Tingkap turut menyediakan aspek ‘privasi’ jika diperlukan, menutup keburukan seni bina terutama ketidaksempurnaan kedudukan tingkap selain menjadi titik tumpu ruang. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum anda mula memilih hiasan tingkap iaitu:
Asas Pemilihan
Tingkap Seperti dinding kediaman, tingkap sepatutnya tahan rintangan cuaca. Biar apapun cuaca baik panas, hujan, basah mahupun kering, tingkap perlu berfungsi mengekalkan keselesaan ruang dalaman kediaman. Secara asasnya tingkap binaan kompleks dan mudah pecah selain perlu selalu dibuka dan ditutup bagi membenarkan kemasukan udara serta cahaya. Sama ada membukanya ke arah dalam, luar dan ke atas, keadaan tingkap jarang diperhatikan atau dititikberatkan melainkan rosak.
Oleh kerana ia mempunyai dua permukaan iaitu mengadap luar dan dalam rumah, tidak dinafikan tingkap dianggap salah satu fokus reka bentuk menarik bagi sesebuah kediaman. Justeru, perancangan reka bentuk menepati cita rasa dan konsep kediaman amat digalakkan.
Titik Tumpu Bagaimana ingin memastikan tingkap dipilih serasi reka bentuk seluruh kediaman? Rekaan dan warna tingkap sebenarnya menentukan sama ia akan menjadi sebahagian reka bentuk, seni bina keseluruhan rumah dan titik tumpu menarik. Misalnya, tingkap berwarna pekat dan gelap dengan padanan kemasan hijau pekat dan merah hati, menyediakan suasana kontras dan dramatik jika dinding luar berwarna putih atau kelabu.
Nilai dan gaya
Gaya tingkap dikenal pasti dulu sebelum memilih hiasan. Menerusinya, muncul pertanyaan seperti apakah perincian seni bina tidak sempurna perlu diperbetulkan. Menghias dan gaya seni bina berkait rapat tapi awas, jangan menjadikan keduanya dilihat terlalu terikat.
Selanjutnya klik Bharian.

No comments:
Post a Comment