Kalau tidak percaya, cubalah menggunakan lesung kayu buatan Zainuddin Saadon, 47, dari Kampung Maju Jaya, Skudai di sini.
Menurutnya, sejak menjual lesung kayu tersebut tujuh bulan lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga dia tidak cukup tangan untuk menghasilkannya.
Lesung kayu ini jauh lebih baik daripada menggunakan lesung batu kerana ia tidak berbahaya kepada kesihatan. Lagipun kayu ini banyak khasiatnya.
Menurut bapa kepada empat orang anak itu, selain lesung kayu, dia juga membuat mangkuk nasi, sudip dan papan pemotong yang dijual di Pasar Tani, Larkin setiap Sabtu dan Ahad di Kulaijaya.
Katanya, idea untuk menghasil dan menjual produk kayu tembusu bermula apabila jarang mendapat projek kontraktor yang dilakukan sebelum ini. Jadi, bagi menampung kehidupan sekeluarga, dia yang sudah biasa dengan pertukangan kayu mengambil keputusan untuk menjual papan pemotong.
Pada permulaan dia membawa beberapa papan pemotong dan sebuah lesung antan yang dijual di atas lori di Pasar Borong Pandan. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Memang ada orang membeli papan pemotong tapi yang membuat saya menjadi lebih bersemangat apabila ada seorang lelaki mualaf tertarik dengan lesung antan buatan saya itu.
Katanya, selepas menggunakannya beberapa lama, akan terdapat tanda rekahan pada lesung dan itu semua boleh dipulihkan dengan hanya merendamnya di dalam air sehingga rekahan hilang.
Lesung kayu buatan Zainuddin terdapat dalam tiga saiz serta barangan lain yang dijual dengan harga RM60 hingga RM150 setiap satu.
Cmne sya nk beli lesung kayu ni.. 0197711870. ..dimana?
ReplyDeleteNak cari lesung kayu yang bersaiz kecil.. untuk tumbuk buat.
ReplyDelete