Tanpa jiwa, saya tidak akan beli barang itu." Demikian ringkas luahan gerak hati dramatis, pengacara dan model ternama tanah air, Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saifuddin, dalam hal memilih kemasan dan penataan ruang kediaman miliknya. Pasti ramai yang menyangka, Iqram yang masih bujang dengan usia belumpun menjangkau angka 30-an, cenderung memilih penataan ruang lebih kontemporari dan sofistikated biarpun sebaliknya, jiwa anak kelahiran Ipoh, Perak ini lebih terarah kepada pesona perhiasan dan kemasan antik.
Di segenap ruang, ada saja elemen lama mahupun antik digandingkan dengan aksesori moden bagi memberi keseimbangan reka letak hiasan termasuklah kipas kaki, jam loceng dan lukisan lama. Tab mandi bayi era kolonial pula dipenuhi dengan bantal-bantal comel yang diletak di tengah ruang tamu. Paling istimewa, kereta sorong mainan miliknya yang seusia diri jejaka 29 tahun yang bakal menyambut hari jadi pada akhir bulan ini.
“Barangan antik dan lama ada nilai dan kualiti yang lebih baik ataupun sama dengan barangan aliran semasa. Sudah pastilah, tanpa yang lama takkan ada yang baru...untuk itu saya memilih untuk meletakkan hiasan moden namun disulami asas barangan lama,” katanya.
Sejak membabitkan diri dalam dunia lakonan enam tahun lalu, aktor yang lebih dikenali Iqram Dinzly dan turut membintangi program sempena Aidilfitri di TV3 berjudul Aduhai Ma’mor dan Alahai Nak Raya ini, turut menyimpan koleksi mangga dan kunci lama, alat ketam kayu antik, senduk berukir serta kerusi kayu unik dari Afrika.
“Antara barangan yang ada nilai sentimental yang tinggi termasuklah lukisan hasil sentuhan datuk saya sendiri yang sudah beberapa kali berpindah tangan juga kereta sorong mainan sewaktu saya berusia satu tahun yang masih berkeadaan baik,” katanya. Kebanyakan barangan lama yang dikumpul dibeli sewaktu mengikuti penggambaran. Malah Iqram pernah membawa pulang tingkap kayu rumah lama yang ditemui di lokasi penggambaran yang hampir dibuang pemilik kediaman berkenaan. Iqram menimbang untuk menjadikan tingkap kayu berkenaan yang masih berkeadaan baik itu sebagai hiasan dinding. Malah, keberanian jejaka ini untuk menyusun atur hiasan secara unik, terserlah apabila tab mandi bayi dari era kolonial dipenuhi dengan bantal-bantal comel diletak di tengah ruang tamu.
“Saya tidak suka mengikut orang mahupun menentukan konsep tertentu. Bila hati sudah suka pada detik cinta pandang pertama, saya pasti akan mendapatkannya biarpun tidak semestinya mengikut aliran terkini,” katanya. Baru saja selesai penggambaran filem Apokalips arahan Mamat Khalid, memberikan sedikit ruang kepada aktor kacak ini mencari ketenangan jiwa di kediamannya. Untuk tujuan itu Iqram nyata tidak ‘sendirian.’ Mungkin ada pihak akan mengatakan dirinya pelik, tetapi bercakap dan bersembang dengan pokok-pokok tanaman nan hijau di laman serta dalam rumahnya sudah menjadi suatu kemestian.
“Bagi orang lain perbuatan itu mungkin pelik tetapi saya sudah biasa berbicara dengan tumbuhan di rumah,” katanya yang mengakui kesan mesra pokoknya itu menjadikan tumbuhan semakin segar dan menghijau. Saya tinggal sendirian di rumah, jadi untuk menenangkan jiwa dan perasaan saya berkomunikasi dengan alam dan menyuruh tumbuhan ini menjaga rumah, sehinggakan ada yang nak mati pun hidup kembali. Ia bukan saja terapi untuk saya tetapi juga tumbuhan itu sendiri,” akurnya yang melalui kesukaran untuk menyelenggara taman mini miliknya pada awal menetap di kediaman berkenaan.
Apapun kata orang, kediaman bagi Iqram adalah ruang peribadi baginya berkarya, meluahkan perasaan dan mendalami karakter.
Sumber : Bharian.

No comments:
Post a Comment