Semua pentadbiran universiti di negara ini diminta menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi memastikan tiada pensyarah yang menganuti fahaman Syiah hingga mempengaruhi kumpulan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fahaman berkenaan adalah bertentangan dengan ajaran berteraskan Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Shafie sebagai ikutan umat Islam di negara ini.
“Setakat ini saya tidak pasti sama ada perkara itu berlaku atau tidak kerana itu saya minta pihak universiti siasat dan ambil tindakan segera.
“Jenis tindakan yang diambil juga terpulang pada pentadbiran sesebuah universiti," katanya.
Mohamed Khaled berkata, kementerian juga bimbang jika ada pensyarah di universiti terbabit sama dalam fahaman berkenaan kerana ia boleh mempengaruhi golongan pelajar hingga menimbulkan masalah tidak diingini.
“Mereka (universiti) perlu mencari pendekatan terbaik dan memberi perhatian terhadap soal ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Gerak Tumpu 2010 Zon Johor Jaya/Plentong, di Jalan Anggerik, Taman Johor Jaya di sini, semalam.
Kelmarin, akhbar ini melaporkan mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap kira-kira 128 individu dewasa pengikut ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha dipercayai ajaran Syiah yang mengamalkan penyelewengan termasuk memukul badan dengan rantai besi sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa di Taman Seri Gombak.
Sumber : Hmetro

No comments:
Post a Comment