Nuffnang

Monday, October 4, 2010

FACEBOOK


BELASAH KAWAN ANGKARA FACEBOOK

Lenggong - “Hanya kerana salah faham selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya, anak saya dibelasah teruk hingga cedera di mata dan dahi,” kata seorang bapa, Hazizi Abdul Aziz, 46.

Dia berkata, difahamkan anaknya berkawan rapat dengan rakan sekelasnya itu sehingga mengetahui kata laluan untuk membuka akaun facebook kawannya itu dan sebelum kejadian mereka tidak bermasalah.

Bagaimanapun, katanya, difahamkan baru-baru ini, ada pihak menceroboh akaun berkenaan menyebabkan rakannya menuduh mangsa yang mencerobohnya kerana beranggapan hanya dia seorang yang mempunyai kata laluan ke laman berkenaan.

“Selepas bertengkar, mangsa yang mendakwa tidak menceroboh akaun rakannya dibelasah dipercayai kerana ada rakan lain mengapi-apikan pemilik akaun facebook itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Hazizi mendakwa anaknya, Aiman Asyraf, 17, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah berasrama di sini, dibelasah teruk.


Berikutan kejadian itu, Hazizi yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, bergegas pulang ke Kampung Luat, dekat sini, awal pagi Jumaat lalu, selepas menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi.

Nota kaki : Pengajaran dari berita di atas hidup kena bersikap amanah dan sikap sabar juga penting sampai jangan sampai diri sendiri jadi susah.

Sumber Hmetro Online

No comments:

Post a Comment