Kertas dinding antara pilihan terbaik menyerikan penataan ruang dinding di kediaman anda selain cat. Corak, warna dan tekstur mempunyai daya tarikan tersendiri mengubah penampilan ruang. Kerja pemasangannya mudah,cepat dan boleh ditanggalkan tanpa merosakkan dinding asal.
Kertas dinding berkualiti mampu bertahan antara tujuh hingga 10 tahun. Lentera Creative Home menawarkan pelbagai pilihan koleksi kertas dinding menarik untuk konsep dekorasi. Pengarah urusannya, Amran Azhar berkata setiap pilihan kertas dinding perlu menepati konsep dekorasi.
"Kertas dinding boleh menyamai kesan seperti kemasan batu, kayu, batu bata dan jubin dengan nilai harga lebih murah," katanya. Menurutnya, kertas dinding fabrik berbentuk tiga dimensi boleh menyerap bunyi di ruang dalaman.
Pilihlah kertas dinding yang boleh disesuaikan dengan gaya keseluruhan hiasan ruang atau seni bina bangunan. Elak memilih kertas dinding untuk ruang kediaman yang mengetengahkan penataan moden. Selaraskan penggunaan kertas dinding dengan kemasan lain termasuk pilihan fabrik perabot, fabrik langsir tingkap dan warna dinding yang lain.
Dari aspek penjagaan, kertas dinding harus bebas dari kelembapan yang tinggi. Jika terkena air, segera lap dan keringkan bagi mengelak ia koyak atau lekang.
Sumber : Hmetro.
No comments:
Post a Comment