Nuffnang

Thursday, September 17, 2009

PEMBEDAHAN POLIP HIDUNG


Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), di Hospital Sultanah Aminah, Dr. Mazlina Selamat memberitahu polip hidung terjadi apabila terdapatnya radangan pada rongga sinus hidung. Faktor penyebab lain ialah terdapatnya ketumbuhan pada hidung sehingga menutup pintu rongga seperti kanser hidung. Ini adalah disebabkan saya mengalami alahan dengan cuaca sejuk di tempat kerja.

Alhamdulilah selepas buat biopsi saya bebas dari kanser tapi doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan secepat mungkin. Dalam keadaan ini katanya, apabila rongga tertutup, cecair daripada rongga tidak dapat keluar dan ini menyebabkan takungan berlaku. Dalam keadaan ini sekiranya nanah telah merebak ke bahagian otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan saraf atau neurosurgery.

Teknologi moden dan kecanggihan perubatan yang ada pada hari ini penyakit ini dapat dikawal dan dirawat dengan menggunakan rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik atau antihistamin atau ubat analgesik. Kaedah pembedahan yang digunakan bagi merawat resdung merupakan kaedah terkini yang boleh membantu pesakit.

Apa yang doktor bagi tahu cukup menakutkan saya lagi iaitu perlu mengawal faktor persekitaran yang memungkinkan risiko untuk lebih mudah mendapat penyakit ini semula dan bermakna perlu menjalani pembedahan lagi.

Bila ingat rasa berdebar-debar menanti hari pembedahan, memandangkan ianya melibatkan saluran pernafasan sehingga ke pangkal otak. Saya berharap sangat moga saya selamat menjalani pembedahan ini pada 2 Oktober 2009.

Kalau orang banyak tanya nanti nak jawab 'aah! saya buat plastic surgery nak mancungkan hidung', wal hal inilah satu uiian yang Allah beri untuk saya dan menerimanya dengan tabah.

Harap pembaca blog saya mendoakan kesejahteraan saya.

13 comments:

  1. Alhamdulilah, tima kasih bagi info yg berguna pada saya. Doakan kesejahteraan saya. Amin.

    ReplyDelete
  2. XDE APA YANG NAK DIRISAUKAN, INSYALLAH BERJAYA. MEDIC KAT NEGARA KITA DAH MAJU. KAMI SUMA DOAKAN KESEJAHTERAAN KAK HA...

    ReplyDelete
  3. Ita : Tima kasih atas doa kalian...mmg family kita baik2 belaka sentiasa memberi moral support.. alhamdulilah kasih sayang yg sentiasa berpanjangan...alhamdulilah!

    ReplyDelete
  4. salam,
    dah buat pembedahan tu kan? macam mana semua ok tak? dah sihat?
    dan kalau tak keberatan berapa yek kos pembedahan tu,,,?

    ReplyDelete
  5. Anonymous : Murah je..buat kat spital kjaan

    ReplyDelete
  6. murah tu berapa ye??
    lepas p'bedahan tu ok x??
    sy pun teruk dah sinus ni tp takut la nk wat p'bedahan

    ReplyDelete
  7. Untuk pengetahuan, saya ada membaca artikel-artikel di google mengenai sinus yang mana penyakit ini tidak dapat dihapuskan 100% , hanya dapat dikawal dan dikurangkan sahaja. Bukanlah niat untuk mempromosi ubat sy, tapi apa yg saya dapati pengguna ubat resdung saya kebanyakannya memberi testimoni yg positif bahkan ada pesakit sinus level 2 yang sudah semakin pulih dan tidak memerlukan rawatan bulanan di pusat rawatan resdung lagi, tambahan lagi doktor Klinik Keluarga & Surgeri Bandar Baru Sungai Buloh pun mencadangkan ubat ini. Alhamdulillah. Dan akhir kata, bukanlah sesuatu ubat atau servis itu yg menyembuhkan walaupun jutaan ringgit dikeluarkan, tetapi yg maha menyembuhkan itu adalah ALLAH (As Syafi) . Ada orang yg sembuh kerana ubat A , ada pula yg sembuh kerana ubat B, smua itu hanya USAHA kita. Insyaallah.

    http://www.Ubat-Resdung.com
    017-5601956

    ReplyDelete
  8. Lepas pembedahan..sakit tak..ada baca kat blog org lain..mcm xsangup nak buat pembedahan..

    ReplyDelete
  9. Lepas pembedahan..sakit tak..ada baca kat blog org lain..mcm xsangup nak buat pembedahan..

    ReplyDelete
  10. Saya mohon share artikel ni di FB

    ReplyDelete
  11. adakah titanus akan hilang selepas pembedahan ketumbuhan di hidung

    ReplyDelete