Kecantikan pelangi tidak dapat di ungkap dengan kata-kata. Ianya suatu yang luar biasa dan fenomena alam yang cukup misteri. Keajaiban dan keindahan warnanya membuatkan ada yang menjadikannya inspirasi dalam kehidupan, pekerjaan dan perniagaan
Keajaiban ini telah di transformasikan oleh pihak Pengurusan Pelangi yang menerajui Pelangi Balau Resort & Hotel Pelangi, Muar. Kedua hotel ini terletak di negeri Johor. Pelangi Balau Resort terletak di dalam daerah Kota Tinggi di daerah Desaru. Hanya mengambil masa lebih kurang 1 ½ jam dari Johor Baru dan 2 jam dari Kulai, yang melalui Lebuhraya PLUS Kota Tinggi dan terus ke Desaru, Bandar Penawar.
Manakala pelancong dari Singapura pula, mereka boleh melalui 2 buah laluan untuk sampai ke Pelangi Balau Resort yang cukup menggamit kenangan dan meninggalkan memori indah bila berada di sini. Dengan menaiki khidmat feri dari Pusat Changi, Singapura ke Tanjung Belungkor, anda dapat merasai pengalaman merentasi lautan selama 40 minit berada di atas feri.
Seterusnya, dengan perkhidmatan pemanduan yang di sediakan oleh pihak hotel atau menggunakan khidmat teksi tempatan, anda akan sampai ke Pelangi Balau Resort dalam hanya 30 minit perjalanan. Kaedah lain untuk menuju ke hotel ini ialah dengan memandu kereta melalui Tambak Johor atau Lebuhraya Link Kedua. Dengan keindahan dan keajaiban Pelangi Balau Resort, nescaya kepenatan yang di rasakan untuk menuju ke hotel ini, akan lenyap dan hilang bila mata mula melihat kecantikan landskap di sekiling dan sekitar hotel ini. Antaranya “Jungle Tracking”, melihat kelip-kelip, melawat ladang Ostrich, berjalan kaki di sepanjang pesisir pantai ketika mahatari terbenam, berbasikal, memancing, bermain “go-cart”, melawat Muzium Nelayan dan melawat Ladang Buah-buahan”
Pelangi Balau Resort mempunyai 108 bilik berhawa dingin yang terbahagi kepada bilik standard, bilik deluxe dan ‘villas’. Di samping itu juga anda, boleh meluangkan waktu yang lama di kolam renang Pelangi Balau Resort ini dengan keluasan yang luar biasa di samping pemandangan mengadap laut.
Sumber : Karangkraf
No comments:
Post a Comment