Nuffnang

Wednesday, October 20, 2010

TAK KISAH JADI MODEL TUA

Setiap kali diajak berbicara soal cinta dan rumah tangga, model dan pelakon terkenal Nasha Aziz nampaknya masih belum bersedia untuk berkongsi isu serius seperti itu. Malah, dia akan beralih ke topik lain untuk mengelak dari bercerita lebih lanjut.

Nampaknya, Nasha atau nama sebenarnya, Noraishah Abd Aziz, masih lagi bermain berteka-teki sejauh manakah hubungannya dengan kekasih hati, Nur Iman Tang Abdullah yang heboh diperkatakan orang ketika ini? Ramai yang tertanya-tanya kenapa agaknya pelakon cantik ini masih berahsia?

Justeru, pada majlis sidang media sempena Festival Filem Malaysia ke- 23 (FFM23) yang berlangsung di butik Rafflesia The Pearl Centre, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur, Nasha dengan gaun petang menawan berona cili rekaan DNL, terus dikerumuni pihak media.

Soalan yang sama juga ditanya bila Nasha dan Iman akan mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan?. Seperti biasa jawapannya masih lagi bersifat 'selamat' dan masih mengundang persoalan di hati pihak media.

Nota kaki : kita suka tengok Nasha Aziz ni, cantik!

Sumber Hmetro.

2 comments: