Magelang, Jawa tengah - Sementara aktiviti di kawah Gunung Merapi semakin aktif menunjukkan tanda-tanda akan meletus, sekumpulan pelajar perubatan dan pelajar jurusan agama dari Malaysia turut menyiapkan diri menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa. Mereka telah diberi taklimat cara-cara mengutamakan keselamatan diri dalam kejadian bencana berpandukan prosedur operasi standard dan menyiapkan diri menjadi sukarelawan bagi membantu mangsa.
Daripada 60 pelajar Malaysia yang terlibat, 26 penuntut perubatan Universiti Negeri Surakarta Sebelas Maret (UNS 11 Maret), Solo, Jawa Tengah, telah menyediakan diri secara fizikal dan mental untuk menjadi sukarelawan perubatan. Pembentukan pasukan sukarelawan perubatan itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar pada satu majlis di sini.
Selebihnya, 36 pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam jurusan agama di Pesantren (institusi pendidikan agama) Sirajul Mukhlasin di sini, turut menyiapkan diri untuk menjadi sukarelawan bagi memberi bantuan tenaga dan kemanusiaan dalam operasi menyelamat mangsa Gunung Merapi yang dijangka meletus dalam masa terdekat ini.
Gunung Merapi, yang kali terakhir meletus pada Jun 2006, kembali meningkatkan aktiviti sejak dua minggu lalu dan pergerakan magma di puncak gunung itu dilaporkan sudah mendekati permukaan kerana ia semakin sering menggugurkan bahan lava sejak beberapa hari terakhir ini.
Gunung yang terbentuk dengan batuan berusia 400,000 tahun itu telah meletus sebanyak 68 kali sejak 1548.
Ia terletak berhampiran bandar raya Yogyakarta, 20 km ke kaki gunung dan banyak penduduk tinggal di hilir gunung berapi dengan perkampungan paling tinggi 1,700 meter di atas paras laut.
Beberapa pelajar kursus ijazah kedoktoran yang ditemui menyatakan kesediaan mereka untuk berkhidmat sebagai sukarelawan untuk menghadapi kemungkinan bencana Gunung Merapi meletus itu.
Mohamed Mukhriz, 28, dari Tapah, Perak, berharap peluang menjadi sukarelawan itu akan membolehkan beliau memperbaiki kemahiran dalam bidang rawatan kecemasan selain menjadi latihan untuk bekerja dalam keadaan tertekan. Bagi Rubinderjeet Singh dari Ipoh, menjadi sukarelawan bermakna beliau dapat memberi balik khidmat kepada masyarakat Indonesia, setelah beliau mendapat ilmu untuk menjadi seorang doktor terlatih di republik ini.
Sumber : Bernama.

No comments:
Post a Comment