Nuffnang

Friday, October 15, 2010

MUDAH KERJA DENGAN LELAKI

Sungguhpun tidak memiliki sebarang pengetahuan asas dan pengalaman dalam bidang teknologi maklumat (IT), ia sedikitpun tidak mengendurkan semangat Nuraslina Zainal Abidin, 35, untuk menceburi bentuk perniagaan berkaitan.

Latar belakang pendidikannya berasaskan teknologi makanan, namun minat dan terpanggil untuk menawarkan bentuk perkhidmatan yang berlainan daripada perkhidmatan sedia ada di pasaran, Nuraslina menubuhkan Genaxis Technology Sdn Bhd.

Selepas sembilan tahun bertapak dalam dunia IT, Nuraslina mampu tersenyum bangga apabila syarikat yang ditubuhkan itu semakin menampakkan kejayaan. Syarikat berkenaan antara lain memberi khidmat nasihat berkaitan pengurangan kos, mengoptimumkan proses pekerjaan dan inovasi bagi syarikat korporat.

"Kami banyak memberikan khidmat nasihat dalam membantu syarikat korporat mengurangkan kos syarikat. Ini dilakukan dengan menilai faktor perbelanjaan paling banyak yang boleh dikurangkan dan menggunakan IT sebagai medium utama bagi meningkatkan kerja setiap kakitangan.

Nota kaki : Kita sokong tapi depend pada individu masing-masing ya, bagi kita mudah sebabnya kaum adam ni punya fikiran yang terbuka dan tak suka pada perkara remeh temeh...hehehe

Selanjutnya klik Hmetro.

No comments:

Post a Comment