Nuffnang

Sunday, July 25, 2010

ZHIMPUT-ZHIMPUT


Memandangkan pagi semalam tiada bahan menarik untuk di masak buat breakfast pagi, maklumlah dah hampir 2 minggu rasanya resipi kita asyik-asyik dapur tak berasap...hahaha. Dalam fridge adalah ikan air batu 2 ketul...hahaha

Makanya nampaklah tepung gandum. Kita ni nama je orang Malaysia tak makan makanan sini, ceh! berlagak tul...hahaha. Kita lebih suka makan ala-ala western food gitu....hahaha. Apa kelas nak makan makanan Melayu...blewwwwwk! Ada kang kita kena sumpah jadi sumpah sumpit lepas ni...hahaha

Resepi kita mudah je, tepung gandum, kentang, bawang besar, telur, air dan secubit garam. Kacau-kacau sehingga sebati terus goreng. Siap goreng makan dengan pencicah cili sos Thailand dan mayonis.

Kalau yang tak tehingin langsung tak payahlah ikut resepi western food kita ya...hahaha. Dalam tak sedap tu licin gak, encik asben kita paling suka makan zhimput-zhimput ni.

Sekianlah sahaja resepi western food, zhimput-zhimput kita kali ni. Lain hari dan masa kita bagi resepi baru ya...hahaha

No comments:

Post a Comment