Lelaki mungkin sukar untuk melafazkan kata putus, tetapi bila si dia mulai menjauhkan diri, itulah tandanya si dia mulai jauhkan diri dari anda. Hati-hati dengan perubahannya dan lihat di cermin kesilapan dalam sedar atau tidak yang anda lakukan sehingga mengguris perasaannya. Lelaki juga sentitif…
Sering Ingkar Janji
Si dia mula tidak menepati janji untuk bertemu anda! Ada sahaja alasan saat-saat terakhir untuk tidak dapat bertemu dengan anda.
Pelbagai Persoalan
Lelaki bukanlah lelaki yang mudah untuk meluahkan segalagalanya. Ketika dia merasakan kehilangan cintanya, pelbagai soalan akan mula di tanya… “Adakah kamu rasa seperti ada yang tidak kena dengan perhubungan ini?” “Mungkin aku bukan orang yang tepat untuk mu…”
Rakan Lebih Penting
Si dia mulai mencari teman-teman lamanya. Jika dahulu masa hanya dihabiskan bersama kamu, sekarang si dia mulai menghabiskan masa berlibur bersama rakan-rakan. Di hujung-hujung nanti bila anda mula merungut, barulah dia akan berkata anda mengongkong kehidupannya dan meminta putus.
Mula Memuji Wanita Lain
Biarpun dahulu si dia mengagumi kecantikan wanita lain, tetapi tidak pernah diungkapkan di hadapan kekasih hatinya. Tetapi tiba-tiba si dia mula memuji dan kecantikan dan kehebatan wanita lain, itu bermakna dia ingin anda berasa cemburu dan tidak lagi menjaga hati perasaan anda.
MENGAPA DIA INGIN PUTUS??
Baby, you’re boring...
Sebahagian lelaki ada beranggapan bahawa wanita yang manja adalah jenis yang cute dan comel. Tapi kalau berlebihan apa jadinya, ya? Membosankan! Jawapan itu memang tidak akan keluar langsung dari mulutnya. Tapi jangan terkejut bila si dia mulai memberikan pelbagai alasan, saat anda merengek ingin di antar ke salon, pusat membeli-belah atau bertandang kerumah teman. Lelaki mulai jemu dan tidak tahan lagi dengan perangai manjanya.
Sumber : Nona
No comments:
Post a Comment