Jalur lebar bukan lagi dianggap satu fenomena baru dan barangan mewah, sebaliknya penggunaannya sudah semakin meluas membabitkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan lokasi. Dengan perkembangan yang semakin pesat, perkhidmatan jalur lebar juga sudah menembusi kawasan pedalaman.
Terlalu banyak manfaat dan maklumat tanpa batasan yang diperoleh menerusi khidmat jalur lebar. Penyedia perkhidmatan itu pula menawarkan rangkaian jalur lebar untuk seseorang mendapatkan peluang dalam bidang perniagaan, menambah pendapatan dan mengurangkan masa serta kos perbelanjaan. Malah, hari ini, jalur lebar sudah menjadi satu gaya hidup dan yang paling menarik, pelbagai maklumat dan hiburan di seluruh pelosok dunia hanya diperoleh dengan sentuhan jari.
Tidak terkecuali, wanita juga mampu mendapat faedahnya, tidak kira sama ada mereka yang bekerja tetap, bekerja sendiri atau suri rumah. Dengan kemajuan teknologi, jalur lebar membolehkan wanita bekerja dari rumah. Tanpa meninggalkan rumah, pejabat atau perlu ke luar negara, mereka masih boleh berkomunikasi secara telepersidangan dalam sebarang urusan, termasuk perniagaan dan mesyuarat bersifat peribadi. Jalur lebar membantu menghubungkan wanita dengan pelbagai arena. Mereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat atau membuat sebarang keputusan mengenai perniagaan secara dalam talian dengan merujuk pakar.
Di peringkat korporat, perhubungan jalur lebar memberi keuntungan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan sehingga ke pasaran global. Mereka boleh mengakses lebih banyak peluang untuk membuat perbandingan dari segi harga dan kedai yang menyediakan bekalan diimpikan. Ini sekali gus dapat menjimatkan masa kerana urusan jual beli dilakukan secara talian, termasuk mengiklan, memasar dan meningkatkan lagi jumlah pelanggan.
Percutian akan menjadi lebih mudah. Bagi Wanita yang merancang untuk bercuti khidmat jalur lebih memudahkan urusan perjalanan mereka kerana tempahan hotel, pengangkutan, tiket kapal terbang dan memilih tempat percutian yang diidamkan, hanya dilakukan secara talian tanpa perlu bergegas mencari agensi pelancongan.
Lazimnya, wanita lebih gemar melayari laman web untuk mendapatkan maklumat antaranya mengenai fesyen, kecantikan, kesihatan, pemakanan, masakan, hiasan dalaman, muzik dan kanak-kanak. Bagi Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Hotel, Hanifa Sjahli, 35, yang mula menggunakan khidmat jalur lebar sejak dua tahun lalu, teknologi ini dilihat sebagai gaya hidup baru masyarakat, terutama buat mereka yang mementingkan masa.
Jalur lebar lebih mudah. Saya boleh mendapatkan segala maklumat yang dikehendaki di internet tanpa mengira masa. Jalur lebar tanpa wayar kini mudah diperoleh. Dengan bayaran kurang RM100 sebulan ia boleh digunakan tanpa had sepanjang hari. Masalah mendapatkan akses juga tidak begitu sukar,” katanya.
Sumber Bharian.

No comments:
Post a Comment