TT kena panggil dengan boss TT, baru-baru ni. Ada cerita, katanya. Dia tunjuk pada TT satu SMS yang diterima daripada seorang kenalan.
Sibuk orang tu tanya siapa TT ni sebenarnya. Macam-manalah nama dia meneka..`dalam kesamaran’. Hehe...Mana boleh bagi tahu, kan...Tapi, apa yang lebih penting, SMS itu menyampaikan pesanan seorang rakan, lelaki jugalah...pesan kat TT, katanya, tak semua lelaki sejahat bapak dia dan tak semua perempuan, seburuk maknya. Aiyaaa....kasar betul bunyinya.
Perangai macam dia ni lah yang kaum TT tak tahan. Melatah tak tentu arah, cakap tak berlapis. Apa kena mengena mak bapak TT pulak dalam hal ni kan? Yang dia baca tulisan TT, yang dia tak suka, tulisan TT, apa lak kaitannya dengan mak bapak TT kan? Cakap je lah TT yang jahat...lagi best!
Ramai je, mak bapak, baik-baik, dihormati ramai tapi anak, macam `hantu’. Begitu juga sebaliknya, mak bapak tak serupa orang, anak-anak menjadi.
Kalau bab cakap merapu ni, memang lelaki lebih ramai juaranya. Marah nyamuk, kelambu dibakar. Bengang kat benda lain, habis merapu meraban dia mengamuk. Kena marah kat pejabat, bergaduh dengan buah hati, kekasih gelap, isteri kat rumah jadi mangsa. Mulalah pandang isteri hodoh, masak tak sedap dan kalau anak-anak bising, ada harapan dapat cap lima jari kat muka.
Antara sebab lelaki diletakkan kedudukan pemimpin adalah kerana mereka lebih berpandangan jauh berbanding kaum TT, lebih penyabar, tenang dan berfikiran terbuka. Tapi, ramai je lelaki yang tak ada ciri-ciri tu. Mamat yang bagi pesanan kat TT tu, aaaa...sah-sahlah kurang sifat-sifat tu atau entah-entah tak ada langsung...ooopssss..
Bila bekerjaya bagus, profesional kononnya, itu bukan pengukur mutlak awak tu memiliki ciri seorang pemimpin. Kematangan, kesabaran dan kebijaksanaan ini susah diajar dan tak mudah dibentuk. Kalau benda kecil macam tulisan TT yang kononnya pedas tu pun, dia dah naik hantu macam tu, eee..bayangkanlah kalau dia kena cabaran lagi besar, kan?
Itu belum kira perangai lelaki yang suka mengungkit. Bila bergaduh (selalunya dengan pasangan), gaduh pasal kucing, tapi habis ungkit pasal bekas teman lelaki isteri lah, itulah, inilah, kes zaman tok kaduk semua dibangkitkan. Mahu tak panas, daripada boleh berbaik dalam masa sejam, sehari, emmm...bermasam muka berhari-harilah jawabnya.
Panduan menangani krisis, perselisihan atau pergeseran, tumpukan pada perkara yang menjadi punca pertikaian. Kalau pasal M, gaduh pasal M je lah, tak payahlah, pergi gali, gerudi perkara A, B, C, D, E....sampai L.
Ini panduan untuk kaum TT juga ya. Nanti, ada pula kaum Adam ni bising, TT tak nasihatkan kaum TT, macam-macam!
Nota kaki : Kita tengok tumit kasut Jaafar Onn pun tinggi...hi3
Sumber : Bharian

No comments:
Post a Comment