AIRASIA syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia memperkenalkan dua laluan antarabangsa terbaru membabitkan perjalanan antara Surabaya dan Bangkok mulai 7 November ini serta Surabaya dan Pulau Pinang (13 November).
Presiden Pengarah AirAsia Indonesia, Dharmadi berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu bagi kedua-dua laluan terbabit.
Katanya, sempena pengenalan laluan baru itu, AirAsia menawarkan promosi tambang serendah 150,000 rupiah (RM55) untuk laluan Surabaya-Bangkok dan 100,000 rupiah (RM37) untuk Surabaya-Pulau Pinang.
“Tempahan bermula hari ini hingga 3 Oktober bagi perjalanan dari 7 November hingga 11 Ogos,” katanya.
Sumber Harian Metro

No comments:
Post a Comment