Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke wad VVIP di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam kelmarin selepas mengalami rasa tidak selesa dalam perut kini dalam keadaan baik, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
“Ia mungkin berpunca daripada cacar yang dihidapi Perdana Menteri sejak beberapa hari lalu. Saya tak tahu berapa lama beliau akan ditahan di sini (wad) kerana cacar biasanya mengambil masa lama untuk sembuh,” katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Menemani Perdana Menteri di hospital ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Liow antara kenamaan yang melawat Najib sekitar jam 11 pagi semalam selain Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Mereka yang diiringi Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berada di wad selama 55 minit sebelum meninggalkan hospital.
Turut melawat Najib ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaludin Jarjis. Tiga anak Perdana Menteri serta menantunya turut dilihat ke hospital berkenaan.
Liow berkata, pakar perubatan sedang mengawasi keadaan kesihatan Perdana Menteri yang dilaporkan semakin stabil dan tidak membimbangkan.
“Beliau memerlukan rehat yang mencukupi dan akan diletakkan untuk pemerhatian dalam tempoh beberapa hari bagi memantau perkembangan kesihatannya,” katanya.
Sementara itu, Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan dikeluarkan malam kelmarin, berkata endoskopi yang dilakukan ke atas Najib menunjukkan Perdana Menteri mengalami ulser dan gastritis ringan, tetapi sudah diberi rawatan.

No comments:
Post a Comment