Nuffnang

Saturday, October 23, 2010

JANGAN LUPA SEBUT 'NAI'

Sandakan - Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi yang akan berlangsung tidak lama lagi bakal menjadikan bandar ini tumpuan pelawat khususnya dari Semenanjung.

Bagi yang pertama kali mahu ke sini, khususnya bagi penggemar 'teh', 'nescafe' atau semua minuman bersusu, anda barangkali mahu meluangkan sedikit masa membaca pesanan ini. Jangan lupa menyebut 'nai' setiap kali memesan minuman kegemaran anda.

Pada kalangan masyarakat di sini dan pantai timur Sabah amnya yang meliputi Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Telupid, perkataan 'nai' merujuk kepada minuman yang dicampur susu. Justeru, kalau inginkan teh bercampur susu, pesanlah 'teh nai', atau 'nescafe nai' bagi nescafe dan seterusnya. Jika tidak, alamat anda akan dihidangkan dengan minuman 'O'.

Sumber : Benama

1 comment: