Nuffnang

Tuesday, October 5, 2010

MENJALANI RAWATAN DI HSA

Petang semalam kita pegi Pusat Kesihatan UTM so doktor suruh datang pagi ini tapi petang semalam masa kita nak balik tiba-bila kita dapat call. Doktor suruh datang malam tadi. Kita nak beraya buat surprise kak Gayah lagi suruh datang klinik. Esok aje lah.

Pagi ini kita agak bz sedikit so jadinya incik asben yang tolong ambil result dan ubat. Lain jadinya, patutlah doktor suruh kita datang klinik waktu malam juga. Hasil resultnya serupa, TSH kita tinggi 18.00++, bagi orang normal 4-8 itu pun dah kira tak normal inikan 18.00++.

3 bulan yang lepas yang lain semuanya normal tapi TSH kita 17.69. Ermm tinggi juga. Patutlah tulang-tulang kita macam nak patah, keletihan, kebas-kebas tangan, sakit kepala dan mengantuk.

TSH apa yang doktor bagi tahu petang semalam ianya berkaitan dengan otak. Hasil pemeriksaan doktor syak ada kemungkinan ketumbuhan pada otak atau kanser sebabnya tyroid kita pun dah tahap hypothyroidism.

Hasil pemeriksaan 3 bulan yang lepas pun doktor dah bagi sedikit maklumat tahap kesihatan kita, paham segalanya. Pusat Kesihatan UTM kali ini dah refer semula ke HSA. Suruh kita buat treatment di sana, surat dan keputusan di sini dia dah sediakan. Maka hari khamis kita kena buat rawatan.


Kita dah paham apa yang doktor maksudkan lagi pun kita dah puas membaca dari pelbagai maklumat termasuk internet dan buku-buku. Bagi pesakit tyroid yang telah lama akan ada kesannya, sebab itu melalui pengambilan tyroxine boleh mengawalnya.

Kita percaya dengan keajaiban Allah, dia yang maha mengetahui dari segalaNya. Sebagai hambaNya kita kena berusaha ke arah kebaikan serta di iringi doa yang tak pernah putus-putus. Insyallah.

Harapan kita moga kita sihat selalu walaupun kita tahu buat masa ini kita tengah di beri ujianNya. Insyallah kita tabah dan tenang seperti biasa. Kita nak sihat kembali seperti biasa dapat bersama anak-anak dan kawan-kawan semua.

Satu perkara yang buat impian kita belum terlaksana raya tahun ini kita belum lagi berjalan-jalan rumah pakcik dan makcik kita. Kita belum minta maaf lagi pada pakcik dan makcik belah kita tapi kita percaya insan-insan di sekeliling kita semua orang yang baik-baik belaka.

Harapan kita hanya satu mahukan satu keajaiban, insyallah.

10 comments:

  1. sedih plak saya baca post akak kalinie.....saya doakan akak diberi kesihatan yagn lebih baik..k tabah dan sabar ..k

    ReplyDelete
  2. salam ct

    ayu doakan ct sembuh ya..
    banyakkan tawakal...semoga ct tabah

    harap-harap ct dapat menjalani pembedahan....

    ReplyDelete
  3. Senorita Sit : Jangan sedih..kena kuat n bagi akk semangat...kawn2 sedih akk nnt tk kuat...

    ReplyDelete
  4. Siti Ruhayu Ab Rahman : tq...Ct harapkan satu keajaiban dari Allah skrg ni...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak CT,
    Terharu baca blog akak pagi ni. Tapi saya yakin akak seorang yang kuat semangat, tidak mudah mengalah! Ujian Allah untuk menguji kekuatan jiwa dan iman kita. Kami yang berada disekeliling akak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk akak. Doa saya : semoga akak kuat menghadapi ujian Allah, dan semoga Allah merahmati kehidupan dan kesihatan akak sekeluarga! Yang penting kita berusaha, selebihnya kita serahkan kepada takdir yang telah Allah tentukan buat kita. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. inachomel : Insyallah..akk kuat..kuat...kuat dan sekuat harimau...aaauumm!

    Setiap sakit itu ujian, akk yakin ada hikmah tertentu yang Allah nak beri pada akk. Insyallah. Salah satunya kita semakin dekat sgt dgn Allah.

    Kita sebagainya hambaNya pun tak boleh menongkat langit, hidup ini sementara, yang hidup pasti akan kembali padaNya..

    ReplyDelete
  7. Fuuyo .... dah tukar jadik rimau lah pulak, ada kena-mengena ngan filem waris jari hantu ke? Gurau ekk, jangan mare, hidup mesti hepi selalu, jangan sampai lupa daratan lah pulak bila ketawa tu!

    ReplyDelete
  8. mcm2 dugaan kalu berhubungkait dgn hsa... cian kat ko...! x per kami semua yg ada di keliling akan sentiasa memberi support luar biasa dan doa tanpa henti...insyaallah semuanya akan ok, dan kebesaranNya tak sapa bole menandingi...kan ? Pasti keajaipan akan berlaku....kami akan bersama kamu....

    ReplyDelete
  9. inachomel : Yelah hidup kena eppy2 selalu, wpun kita sedih n sebagainya. Kita tak suka tunjukkan kesedihan kita pada org lain. Perasaan yg gembira boleh kita nampak sihat n ceria...kan????

    Kita nak di kenang yg baik2 je. Kita nak org sekeliling kita semua ingat kenangan manis dari kita...:)

    ReplyDelete
  10. ita : doktor kata kita sakit tapi kita buat macam x sakit..rasa sikit2 tu adalah. Abaikan tp ttp wat rawatan...tu yg penting.

    Kalau merintih pun tak mdatangkan faedah lgsg nnt keluarga tak kuat jdnya pesakit tu sendiri kena tabah n sekuat Harimau....hehehe

    ReplyDelete