Dulu nama program pengantarabangsaan agak janggal, tidak popular dan dianggap tidak bermanfaat terhadap proses penjanaan ilmu dan kemahiran pelajar, selain satu pembaziran.Alasannya, banyak lagi program boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan tinggi yang boleh membebankan institusi dan ibu bapa.
Selain itu, sistem pembelajaran sedia ada sudah memadai bagi memberi imbuhan setimpal selepas bertungkus-lumus belajar di menara gading. Namun, tanggapan berkenaan kian meleset apabila banyak institusi bagaikan berlumba-lumba menganjurkan pelbagai aktiviti bertaraf antarabangsa.
Mereka yakin program itu mampu memberi pelajar pengalaman baru dan meningkatkan kualiti diri serta kemahiran insaniah. Senario ini memberi anjakan paradigma baru kepada proses pendidikan institusi pengajian tinggi (IPT) negara dalam mempertingkatkan lagi mutu sedia ada ke tahap tertinggi serta melahirkan graduan berdaya saing.
Sumber : Hmetro

No comments:
Post a Comment