Nuffnang

Saturday, October 16, 2010

TAUKE LAYANG-LAYANG

Melaka - Pengunjung yang melalui Jalan Tokong, di Melaka Bandaraya Warisan Dunia ini biasanya akan ketemu seorang lelaki yang tekun meraut buluh dan menggunting kertas untuk dibuat layang-layang tradisional.

Chong Swee Ching, 52, melakukan kerja itu di sebuah kedai di tengah-tengah deretan rumah kedai berusia lebih 100 tahun di jalan berkenaan.

Aktiviti seharian beliau ialah membuat layang-layang tradisional masyarakat Cina.

Seni warisan penghias langit ini dikatakan diasaskan oleh rakyat negara China lebih 2,000 tahun dahulu tetapi bila atau siapa yang membawa alat permainan itu ke bumi Melaka tidak diketahui hingga kini.

Selanjutnya klik Bernama.

No comments:

Post a Comment