Nuffnang

Wednesday, September 29, 2010

ENDAU ROMPIN PIKAT JEANNE

Alam yang menghijau menjadikan saya sentiasa bertenaga kerana setiap ciptaan Tuhan untuk bumi mempunyai nilai yang tersendiri. ‘‘Mungkin ada insan yang tidak menghiraukan sehelai daun tiada tetapi di sisi Tuhan ia adalah istimewa.

Sebab itu kita jangan jadi pemusnah khazanah alam kerana keselesaan serta hayat manusia sangat bergantung kepada kesinambungan alam.’’

Begitu lancar pemilik nama Tun Jeanne Abdullah berbicara cukup untuk menggambarkan betapa tulus cinta beliau terhadap alam sekitar serta semangatnya mahu mempertahankan kehijauan bumi demi generasi akan datang .

Isteri bekas Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu juga berharap setiap keturunan Adam dan Hawa mengerti kesengsaraan alam yang perit bergelut akibat kerakusan manusia.

Pertemuan santai penulis dengan permaisuri hati Pak Lah kali ini cukup istimewa kerana ia berlangsung di hutan tebal Taman Negara Johor Endau Rompin yang termasyhur sebagai Hutan Hujan Tropika tertua di dunia.

Meneroka rahsia hati wanita anggun berdarah Eurasian itu tidak semesteri khazanah belantara kerana keghairahan beliau memulihara alam terbukti melalui kegiatannya yang sangat aktif sebagai Pengerusi Landskap Malaysia.

Merealisasikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap anugerah alam, seminggu sebelum Ramadan menjelma, beliau bersama suami sempat meluangkan masa menyertai Ekspedisi Landskap Malaysia selama empat hari tiga malam bereksplorasi bersama alam di Taman Negara tersebut. Turut berkerjasama menjayakan program tersebut adalah Perbadanan Taman Negara Johor Endau Rompin dan kerajaan negeri Johor.

Pengalaman ‘berkampung di hutan’ itu turut dikongsi bersama teman-teman rapat yang sealiran minat serta pelajar-pelajar sekolah sekitar Mersing.

Bagi pencinta alam impian untuk menembusi ‘kekebalan’ hutan seluas 19,562 hektar itu tidak mudah dicapai jika tidak sanggup menempuh perjalanan yang berliku bagai pengembaraan Camel Throphy.

Bermula dari pintu masuk di Kahang, Kluang, bukan sebarang kenderaan yang mampu bertahan merempuh halangan serta laluan sempit berbatu itu. Hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja yang berkeupayaan merentasi laluan sejauh 63 kilometer menembusi estet serta meredah jalan hutan simpan yang bersimpang siur.

Tanpa juru pandu bertauliah, anda mungkin dirempuh oleh penghuni rimba seperti kumpulan gajah liar, babi berjanggut serta badak Sumatera.

Namun bagi Jeanne yang telah mencecah usia 57 tahun itu, laluan berliku tidak terasa kerana alam dan warganya sentiasa setia mendepakan tangan seluas-luas untuk mendakap insan-insan yang menghargai khazanahnya.

Melihat isi alam yang mewah dengan flora dan fauna serta habitat pelbagai spesies yang belum terusik cukup mendamaikan jiwa pasangan serasi itu. Sambil berpimpin tangan mereka merentasi denai dan menaiki bot menyusuri sungai dari jeti Kampung Peta ke Kuala Jasin.

Sambil beristirehat di hutan, mereka sempat meninjau pusat konservasi ikan kelah di Kuala Marong, menyampaikan bantuan kepada orang asli Kampung Peta serta menanam pokok bersama kumpulan pelajar di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Alam (NERC).

Sambil menikmati deruan air terjun di Kuala Jasin, Jeanne menyimpulkan Hutan Endau Rompin antara belantara hebat yang dimiliki negara ini. Air terjunnya sangat jernih dan kaya dengan pelbagai spesies yang unik.

‘‘Mana nak cari anugerah seperti ini. Adalah sukar mahu mencari hutan yang mampu mengekalkan keasliannya . Fosil kayu yang asli. Pokok-pokok yang tidak digondol oleh pembalak haram dan projek komesial. Saya harap ia berkekalan”.

Pertemuan penulis tidak berakhir di lantai hijau pinggiran air terjun di Kuala Jasin, kerana wanita yang sentiasa menrendah diri ini, sudi meluangkan detik emas menyambung cerita alam di kediaman beliau di Pinggiran Taman Tun Dr.Ismail, di ibu negara.

Nota kak : Seronokkan kalau jadi orang pencinta flora dan fauna dapat hirup udara bersih. Alhamdulilah.

Sumber Utusan Online

No comments:

Post a Comment