Nuffnang

Saturday, November 13, 2010

2nd MALAYSIA JUNIOR ART APPRECIATION & ASSESSMENT 2010






Hari ni kita agak bz sikit, tak sempat menjengok blog langsung. Entry pun sikit sangat sebab malam tadi tak buat schedule entry. Macam sunyi ya blog kita...hehehe

Kita ke Pusat Kesihatan UTM, kemudian menghantar anak sedara kita Nana dan petang menjengok anak bujang kita di hostel.

Best juga tengok anak buah terima anugerah petang tadi. Kakak kita ada kuliah so siapa lagi yang nak di harap. Kita tak kisah pun, tumpang gembira lagi pun kita tengah free tak ada apa-apa urusan.

Kita pernah cakap dengan kakak kita dulu, anak dia ada potensi untuk maju dalam bidang seni lukisan sebab tu kakak hantar anak dia belajar melukis di luar. Alhamdulilah memang tepat sekali, nampak peningkatan dari masa ke semasa. Dah beberapa kali dia dapat tempat pertama so memang tak sia-sia pengorbanan kakak kita dan baru-baru ini pun mendapat tempat pertama anjuran Utusan Malaysia. Hope Nana terus mara ke peringkat kebangsaan.

Moralnya untuk anak-anak Melayu jangan rasa malu dan rendah diri untuk menghantar anak-anak belajar bidang yang mereka gemari contohnya kelas lukisan, muzik dan renang. Insyallah bakat yang ada kalau di gilap pasti menjadi permata.

2 comments:

  1. tq masukkan.....
    gmbar nie kat blog c he hahaha......
    ehheheheheh
    tq atas sokongan diberi

    ReplyDelete
  2. Anonymous Mesti la...cite siang td kan...kan...hi3

    ReplyDelete