan perkara-perkara yang menarik dan indah-indah untuk kehidupan.

Rajin dan kerap berterima kasih. Ucaplah terima kasih kepada sesiapa pun. Jangan sombong diri dan ucapan terima kasih sahaja nasib kita boleh bertukar menjadi lebih baik dari semalam.

Banyak lagi kalau nak di kongsi. Boleh di dapati di mana-mana kedai buku dan dipinjam buku tersebut di perpustakaan.

Very touching!

No comments:

Post a Comment