Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menghantar surat rasmi kepada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memaklumkan bahawa syarikat penerbangan itu tidak memerlukan jambatan udara di terminal tetap penerbangan tambang murah (LCCT) atau KLIA 2 yang bakal dibuka, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Dr Tony Fernandes.
Beliau berkata jambatan udara itu hanya menambah kos bagi syarikat itu, tetapi menegaskan bahawa jambatan udara itu mungkin berguna semasa hujan.
Fernandes menjelaskan hasrat AirAsia untuk kekal sebagai syarikat penerbangan tambang murah dan menawarkan tambang terendah bagi semua akan lenyap jika harga meningkat bagi penumpang.
Akhirnya, penumpangnya akan membayar kos tambahan yang ditanggung oleh syarikat itu.
"Kami telah mengesahkan secara bertulis kepada MAHB yang kami tidak memerlukan jambatan udara di KLIA 2. Kami telah menyatakan pendirian kami dengan rasmi.
"Tetapi kami mencadangkan penggunaan enam hingga lapan jambatan udara semasa hujan.
"Syarikat ini akan membayar bagi kegunaan jambatan udara itu yang akan dikenakan caj sewajarnya oleh MAHB," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan penajaan juara Liga Bola Keranjang Asean, Philippine Patriots, dan bagi penubuhan AirAsia Philippine, Khamis lalu.
Sebelum ini, AirAsia enggan menggunakan jambatan udara di LCCT sementara yang ada sekarang untuk mengekalkan struktur kosnya yang rendah dan memastikan masa berlepas semula kekal singkat.
Fernandes telah berkali-kali sebelum ini menegaskan bahawa "penyelesaiannya ialah mengadakan jambatan udara supaya semasa hujan lebat, kita boleh menggunakannya dan membayar bagi penggunaannya pada masa itu. Saya rasa penumpang kami masih mahu tambang murah."
Mengenai satu perkembangan lain, beliau mencadangkan agar Program Transformasi Ekonomi (ETF) juga mengkaji untuk membenarkan pihak-pihak lain mengendalikan lapangan terbang kerana lebih banyak terminal penerbangan tambang murah diperlukan di Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Langkawi.
Meskipun AirAsia menerajui industri penerbangan tambang murah, kata Fernandes, Asean juga semakin maju manakala Singapura dan Indonesia telahpun mengkaji untuk mengadakan lebih banyak terminal tambang murah.
"Saya harap MAHB tidak akan terlepas peluang ini," katanya, sambil menambah bahawa apa yang telah dilakukan di Kuala Lumpur harus juga dilakukan di negeri-negeri lain.
Katanya jika MAHB tidak berminat, ada banyak lagi pihak lain yang berminat untuk membina terminal itu.
"Kenapa tidak boleh ada terminal persendirian. Jika mereka tidak mahu melakukannya, biar pihak lain melakukannya.
"Tidak ada monopoli dalam mana-mana perniagaan di Malaysia," tegasnya.
Syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia itu mengadakan perkhidmatan di 140 laluan meliputi 65 destinasi dan dengan lebih 400 penerbangan sehari, AirAsia mengadakan penerbangan ke semua ibu kota negara anggota Asean.
Sumber : Bernama

No comments:
Post a Comment