Suasana Syawal 2009 seperti tahun-tahun yang sudah. Bila usia semakin meniti senja dan di ikuti dengan anak-anak makin remaja persiapan sekadar ala kadar sahaja. Anak-anak sudah pandai mengurus diri sendiri dan sebagai ibu saya hanya mengeluarkan kos perbelanjaan, pandangan dan nasihat yang berguna untuk mereka.
Tahun ini saya menyambut pagi Syawal di rumah mentua di Air Hitam, Muar. Balik Muar jumaat malam jam 12.30mlm, bukan tak mahu balik awal tapi nak menghayati suasa raya di Pekan Parit Sulong yang di penuhi oleh orangramai jam 12.00mlm sehingga pagi untuk membelibelah keperluan barangan raya.
Sampai kampung jam 3.30pg terus bersahur. Mak mentua saya hanya menyediakan nasi putih sahaja memandangkan saya telah memasak lauk pauk yang dimasak dirumah sebelum bertolak. Sementara menunggu subuh sempat baca majalah kemudian bersolat subuh, manakala suami dan anak bujang ke masjid bersolat jemaah disana. Selesai bersolat saya tidur sekejap sementara menunggu suami pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan untuk di masak.
Jam 9.00pg memulakan tugas untuk memasak ketupat, ayam masak kari, sambal kacang, masak lemak lodeh, sambal telur, daging masak kicap dan mee goreng. Masak dengan bantuan anak dara dan adik ipar yang duduk berhampiran dengan mak mentua. selesai jam 4.30ptg terus solat asar dan tidur sekejap memandangkan badan terlalu letih, cuaca panas dan tidur yang tidak cukup.
Jam 6.00ptg bangun tolong mak mentua membungkus makanan untuk dihantar kerumah jiran tetangga, kemudian menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa. Berbuka puasa macam menyambut suasa pagi raya tapi makan sekadar kami sekeluarga, adik ipar dan suami serat ibubapa mentua, memandangkan yang lain semua beraya dirumah mentua masing-masing. Memang sunyi beraya pada kali ini tapi sekurang-kurangnya kami sekeluarga dapat menemankan ibubapa mentua.
Hari raya pertama selepas solat maghrib kami sekeluarga bertolak balik ke Taman Pulai Indah. Dapat tidur semalam di rumah sendiri kemudian, bertolak ke rumah abah sendiri di Felda Ulu Tebrau. Di sana abah dah menanti kepulangan saya. Hummm! tetamu biasalah dirumah abah yang bertali arus tanpa henti. Tengahari itu saya masak nasi tomato, daging lembu dan kambing blackpaper, ayam masak merah dan acar timun. Secara kebetulan family belah mak datang dalam 8 kereta so kami buat sajian makanan secara layandiri.
Malam kakak datang tidur rumah abah, kami bersembang sampai jam 3.30pg. Banyak perkara kami bercerita tentang keluarga dan rumahtangga dia. Paling tragis menangis bersama. Sedih bila mendengar luahan hati anak-anak akak tapi kami sebagai keluarga tetap akan bersama sentiasa. Saya percaya kakak saya insan yang cekal dan tabah dalam menghadapi masalah.
Petang raya ke 3 saya balik rumah sendiri. Biasalah dirumah sendiri rehat manjang di rumah....hehehe
Raya ke 4 pegi pejabat Celcom ada urusan berkaitan broadband dan kemudian ke Plaza Angsana anak-anak ajak makan KFC . Terima call family belah saya nak datang. Sempat masak nasi serai, udang masak merah, ayam blackpaper dan acar timun. Malam beraya di Taman Sri Pulai rumah kenalan suami. Balik dapat buah tangan ikan terubuk masin dari Kuching dan buah pelam.
Raya ke 5 rumah di penuhi dengan kanak-kanak beraya. Seronok melayan anak-anak kecil yang datang walaupun anak-anak banyak kali berpesan supaya berhati-hati dengan tetamu yang datang memandangkan tarikh pembedahan dah hampir takut ada jangkitan selsema, batuk serta demam. Takut pembedahan di tunda. Waaaa!
Malam raya ke 6 ada kenalan suami datang rumah saya masak mee kari, kemudian kami sama-sama berkunjung kerumah adik di Taman Pulai Indah. Kami disajikan dengan mee goreng. Adik pulak datang rumah jam 11.30mlm so rumah kami tengah-tengah malam pun masih meriah. Memang seronok. Siap mengemas dapur dan lantai jam 12.40mlm.
Raya ke 7 duduk dirumah, ramai kenalan Azim yang datang dari pagi sampai ke petang. Layannnnnnnnnnnn! Raya ke 8, esok pagi-pagi hantar Aja balik Uitm, Kuala Pilah. Jom! sapa nak ikut?

Salam..Sis..Slmt Hari Raye Aidilfitri!
ReplyDeleteLawanye gambar Akak n family..!Cute..sngtt!
Ieda..
ReplyDeleteW'slm. Salam pkenalan ya dik. Lawa? hehe..ensem la dik...tkasih. Rajin2 masuk blog akak.
tq...susah payah masak masa kami datang umah ko. memang nak balas, jadi jemputlah datang ke Terengganu ! silalah...
ReplyDeletemacam ku kenal hamba allah ni di mana ya? huhu...ni kat kedai tayar pun boleh mentenet tapi guna hp...laju beb.
ReplyDeleteMakan itu biasa...mmg setiap org yg datang mmesti 'wajib' sediakan makanan...mmg dah jadi tradisi dan kita di didik mcm tu...sedap x sedap blkg kira...ehehe
Insyallah nnt kita dtg tganu lg..ni bln november ada kursus kat felda pradise...mmg ada niat nak jalan tganu...
nak operate selasa ni...isnin dah masuk wad...takpe nnt kita mms...tgk idung ku yg mancung...wakaakaka