Nuffnang

Friday, October 8, 2010

MASAK-MASAK, MAKAN-MAKAN

Tengah bersemangat nak kelentang kelentung ni. Semalam singgah Kipmart Tampoi kita beli ketupat daun pisang. Eh! Kita tibai je sebut ketupat daun pisang. Dah pun bungkus pakai daun pisang, sapa suruh...hahaha.

Kita dah parking ensem dalam fridge.
Semangat berkobar-kobar nak masak esok. Kita nak masak sambal goreng, kuah kacang dan ayam masak merah.

Anak dara kita sampai malam ni so rajinlah nak memasak. Ermmm... kalau tak baik gantung kuali lagi bagus...hehehe

No comments:

Post a Comment